MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 30 April 2010

SUGULUNG LEMPENG DAN SECAWAN SUSU

Hari ini aku ingin membebel. Ini adalah akibat jadual catuan air SAJH dilanjutkan lagi ke bulan Mei…..dan sampai bila?

Inilah sarapan yang aku paling suka di kantin sekolah, kerana ia mengingatkan sarapan emak aku ketika kecil dulu. Kini emak aku sudah bersarapan roti. Emak pun sudah mahu berehat. Bayangkanlah bagaimana emak aku membesarkan kami lapan adik-beradik dahulu.




Kini pagi-pagi aku suka minum susu kosong di kantin sekolah ini



Sejak akhir-akhir ini, cuaca begitu panas berbahang. Aku rasakan memakai tali leher ketika mengajar (di kelas yang mencatatkan darjah celcius antara yang tertinggi di rantau ini,) sudah tidak relevan lagi. Tambahan pula kipas yang ada sudah tidak dapat menampung kepanasan itu.

Pemandangan di bawah hanyalah variasi perubahan cuaca yang memukau fatamorgana. Hakikatnya, jadual catuan air terus bersambung ke bulan Mei pula. Sampai bila penderitaan itui akan berakhir?

Inilah akibat kerakusan manusia yang menarah segala alam sekitar yang ada untuk memuaskan golongan yang rakus. Akibatnya, pemanasan global terjadi, dan kekeringan empangan air yang membekalkan air kepada SAJH terjadi. Akhirnya semua penduduk di sekitar terpaksa menanggung sengsara. Padan muka kita semua. Botakkan lagi segala gunung yang ada. Tebanglah hutan seluas-luasnya. Naiklah helikopter dan lihatlah ke bawah bumi Batu Pahat, Yong Peng dan lain-lain. Bukit mana yang masih suci lagi?


Keadaan awan itu sendiri membayangkan bahawa dunia sedang sakit tenat

Selasa, 27 April 2010

AKU MASIH SIBUK LAGI MELAYAN ALIFF ISKANDAR



Sesekali mempamerkan diri



Assalamualaikum sahabatku. Penat betul aku dua minggu ini. Paling aku kena sabar ialah tentang masalah catuan air. Paling siksa semasa basuh pingganlah. Rasa seperti nak guna pinggan pakai buang sahaja.



Betullah tu, kedaan alam. Inikan ujian Allah! Tetapi sahabat, hujan mencurah-curah setiap hari, malangnya, air tetap dicatu. Entah apa sudah jadi? SAJH tolonglah atasi segera. Catuan ini agak menyiksakan.




Gambar ini agak-agak kat mana? Apa lagi...ini kat Parit Sulong da.....! Tak kuasa aku nak bershoping di bandar tu. Masa begitu padat. Yang balik sekolah jam 4.30 pun ada. Ni ha budaknya....Ili Nabilah.



Aku kena bawa dia ke kedai ini sebab, dialah yang pandai memilih baju-baju tambahan adik barunya Aliff Iskandar tu. Ada orang mesej aku, mana gambar Aliff Iskandar yang terbaru? Buat masa ini ......sahabat-sahabat.....Puan Hamidah dan Aliff aku rehatkan. Takut kesan-kesan snap kamera mengganggu kulit?





Aksi kami mengambil gambar di kedai kanak-kanak ini pasti masuk CCTV kedai ini. Gasaklah diakan? Asal ada gambar baru.

Ahad, 25 April 2010

WAJAH-WAJAH TERBARU PENCIPTA SEJARAH SEKOLAH 2009

Sempena Mesyuarat PIBG, pelajar-pelajar cemerlang 2009 SK SERI PASIR
10 orang 5A dan 5 orang 4A 1B
telah menerima penghargaan daripada PIBG.


Gambar-gambar ini diupload atas permintaan mereka untuk dijadikan koleksi
kenangan masing-masing.
Hawa antara pelajar cemerlang 2009


Danial anak Encik Azri
pelajar yang aktif di sekolah kini belajar di SMK SAINS KLUANG,
bersama-sama Haziqah dan Helmi Nur Rasyid.

Mereka pastinya tidak akan melupakan SK SERI PASIR

Helmi Nur Rasyid tidak dapat hadir nampaknya dalam pertemuan ini

Sahida di samping Izzati (paling peramah dalam kelas)


Haziqah pelajar terbaik sepanjang tahun 2009.

Mereka ini tidak pernah berenggang sehingga sekarang

Ain seorang pelajar yang meminati lukisan


Dua orang pelajar inilah yang selalu menggamatkan kelas 6 Arif 2009.

SUPAYA BAU MASAKAN DI DAPUR TIDAK BERLELUASA

Setelah menjadi MR MAMA selama dua minggu ini saya dapat beberapa tip.

Tip supaya anak yang tidak minat makan (akan menambah nasi ke dua dan seterusnya) :

Janganlah masak yang pelik-pelik, beli je ayam segera untuk digoreng contohnya AYAM*S tu.
Anak aku Iwan yang selama ini kalau di suruh makan ayam goreng biasa, langsung tak pandang. Ikan goreng pun dia tengok macam tengok kayu. Sampai bawa rotan baru disuap satu-satu. Kini tidak lagi.

Jika rumah kalian ada kipas nyah bau masakan yang berkesan tak perlulah baca entri ini. Jika rumah kalian tersergam besarnya masalah bau masakan tidak akan menghantui diri. Yalah terutama apabila ada tetamu, malu pula apabila bau belacan sampai ke garaj kereta. Tip ini untuk pemilik rumah kecil macam aku ini. Rumah teres ke bawah.....

Tip-tip supaya bau masakan tidak menerjah lubang-lubang hidung tetamu yang datang:
1. Kalau nak masak pilihlah masakan sup rebus, sayur rebus, ikan kukus.
2. Elakkan menggoreng udang, ikan apa lagi belacan.
3. Elakkan masakan yang menggunakan kaedah menumis seperti sayur kailan + belacan ikan tenggiri
4. Antara contoh resepi yang dicadangkan ialah ikan kukus cicah asam atau bawang + cili berkicap. Ikan cencaru sesuai sangat tu.

Kepada sahabat-sahabat blogger, oleh sebab aku gunakan cyber cafe, maka masa aku sangat terhad. Jadi buat masa ni tak dapat buat komen di blog kalian. Nak jawab komen pun tak sempat. Tunggu line internert di rumahku pulih. Sekian terima kasih.

Sabtu, 24 April 2010

TERKENANG SEMASA DULU

Inilah wajah-wajah sahabatku semasa di MPTI 1985-1987 dahulu. Gambar kiriman fB Sdra Jais Ahmad ini mengimbau kenangan dengan mereka. Sebahagian daripada mereka merupakan teman serumah di rumah sewa Jalan Baiduri, Nong Chik Johor Bahru. Aktiviti yang menjadi kenangan ialah berjoging di Pantai Lido dan mencari ketam di Selat Tebrau pada waktu malam.

Jumaat, 23 April 2010

PANORAMA BATU PAHAT

Pejabat Kadhi daerah Batu Pahat


Hotel Katerina yang pernah mengundang cerita panas


Bangunan pejabat Tenaga Nasional cawangan Batu Pahat





Ada segelintir penduduk Batu Pahat tidak sedar tapak Hospital lama Batu Pahat kini
telah didirikan Klinik Kesihatan Batu Pahat yang demikian gahnya

AKHIRNYA KUJEJAKI MEREKA DALAM FACEBOOK

Kami bergambar dengan ADUN Jengka dan En Abd Aziz Ghani (1987)

Rakan Sesesat yang belum dapat dijejaki:

Zainal Abidin Hamzah (Kuantan)

Rizal Ghazali dari Pulau Pinang

Jais Idrus yang dahulu bekerja sebagai juruteknik JKR
di Kuantan ini sedang dicari
Itulah tiga rakan sesesat di Hutan Jengka yang masih belum dapat dikesan oleh radar
faceBook
TIGA SAHABAT SESESAT YANG DAPAT DIJEJAKI:
1. SDRA ROSLI ISMAIL

Rosli Ismail dan keluarga bahagianya bersama Cikgu
Norhana dan 4 puteri dan seorang putera

Wajah Cikgu Rosli ketika keluar dari hutan itu
2. PN HASNAH YUSOF


Cikgu Hasnah Yusof kini mengajar di SK TERUNTUM, KUANTAN.
Mempunyai dua orang puteri dan seorang putera.

3. EN ABDUL RAZAK HUSSIN

Tangisan gembira jurulatih
Cikgu Abdul Razak kini berada di Mersing, Johor. Aku dapat berbual-bual dengannya melalui telefon.

Ahad, 18 April 2010

KALAU NAK REHAT BESOK KAT KUBUR

Kata-kata Cikgu Zainal Sureco itu tetap berlegar-legar dalam fikiran aku minggu ini. Kini aku merealisikan kata-kata hikmatnya (yang paling aku benci ketika itu).



Sejak kelahiran Aliff Iskandar, setiap masa aku isi dengan tugas, tugas, tugas, tugas sebagai Mr Mama. Tidak perlulah aku senaraikan di sini betapa sibuknya aku minggu ini, sampai surat beranak Aliff Iskandar pun belum sempat aku menguruskannya. Hinggakan pelanggan KOPI KELAPA DARA aku pun marah-marah, kerana aku tidak sempat menghantar produk killer itu kepada mereka.



Petang-petang aku ke Klinik Pt Sulong untuk pemeriksaan sakit kuning. Entah kenapa bayi yang lahir pada hari ini 80% kena sakit kuning. Darjah sakit kuning anak aku sekitar 12.5 setakat ini. Nampak hari ini seperti berkurangan.




Di Klinik Parit Sulong itu, aku menyaksikan satu van pelajar MRSM. Turunlah mereka satu persatu. Masing-masing memakai penutup mulut dan hidung. Semua kelihatan batuk-batuk yang agak membimbangkan pesakit lain di klinik itu. Setelah mereka duduk di kerusi-kerusi menunggu, mereka sambut-menyambut, berbatuk-batuk. Sudah tiga hari aku berulang-alik ke klinik ini, dan begitulah keadaannya. Gejala ILI mungkin sudah menyerang MRSM Pt Sulong? Hendak juga aku mengambil gambar mereka, tetapi kasihan pulak emak ayah mereka nanti. Memalukan mereka.Dan membimbangkan mereka.




Dalam bidang tugasan kerja pula, dalam keadaan sibuk-sibuk ini, aku dikehendaki menghadiri kursus di IPTHO. Kursus ini atas inisiatif ahli Parlimen kawasan Pt Sulong, Datuk Noraini Ahmad. Beliau berkata dalam ucapannya semalam, semasa menjadi ketua Puteri Umno, beliau telah menggunakan kaedah Smart Study ini untuk pelajar-pelajar seluruh Kelantan, Alhamdulillah hasilnya ketika itu keputusan peperiksaan negeri Kelantan meningkat dengan mendadak. Maka kaedah Smart Study yang diajar kepada guru-guru Parlimen Pt Sulong ini diharapkan akan menaikkan prestasi UPSR pada tahun 2010. Beliau berjanji akan membekalkan bahan-bahan seperti buku-buku kepada semua calon UPSR kawasan Parlimen Pt Sulong.




Aku melihat teknik ini lebih kepada membetulkan kelemahan murid secara berfokus. Daripada pelajar yang lemah dan akhirnya menjadi pelajar yang berpotensi. Datuk Noraini juga menjelaskan bahawa, calon-calon UPSR ini jangan dipandang remeh. Mereka itulah akar yang harus dijaga sepenuhnya kerana ia adalah asas kepada kejayaan mereka pada masa akan datang. Datuk Noraini juga mahu melihat maklum balas program ini selepas sebulan dari sekarang. Seramai 94 orang guru dari Parlimen Pt Sulong yang menghadiri kursus ini telah bersiap siaga untuk menjalankan harapan Yang Berhormat itu.




Miss Mirror mengajak aku menghasilkan satu entri bagi setiap empat jam untuk mendapatkan income yang lebih banyak daripada Nufnang. Oh Miss Miror, dalam keadaan sekarang aku tidak mampu melakukannya! Miss Miror teruskanlah usaha-usaha murnimu itu.

Selasa, 13 April 2010

PERKEMBANGAN BATU PAHAT 2010

Mercu tanda Pasar Awam Batu Pahat



Gambar-gambar ini kupaparkan di sini, bukan untuk anda yang sudah biasa berulang-alik
di Batu Pahat. Tetapi khas untuk orang Batu Pahat yang kini mungkin berada di New York, England, New Zealand, Alor Setar, Bintulu. Manalah tahu kalian dah membawa diri meninggalkan Batu Pahat 20 tahun dulu. Lihatlah perbezaannya Kawasan yang dahulunya semak dan banjir, kini sudah berdiri bangunan-bangunan tinggi (tetapi bukan milik aku!).



Ruang untuk berehat begitu banyak di Hospital Batu Pahat.
(Pemuda tampan ini tidak menyangka gambar dia masuk internet)

Bangunan tambahan Hospital Batu Pahat yang dalam pembinaan. Bakal menjadi antara
hospital daerah yang terbesar di negeri Johor.

Balai polis yang baru. Masih belum digunakan rasanya.



Sebahagian lagi Bangunan Balai Polis ini tersergam, persis bangunan di kota metropolitan.
Bakal menjadi balai polis terbesar di Johor.

Balai bomba yang juga baru, lokasi bersebelahan balai polis yang baru.
Kedua-dua bangunan ini terletak bersebelahan Pejabat Pendaftaran dan Pejabat
Tanah Batu Pahat.



Mesjid Sultan Ismail yang bernilai RM 8 juta


Bangunan apa pula yang dalam pembinaan ini?
Bersebelahan dengan Summit Parade.


Kedai Satriatex bersebelahan Bank Rakyat ini sekarang dikuasai oleh Sdra Dani Sulaiman. Masa dia kecik-kecik dulu, aku selalu sekeh kepala dia, tak sangka sekarang jadi ahli koperat. Dani anak kepada Puan Martini dan En Sulaiman (Martini kakak Masrom jiran aku di kampung) Adalah juga, wakil orangJawa memiliki kedai di Batu Pahat.

Sabtu, 10 April 2010

KELAHIRAN ALIFF ISKANDAR


Aliff Iskandar adalah nama pilihan Hamidah.
(Iskandar Zulkarnain kan penakluk dunia?)


Hamidah tabah apabila doktor pakar mengatakan semasa kandungan berusia dua bulan
" Puan, puan usah mengharap sangat dengan kandungan ini, ia akan keguguran dalam
masa yang terdekat".


Syukur semuanya selamat......

Pose pertama Aliff Iskandar


Ketika Aliff Iskandar lahir ke dunia,
dunia ini telah tua dan penuh kemusnahan

Tengah hari 24 Rabiul Akhir 1431 Hijriah bersamaan 9 April 2010 lahirlah anak kami yang keenam. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana mengurniakan kepada kami seorang lagi cahaya mata, setelah kami kehilangan Auliasafiah pada 13 Jun 2008. Semoga kehadiran Aliff Iskandar dapat memberi cahaya kegembiraan kepada kami. Dan semoga kami berada di kalngan orang-orang yang bersyukur atas segala kurnianNya.

Ahad, 4 April 2010

SEKETIKA DI PARIT YAACOB BERSAMA DR HM TUAH


Dr HM Tuah perasan pulak masa aku ambil gambar dia.
Masa ni aku belum mengenalkan diri kepadanya


LAGI GAMBAR-GAMBAR PERKAHWINAN RAZAK DALAM
WEBSITE DR HM TUAH

Oleh sebab masa aku sampai ini pengantin ADO, Sdra Razak tengah busy betul
dan masih memakai T Shirt, maka aku copy paste gambarnya daripada
blog Wong Koo Lai


Rugi kalau tak datang, Razak menjamu tetamu
dengan ayam golek

Ramai tetamu meraikan pengantin


Oleh sebab pengantin belum sampai, maka peluang bertemu Dr HM Tuah Iskandar aku gunakan sepenuhnya.Berbual-bual seketika tentang novel-novel terbarunya dan aktiviti motivasi beliau yang terkini.

Razak ialah adik kepada Dr Tuah,


(Tarikh pada kamera lupa nak setting lagi).

TINDAKAN APABILA ENJIN KERETA TIBA-TIBA MATI


Panduan berikut mungkin boleh anda lakukan ketika berhadapan dengan masalah enjin mati dengan tiba-tiba. Lakukan pemeriksaan berikut mengikut turutan:

  • Periksa air bateri. Pastikan air bateri cukup iaiutu paras airnya mesti merendam keseluruhjan plat bateri.
  • Periksa kepala bateri, pastikan tidak berkarat atau mempunyai keladak putih dan ketat. Jika berkarat, buka kepala bateri, kikis karat dengan kertas pasir atau pemutar skru, selepas itu pasang semula dengan ketat.
  • Periksa air radiator. Jika kering tambahkan air.
  • Periksa palam pencucuh jika terdapat kesan minyak, bersihkan. Tukar dengan palam pencucuh sekiranya ia terlalu kotor atau sudah lama tidak menukarkannya. Untuk mengelakkan masalah lain berulanmg pemilik kenderaan digalakkan menukarkan palam pencucuh setiap 40,000 km. (palam pencucuh=plug)
  • Periksa Coil. Biasanya apabila panas, ia menjadi punca kenderaan sukar dihidupkan. Puncanya dalam keadaan normal Coil mesti sejuk.
  • Tunggu sehingga sejuk dan hidupkan kereta. Sekiranya boleh dihidupkan pergi ke bengkel terdekat untuk menukarkannya dengan yanmg baru.
  • Jika selepas menukarkan Coil masih sukar untuk dihidupkan ia bermakna berlaku kerosakan pada kondenser.
  • Jika ketika kenderaan dihidupkan ia tersengguk-sengguk kemungkinjan besar masalah berkenaan berpunca daripada penapis minyak yang tersumbat. Terbaik tukar penapis minyak. Harganya pun dalam lingkungan RM 10 sahaja.

MOTIVASI UNTUK CALON SPM YANG KURANG BERJAYA



Keputusan SPM telah diumumkan. Ramai yang berjaya dan ramai juga yang kecundang. Bagi adik-adik yang tidak layak untuk ke universiti dan minat dengan kemahiran
Sila isi borang DI SINI sebelum 12 April 2010.