Jumaat, 17 Disember 2010

NAK BERNIAGA KENA CARI PRODUK YANG UNIK

Petang semalam aku menerima call dari prospek.

Pada masa itu aku tak dapat menemui prospek yang menamakan dirinya Cikgu Zul itu.

Pagi tadi aku menggagahkan diri untuk menemuinya di pekan Bakri.

Jam 7.30 pagi aku bertolak ke sana. 

Cikgu Zul dari bandar Muar.

Jadi kira pekan Bakri tu tempat pertemuan yang ideal.

Aku pilih restoran di bangunan Mara. Nampak luas dan bersih.

Setengah jam kemudian datang Cikgu Zul. Tampak muda dan segak. 

Cikgu Zul kata dia baru ada anak seorang.

Setelah berbual-bual dengannya aku dapat membuat kesimpulan.

Cikgu Zul jenis orang tak boleh duduk diam.

Dia kata dia ada kedai pakaian dan isterinya menjahit di kedai itu.

Aku bertanya Cikgu Zul, dari mana dapat nombor hand phone aku.

Dari iklan surat khabar atau internet.

Dia kata search Google, Minyak Power 31 Johor, jumpalah blog aku.

Terus dia bercerita tentang bisnesnya.

"Bang, saya ni risau kalau simpanan saya di bawah RM 10 000. Saya memang risau. Tetapi ramai orang boleh hidup tanpa sebarang simpanan. Bagi hal itu, saya meniagalah. Saya pernah beli pampers dari China, last-last ada persaingaan. Lepas tu saya berniaga minyak wangi, dulu sambutan ok, sekarang banyak persaingan. Emak saya hari tu ke China, dia tengok helikopter mainan yang boleh terbang itu cuma RM 50. Tetapi kat sini mereka jual paling murah RM 200 Kalau dapat jual helikopter tu bagus juga cuma masa terhad untuk ulang-alik ke sana"

Habis sekarang meniaga apa?
"Sekarang, saya masih jual minyak wangi dengan kedai pakaian. Sekarang ni saya tengah cari produk yang unik di mana tak ramai yang jual produk itu"

Agak-agak produk apa yang dapat sambutan gila-gila?
"Ubat kuruskan badan pun boleh menguntungkan kita. Cuma pelanggan kena sabarlah sebab kebanyakan ubat kuruskan badan ni menyiksakan. Kita sentiasa lapar dan kadang-kadang perut memulas dan sebagainya. Kalau ada ubat kurus yang mesra pelanggan cepat-cepat kita rebut"

Tak nak ke jual produk Bio Asli ini?
"Saya ni nak cuba produk ini dan beritahu kawan-kawan. Tengoklah macamana. Hari ni saya beli dulu dua produk ni"

Jika boleh aku nak berbual dengan lebih lama lagi. Kerana Cikgu Zul seorang yang banyak informasi dan komited dengan bisnesnya. Tetapi memandangkan masa tak mengizinkan aku meminta diri dahulu.

Di pertengahan jalan aku singgah di dua rumah pelanggan aku. Sambil menyelam minum air. Servis selepas jualan sangat penting.

Sepanjang memandu aku terngiang-ngiang kata-kata Cikgu Zul.
"Kalau nak berniaga, produk kita mesti unik......."
Adakah produk yang aku jual ni termasuk kategori unik....

2 ulasan:

Afzainizam berkata...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Salam kunjungan salam ziarah…. bercakap tentang niaga ni... kita sembang dengan orang perniagaan tu mmg imaginasi dia tinggi... akalnya panjang jauh kehadapan... nak rebut peluang selagi sempat... buat duit banyak-banyak...

ade kebenarannya lahhh... barang yang unik sekarang ni ade market...

sebab sekarang ni orang ramai berani mencuba... tapi kena pastikan bebetul risiko barangan tersebut... berani gak pelangan jatuhkan perniagaan kita kalau dia tak puas hati dengan produk tu... habis lingkup lahhh...

MSOM berkata...

Afzainizam ni pun ahli perniagaan , tengok tu dia pakar mengecat segala kenderaan, sampai topi keledar pun boleh dicantikkan sedemikian rupa. Memang benar seorang peniaga sentiasa berwawasan jauh. Bangsa yang maju ialah bangsa yang menguasai perniagaan.