MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 4 Disember 2010

TENGAH MEMAHAMI ISTILAH BUAT DUIT DARI RUMAH

Petang yang syahdu ini, aku membaca buku lagi. Masih mendalami buku Mohd Rozani Pawan Chek yang mencipta kekayaan melalui bisnes dari rumah. Cuti sekolah begini, aku membayangkan saat aku dah pencen nanti. Sebab tu aku baca berkali-kali buku itu sehingga faham. Aku bercita-cita hendak bersara lebih awal kalau boleh dan terlibat dengan bisnes MAIL ORDER ini.

Miss Miror, bukan senang nak buat duit dari rumah oiii...kena kerja juga. Kena bergerak juga. Antaranya:

Kita haruslah mendaftarkan perniagaan kita, kerana orang lebih yakin dan percaya berbanding nama kita. Orang akan membayar melalui cek, bank draf, kad kredit, wang pos, bank in.

Buka akaun juga guna nama syarikat.

Kita kena rajin cari produk yang unik. Beli terus dari kilang. Barulah kita dapat keuntungan yang lumayan. Produk yang sudah melalui orang-orang tengah akan menyebabkan keuntungan kita terbatas.

Kita kena buat katalog dan brosur yang nampak frofesional.

Kita juga kena gunakan cop agar lebih berkarisma.

Kita juga mesti keluarkan duit untuk iklan akhbar termasuk akhbar tabloid. Pengiklanan melalui blog dan facebook agak terbatas. Lainlah blog kita tu ada beribu-ribu pengunjung macam 30 blog popular tu.

Kita juga kena berulang-alik ke pejabat pos atau syarikat kurier untuk mengeposkan produk tersebut.  

Buat permulaan atas nasihat Mohd Rozani aku iklankan produk dalam Sinar Harian, kerana iklan itu paling murah dan pantas. RM 84 seminggu. Aku belum daftarkan perniagaan aku. Masih guna nama aku. Yang percaya dia bank inlah, yang tak nak percaya nasiblah, aku biarkan. Nantilah step by step.

Dua hari ni dah ramai call nampaknya. Ada yang datang dari Muar dan sanggup datang ke Parit Sulong semata-mata nak beli barang yang aku iklankan. Wau macam best je ....ni bukan Mail Order ni. Bagaimanpun orang KL lah yang paling banyak sms dan call. Susah sangat aku pass kat anak saudara aku Roslee.  

Kalau korang tak nak dihubungi melalui handphone, macamana bisnes nak jalan? Bagaimana pelanggan nak bertanya itu dan ini. Irfan Khairi kata kita kena buat 6 kali komunikasi, baru mereka akan beli produk kita. Tu kena fikirlah. Guna emel kan lambat. Orang sekarang semua nak cepat. Hari ini order, esok barang dah sampai tangan mereka.

Produk lelaki aku dah jumpa. Produk untuk perempuan apa pulak? Baju? Ubat kuruskan badan? Minyak wangi? Buku tentang 'Cara-cara Supaya Suami Tak Kahwin Lagi?

E-Book sekarang tengah top.

Korang tak minat ke nak bisnes? Yelah dah banyak duitlah katakan!

4 ulasan:

NoorGie berkata...

Betul lah MSOM...mmg banyak nak kita pelajari untuk mendapatkan rezeki yang halal...yang bulat tak datang bergolek...yang pipih tak datang melayang...selamat membaca dan mendalami buku tersebut

MSOM berkata...

Noorgie,
Jika kita inginkan dunia, mesti dgn ilmu. Jika inginkan akhirat, juga dgn ilmu. Jika ingin kedua2nya juga dgn ilmu.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

:P....

Semua brg dah naik... aku nak naikkan la harga produk aku.. ko tak nak order ke produk aku tu? Hahaha.. Sekali makan.. nak mkn lagi....sunnah nabi lagi!!.hehehe.. (ni promo ni).

MSOM berkata...

Masukkanlah Firming Cream sebagai produk MM. Kan tak payah paking lagi, tinggal buat pembungkusan dan pos.