Sabtu, 18 Disember 2010

MENGUPGRADEKAN BLOG


Mula-mula dapat daftarkan blog tanpa bimbingan sesiapa November 2008 dulu, hatiku sungguh gembira, burung-burung pun turut berkicau, sampai aku tak tidur malam pada masa itu...pada hal blog yang ada ialah yang paling asas, yang kelakarnya MISS MIROR kata blog engko sungguh cantik

Lalu Disember aku dan Miss Miror membeli sebuah blog swasta, yang dikenali sebagai Blogstarz. Pada masa itu Blogstarz kami anggap macam Facebook sekarang. Di situlah hari-hari kami bersembang dengan sifu-sifu blog. Kami beli blog itu dengan harga RM 99 kalau tak silap. Di situlah kami kenal beberapa sifu blog, antaranya MANIN BLUE dan ada seorang akak dari Sabah yang begitu sabar membimbing, lupa pula nama dia. Maka aku dapatlah masukkan chating coner. Dengan mereka juga aku dapat masukkan lagu dan carta pelawat. Memang kelakar, tetapi kalau baru menjadi blogger, semua tu aku anggap penting.

Malangnya blogstarz ditutup lebih awal. Taukeynya dah kaya raya, blog ghaib begitu saja. Tetapi kami tak kisah, sekurang-kurangnya kami sudah mula menguasai dunia blog. Kami anggap blog itu sebagai sekolah pertama untuk kami bertapak yang mengajar ABC dalam blog. 

Lalu aku pun meneruskan blogspot ini, belajar lagi...belajar lagi, sentiasa ada perkara baru yang hendak dipelajari, tertanya-tanya pula bagaimana nak buat hyperlink. Miss Miror tunjukkan, rupa-rupanya semua sudah tersedia semasa kita nak tulis entri. Yang ada gambar macam gigi berbaris tu. Klik ajelah. Mula-mula mesti highligtkan perkataan yang kita nak hyperlink. Benda senang pun kalau orang tak bagitau kita jadi tak tahu.

Seterusnya, sejak akhir-akhir ini, semua blog aku lihat ada 3 gambar pautan ke entri-entri sebelum ini, rupa-rupanya itu pun senang belaka, klik saja pada LINK WITHIN.

Ok dah nampak profesional sedikit dah. Miss Miror pula mentertawakan blog aku kerana aku tak pandai print screen. Apa benda print screen tu? Oh kenapalah aku snap gambar di skrin komputer dengan kamera? Teruknya aku. Akhirnya AMSUDA tunjukkan prinscreen yang paling senang. Klik saja tutorial di BLOG AMSUDA. Kalau dah boleh printscreen apa sahaja kat komputer boleh kita rakam gambar dan artikelnya.

Seterusnya nak buat banner, aku pilih yang paling senang. mudah je tu klik BANNER. Sekarang blog aku dah ada iklan berkelip aku sendiri. Kat atas ada, kat bawah ada. Oh yang atas tu kira header. Kalau blog aku banyak sangat promote barang, nanti orang takut pulak nak masuk sini.

Sekarang ni ada dua lagi yang aku nak belajar. Pertama bagaimana nak buat tempalate sendiri? Kedua bagaimana supaya entri aku yang tak best ni supaya tak di copy paste oleh orang lain? Khabarnya Miss Miror dah buat tutorial tu, tetapi aku susah nak faham.Kalau bab ilmu agama tiada hak cipta terpelihara bagi aku. Doa pendekat jodoh aku pun dah disalin oleh beberapa blogger lain. Baguslah tu, ilmu disebarkan. Ada yang bagi kredit kat aku, ada juga yang buat diam je. Tak palah....

Hidup ini mesti ada peningkatan. Blog juga harus ada perubahan demi perubahan. Cuma yang lemah aku bab tarik trafik. Aku dah tak kuasa nak tarik pengunjung. Yang sudi datang ke sini, aku sangat-sangat hargai walaupun singgah cuma sesaat.

10 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Nama kakak dari Sabah tu Aliyaa. Oh supaya artikel tak dicopy paste tu? Nanti kalau aku ada peluang jumpa ko, aku ajar.. buat masa ni, ko buat dulu MATIKAN FUNGSI RIGHT CLICK..(google search kat blog aku.. ada satu link utk tujuan itu).

Memang best sebenarnya belajar sesuatu yg baru.. Tentang traffic.. yg tu biarlah masa yg menentukan. Asalkan blog tak ghaib sudah memadai.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sz | m.s.s berkata...

tahniah cikgu msom! saya suka baca entri ni yang menunjukkan betapa ilmu tu tersangat luas nak dipelajari, orang kampung kata "long-life learning" ;p

MSOM berkata...

SZ,
Ya kalau diikutkan semua macam boleh dipelajari dalam satu hari saja, tetapi ia telah memakan masa hampir dua tahun. Itulah kalau mulanya buta IT. Daripada menggigil pegang mouse sampailah hari ini.

MSOM berkata...

MM semoga ada masa utk aku belajar hal itu. Apabila entri dah berkualiti nanti, pastinya ia menjadi hakmilik kita. Yg lepas biarlah. Kita pun selalu copy paste gambar drp Google.

Afzainizam berkata...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Salam kunjungan salam ziarah…. aku juga baru belajar bertatih mengenai blog... aku juga setahun jagung tapi belum tertuai hasilnya... namun banyak lagi yang aku tak tahu dalam dunia blog....

Kepada blog simpang kiri harap beri tunjuk ajar pada saya ye... Juga pada Miss Mirror silalah jadi guru saya ye...

yup tentang traffic tu mmg tak di nafikan sekarang ramai orang hanya jadi pemerhati diam tanpa suara... but jangan risau sekurang-kurangnyer ade orang singgah dan baca...

Afzainizam berkata...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Salam kunjungan salam ziarah…. kat sini saya nak bagi satu cadangan kalau saudara boleh terima ...

kalau lah ade paparan jumlah pengunjung yang hadir ke blog anda.. ok boleh buat melalui setting add a gadget masukkan configure HTML/ java script masukkan HTML yang anda copy dari http://easyhitcounters.com

tujuannya kita akan lihat peningkatan jumlah pengunjung setiap hari.... Insya Allah dari situ kita dapat baca jumlah yang melawat secara senyap tanpa comment... nahhh kat sini kita boleh buat analisis kajian secara terperinci dari jumlah pengunjung yang hadir dan kelemahan sesuatu blog ...

seperti saudara katakan tempoh hari " NAK BERNIAGA KENA CARI PRODUK YANG UNIK " dalam ber blog kena gak buat pendekatan seperti itu... Unik itu menarik minat orang terus hadir dalam blog kita ... Insya Allah

Maaf saya juga blogger yang baru bertatih saya belajar dari blog anda jua sama sama bertukar pandangan...

MSOM berkata...

Tkasih banyak-banyak atas pandangan bernas sdra Nizam itu.

Sama-samalah kita berkongsi demi untuk kebaikan dalam berblog.

Dengan menulis blog, sekurang2nya kita telah menyampaikan ilmu kepada orang lain walaupun kita bukan penceramah bebas atau cendekiawan tersohor....

Tentang carta pelawat tu, tengoklah macamana, rasanya macam pernah saya letakkan di sini, cuma saya ni jenis suka tukar2 widget.

azana berkata...

bagosla kalo cam 2... ilmu ni kalo share x rugi pn... ada kelebihan lagi.

MSOM berkata...

Ya, ilmu tu kalau di beri kpd orang AZANA, maka ilmu itu semakin luas. Kita pun tak rugi apa-apa.