MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 7 Disember 2010

UCAPAN SMS TAHUN BARU 1432 HIJRIAH


Pada tahun baru 1432 ini saya menerima beberapa SMS antaranya:

013-986XXXX Original Message Ya Allah....Ya Rahman....Ya Rahim......Ya Malik.....Ya Qudus, Ya Salam.....Ya Mukmin......Ya Muhaimin......Ya Aziz....Ya Jabar....Ya Mutakabbir.....Kirimkanlah kepada 9 0rang asma Allah ini Insya Allah kamu akan dapat berita baik. Sesiapa yang tak menghiraukannya akan mendapat nasib yang buruk selama enam tahun....

SMS itu baik mengingatkan asma Allah, namun yang aku sangat tidak setuju ialah yang aku highligtkan itu. Sesuka hati dia bubuh siapa yang tidak menghiraukannya akan mendapat bala selama enam tahun. Siapakah punya ajaran ini? Aku dah belajar agama sejak kecil tak pernah jumpa perkara ini. Siapa yang untung bab ini kalau tak syarikat CELCOM AXIATA, MAXIS, DIGI? Kalau betul tak apa. Mungkin ini ajaran sesat yang ingin menyesatkan orang lain.

Jika SMS itu seperti di bawah aku sangat mengalu-alukannya:

019-66665XXX - Ya Allah, seketika pada akhir tahun ini Insya Allah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan dan sayangi penerima ucapan ini,berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkanlah rezekinya, jauhkanlah daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta takwa  tanpa alasan. Makbulkan cita-citanya yang murni, Amin Ya Rabbal Alamin.

017-7334XXXX- Selamat menyambut Maal Hijriah, semoga di tahun baru ini akanlebih kukuh keimanan dan ketakwaan kita. Dilimpahi nikmat dengan lebih bersyukur kepada Allah. Dipanjangkan usia dalam kesihatan yang sempurna, dimudahkan rezeki dengan lebih bersyukur. Dimudahkan segala hajat dan niat yang murni.......    

10 ulasan:

sz | m.s.s berkata...

salam maalhijrah juga utk cikgu msom sekeluarga... :)

MSOM berkata...

Tkasih tkasih sama-samalah kita mengucapkan selalamat tahun baru

Intan Baizura Rosli berkata...

saya pun sangat membenci jika dapat sms yang dihighlightkan tu.

MSOM berkata...

Intan Baizura,
Betul tu, entah siapa punya kerja?
Sekolah agama tak habis agaknya.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Salam Maal Hijrah dari kami untuk MS sekeluarga. Semalam tak sempat singgah rumah.

MSOM berkata...

Tkasih. Jumpa dlm blog pun kira ok

Afzainizam berkata...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Salam Maal Hijrah" 1432H/2010M.
MEMANTAP UKHUWAH, MEMPEKASA UMMAH.
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

E.d.Y berkata...

selalu gak dapat sms mcm tu...teruk betul

MSOM berkata...

Afzainizam Tkasih...wah banyak blog Afzainizam, Insya Allah saya akan melawati blog Tuan itu.

MSOM berkata...

EDY, memang teruk, teruk sangat. Kita pun nak forward SMS kenalah kaji dulu adakah SMS tu ada kebenarannya atau khurafat belaka.