MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 4 Disember 2010

RON, KENAPA KAU BAWA BERITA BURUK?

Harga gula naik 20 sen, sekarang menjadi RM 2.10 dan RON 95 naik 5 sen, kini menjadi RM 1.90 seliter.
Inilah berita buruk yang pertama kita terima pada malam yang penuh hening ini.

Yang peliknya tak ada pula yang turun harga?, Tauke kilang gula tu pun sebelum harga gula naik yang dulu, dia dah jadi antara 10 jutawan Malaysia. Apatah lagi kini dah naik berkali-kali.

Kenapa aku bising fasal kenaikan ini? Kerana aku terlibat langsung sebagai pengguna tegar minyak ron 95 dan gula. Kalau tak ada gula, anak-anak aku sanggup tak nak minum.

Dan korang semua akan minum di kedai kopi dan warung. Jangan terkejut pulak apabila mamak kata teh o dah jadi RM 1.50 selepas ini.

4 ulasan:

Seri berkata...

semua naik. hujan saja yang turun... huhu

MSOM berkata...

Namun, SERI, semangat untuk hidup jgn sampai TURUN!

Imddin Ahmad berkata...

Dekat pilihanraya nanti turunlah harga minyak dan beberapa barangan lain... Itulah politik....
Yg merana....?

MSOM berkata...

Yg merana kita yang gaji di bawah paras kemiskinan