MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 1 Disember 2010

PASANGAN ANDA BERMASALAH?

Memiliki pasangan yang bermasalah sememangnya boleh menimbulkan pelbagai tekanan dalam rumahtangga. Jika berlanjutan boleh menjejaskan hubungan suami isteri seterus nya membawa kepada keretakan rumahtangga. Berikut adalah antara ciri-ciri yang ada pada diri pasangan yang bermasalah dan ambil iktibar daripadanya.
Suka mendengar cakap orang
Lebih mempercayai kata-kata orang di sekeliling berbanding pasangannya sendiri. Sekiranya apa yang diperkatakan itu adalah baik tidak mengapa, tetapi bagaimana pula jika perkara itu buruk hingga menjejaskan kerukunan rumahtangga anda berdua? Sudah pasti keadaan semakin tegang!

Suka mengongkong dan kuat cemburu
Biasanya pasangan yang bersifat mengongkong mempunyai sikap cemburu yang agak ketara. Sikap cemburu inilah yang menyebabkan mereka berusaha sedaya upaya mengawal pergerakan pasangan. Adakalanya, kewangan pasangan juga dikawal.

Bersikap kasar
Di awal perkahwinan segalanya indah. Namun, apabila usia perkahwinan melalui tempoh beberapa tahun segalanya berubah. Jika bertambah baik tidak mengapa tetapi bagaimana pula sebaliknya? Tentu kecewa, bukan?

Boros dan suka berbelanja
Mungkin disebabkan latar belakang keluarga pasangan itu yang sudah dimewahkan dengan wang ringgit dan harta benda sejak kecil. Sikap ini mungkin terbawa-bawa di alam rumahtangga dan timbul masalah jika pasangan yang dikahwininya tidak berkemampuan seperti yang diharapkan. Namun, ada juga pasangan yang sememangnya sudah biasa boros dan suka menghabiskan wang tanpa memikirkan kemampuan diri.

Suka berpoya-poya
Pasangan seperti ini biasanya lupa akan statusnya apabila berada di luar. Memburukkan lagi keadaan jika si isteri keluar tanpa keizinan suami dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Degil dan tidak mahu berubah
Sikap seperti ini dianggap semuanya betul serta jarang mahu mendengar pendapat dan pandangan orang lain. Sikap keras hati dan keras kepala hanya akan membuatkan keegoan pasangan anda tercabar.

Bising dan suka berleter
Pasangan akan mudah rasa tertekan dan bosan duduk di rumah. Isteri sering dikaitkan dengan sikap suka berleter ini. Maka tidak hairanlah ada antara suami yang tidak betah duduk di rumah dan sanggup berada berjam-jam di kedai kopi bersama rakan-rakannya.

PETIKAN MAJALAH NONA

1 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Pasangan kita hanyalah pinjaman dari -Nya, bukan hak milik kekal... hargailah mereka selagi ada di depan mata.