MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 30 Jun 2010

GERHANA OHHHH GERHANA!


Gerhana bulan 26 Jun 2010 sungguh menakjubkan kita semua.
Maha Suci Allah yang menciptakan semua alam ini.


Kamera murah ini agak terketar-ketar untuk mengambil gambar
gerhana bulan ini.

Konon-kononnya nak jadi jurugambar profesional, tetapi kerana kamera cuma mempunyai 8 mega fixel. Terliur juga tengok iklan Canon terbaru yang mempamerkan 14 mf. Tetapi sayang pulak duitnya. Bukan senang nak dapat duit sekarang ni.

Perginya Seorang Ustaz


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk para sahabat yang sentiasa setia mengikuti blog aku yang tidak seindah mana ini. Beberapa hari ini aku memang agak sibuk dengan tugas rutinku. Lantaran itu, aku tidak dapat menulis sesuatu untuk menceritakan perkembangan terbaru di sekelilingku.



Pada tanggal 29 Jun, kembalinya kerahmatullah Ustaz Meeraj. Allahyarham meninggal dunia pada pagi selasa pada tarikh tersebut. Beribu-ribu sahabat dan anak muridnya menghantar jenazah Allahyarham ke perkuburan Parit Besar, Batu Pahat. Jasa dan bakti ustaz dalam menegakkan agama Allah di atas bumi ini tetap menjadi memori abadi. Jenazah ustaz telah selamat dikebumikan selepas Asar pada hari tersebut. Sebagai bekas salah seorang muridnya, pasti ada kenangan yang tidak dapat aku lupakan sewaktu belajar dengan beliau dahulu.




Selain itu beberapa kawasan Parit Sulong seperti Parit Tegak, Pt Gantung, Pt Pulai dan perkampungan Jalan Muar Pt Sulong dilanda banjir kilat. Air dikatakan separas lutut di sesetengah kawasan. Namun aku tidak dapat mengambil gambarnya kerana keterbatasan waktu, kerana kami sedang dalam proses mengubah suai rumah, supaya suasananya lebih mesra tetamu terutama pada hari raya nanti. Ditambah pula UPSR yang semakin hampir, maka sudah semestinya banyak program yang dirancang perlu dilaksanakan dengan segera. Sekian sahaja coretan daripadaku untuk kali ini. Semoga kalian sentiasa dilimpahi kerahmatan dan perlindunganNya. Amin….

Jumaat, 25 Jun 2010

Kita Dikelilingi Kepalsuan


Lokasi kedai: Pekan Ayer Hitam


Jika kita meletakkan bunga-bunga plastik ini di depan rumah kita pasti akan menyegarkan pandangan. Ditambah dengan air terjun mini yang mengeluarkan bunyi gemersik air mengalir. Terasa penat di tempat kerja hilang melayang di udara, dibawa bayu terbang ke langit biru.

Tanpa disedari kita kini dikelilingi kepalsuan dan tiruan. Sehingga kita hidup pun kadang-kadang dalam kepura-puraan.

Walau apa pun yang anda tafsirkan, malam ini sebenarnya aku sudah tidak tahu hendak menulis apa di sini, lantaran dibebani kerja yang semakin bertimbun. Oleh itu aku menyokong penuh pemansuhan UPSR dan PMR yang diwar-warkan oleh Menteri Pelajaran kita.

Isnin, 21 Jun 2010

Akhirnya Yang Kutakuti Telah Berlaku


Petang Ahad 20 Jun aku menyambung kerja membasuh periuk
Chef Sahid. Aku ingat dah siap ni aku nak tidur dulu, nanti jam 6.00 petang aku hantar ke rumah Sahid.




Oleh sebab aku terlalu penat aku pun terlelap




Z

ZZ

ZZZ

ZZZZ

ZZZZZZZ


ZZZZZZZZZZZZZ



ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ


........






.............................



Bang....! Iwan bang.....!
Iwan...!



Kenapa?
Kenapa?




Adakah aku akan kehilangan seorang anak lagi?



Tidak!!!!!!!



Aku pun menjengok tingkap, ramainya jiran aku yang datang. Abang Sani memapah Ikhwan.


Kenapa ni?


Dia melanggar motor Kak Tifah!


Aku segera memakai baju dan basuh muka lalu memandu kereta.....

Semua ikut sekarang!



Dengan lajunya aku memandu kereta ke Klinik Sri Sulong kerana klinik lain semua ditutup pada hari Ahad. Doktor yang merawat menasihatkan kami menghantar Ikhwan ke Hospital Batu Pahat, kerana Ikhwan pengsan semasa eksident tadi. Ditakuti ada kesan-kesan dalaman.



Maka pada malam itu, Hamidah meminta pertolongan abangnya sekali lagi, dahlah semalamnya penat rewang, ni nak mintak tolong lagi. Jam 11.00 malam Hj Osman Ali dan Hjh Faridah datang mengambil Midah dan anak-anak kami dan menghantar ke rumah kami, kerana aku kena jaga Ikhwan di wad 1, memandangkan dia masih trauma.

Malam itu aku mendapat pengalaman baru, menjaga anak di wad 1. Di kiri dan kanan katil Ikhwan dipenuhi kanak-kanak yang menjerit dan menangis kerana pelbagai kes. Ada satu kes, dimana abang menggusti adik sehingga adik budak itu terpaksa dibedah limpanya. Siibu menangis teresak-esak. Namun aku tidak merasa sedih langsung, seperti perasaan jururawat-jururawat itu. Tangisan sudah tidak berguna. Satu organ sudah tidak boleh digunakan lagi. Pastikan anak-anak anda tidak bergusti sampai berlaku kejadian seperti itu.

Sepanjang malam aku tidak dapat tidur, budak-budak itu semuanya ditemani ibu mereka. Aku sorang sahaja lelaki yang menemani anak di wad itu. Daripada aku disuruh menyusukan Aliff Iskandar, lebih baik aku bersengkang mata di wad ini menjaga Ikhwan.
Kulihat disebelahku seorang perempuan bertudung, dia kata
"Kalau dia ni bukan anak saya dah lama saya tinggal"
"Dah berapa lama puan ada di sini?"
"Dua minggu"
"Patutlah"

Sebelah aku lagi, seorang ibu, tidak memakai tudung dan berbaju dan berseluar sendat. Aku lihat macam bukan anaknya yang sakit, tapi dia yang sakit. Sampai jam 8.00 pagi masih berdengkur! Macam-macam kerenah manusia ni. Doktor kejut dia pun, dia buat tak tahu!
Setelah dirawat dan di x-ray doktor menjelaskan Ikhwan ok dan setiap kali doktor datang
mereka akan bertanya tentang bagaimana kejadian itu berlaku.
Aku sendiri pun tidak begitu jelas, sebab belum sempat berbual dengan jiran-jiran aku.
Tetapi aku faham sangat, Ikhwan tidak akan berhenti di simpang kalau menunggang basikal. Dah banyak kali aku pesan.

Lepas ni taulah Ikhwan. Aku akan belikan rantai besi. Basikal Ikhwan dan Irfan akan disita selama enam bulan.

Berapa lama?

ENAM BULAN



Kesian Aliff Iskandar, sepanjang Isnin 21 Jun
(pagi sampai petang) turut berada di hospital



Mereka semua kami cutikan pada hari pertama persekolahan
penggal kedua ini demi untuk melancarkan urusan mengejut itu.
Isnin 21 Jun, Jam 5.30 petang Ikhwan Rabbani dibenarkan pulang.
Aku sendiri mengambil Cuti Rehat Khas akibat kejadian ini.
Doktor memberikan cuti selama empat hari kepada Ikhwan.

Ahad, 20 Jun 2010

MAJLIS KESYUKURAN ALIFF ISKANDAR



Cucu pertama dan tunggal (setakat ini)
kepada Ustaz Baharuddin
Aku memang tidak menjangka kedatangan Abang Din malam tadi kerana dia pun sibuk


Cendul Jely Era ciptaan Siti Muriyati.
Cendul ini belum dicampur dengan santan dan susu cair lagi.
Ramai berminat dengan cendul yang unik ini.

Nasi Jagung

Menu makanan disediakan sepenuhnya oleh Chef Sahid


Nurul dan suami hadir dengan kereta idaman Vitec terbaru
Tahniah!


Majlis kesyukuran ini kami adakan di rumah kami di Parit Sulong dengan menjemput rakan-rakan dan jiran-jiran setaman di Parit Sulong serta kaum kerabat terdekat. Jika di sana ada yang kukenali dan tidak kujemput maaflah ya, tunggulah rumah kami dibesarkan sedikit nanti, baru boleh jemput semua.

Pada masa kehadiran saudara dan sahabat sebelah siang aku tak sempat ambil gambar. Sehingga aku sendiri lupa memgambil gambar Aliff Iskandar yang diraikan. Gambar-gambar yang diambil di sini banyak pada waktu malam kerana ketika itu aku sudah lapang.

Terima kasih kepada emak mentua Hjh Yaimah, bondaku Hjh Tumut, Hj Osman Ali dan Hjh Faridah, En Ikhsan dan Kak Siti, Siti Muriyati, En Isa dan Kak Hamsaton yang bertungkus lumus membantu melancarkan majlis kami.

Jutaan terima kasih aku ucapkan
Khas kepada Encik Sahid yang memasak makanan yang sungguh sedap dan lazat.



Sebahagian adik-beradikku.
Batik kuning-Abang Baharuddin, Abang Timyati, di belakang tu Siti, Marfiah (anak bongsu),
Yg comel tu bondaku Hjh Tumut, Hjh Saripah (Kak Long) dan kakak iparku Kak Fatemah sulaiman isteri kang Baharuddin.Dan yang berbaju biru tu permaisuriku. Ustazah Amanah sekeluarga telah datang sebelum Magrib dan memohon pulang dengan cepat kerana ada urusan penting. Miss Mirror seorang sahaja yang tidak dapat bersama-sama dalam majlis ini.

Tanpa disangka bakal calon menantu Kak Saripah dari Melaka
turut hadir ke rumah kami, Fariza bersama Amira (putri cahaya).
Gambar terpaksa dikaburkan untuk bagi suspen....


Sudah lama aku tidak bertemu Marfiah


Kenduri tahlil ini untuk adik-beradik dan kerabatsahaja, Alfatihah untuk Almarhum ayahanda Hj Sodono, Hj Ali ayah mentuaku dan Aulia Safiah anakanda kami yang meninggal dua tahun lalu pada 13 jun 2008.


Jumaat, 18 Jun 2010

TANDA-TANDA ANAK YANG GENIUS

Adakah anak anda memiliki bakat luar biasa?

Tidak ada kayu ukur untuk menjadi genius, tetapi jika anda boleh menjawab YA kepada beberapa soalan di bawah, mungkin anda mempunyai anak yang pintar:

  1. Adakah anak anda yang berusia empat tahun menggunakan perkataan-perkataan besar seperti 'biografi' atau 'bijaksana'?
  2. Adakah anak anda di tahun satu menghabiskan kerja di dalam kelas jauh lebih pantas berbanding murid-murid lain dan tertanya-tanya apa yang hendak dibuat selepas itu?
  3. Adakah anak anda mengajak orang dewasa berbual tentang topik tertentu seperti politik atau ekonomi?
  4. Adakah anak anda lebih suka bermain dengan kanak-kanak yang beberapa tahun lebih tua daripadanya?
  5. Adakah anak anda sering membuat jenaka yang pintar?
  6. Adakah anak anda mahir dalam sesuatu perkara? Misalnya, bolehkah dia menyebut nama semua negara yang bermula dengan huruf A? Bolehkah dia bercerita tentang semua jenis dinosaur?
  7. Bolehkah anak anda ingat kandungan buku yang anda baca untuknya ketika dia berumur tiga atau empat tahun?
  8. Adakah anak anda yang bersekolah rendah mempunyai minat terhadap buku-buku sains, sejarah atau biografi berbanding buku bukan fiksyen lain?
  9. Adakah anak anda bertanya orang lain bila mereka diolahirkan dan memberitahu tarikh lahirnya sendiri?
  10. Adakah anak anda belajar membaca dengan mudah, tanpa arahan anda, ketika berusia tiga atau empat tahun?
Sumber dipetik daripada majalah TIME.

Skor IQ
Mengikut skala Stanford-Binet, tahap iq individu boleh mencecah julat tertinggi 160 mata, manakala 62 mata untuk peringkat paling rendah:
  • Profesor dan penyelidik 134
  • Doktor dan pakar bedah 128
  • Peguam 128
  • Akauntan 128
  • Jurutera 125
  • Guru sekolah 123
  • Pengarah Urusan 122
  • Pentadbir Pendidikan 122
  • Jurutrengkas 121
  • Ahli Farmasi 120
  • Jururawat 119
  • Kerani Kanan 118
  • Juruwang 116
  • Jurujual 114
  • Kerani 112
  • Juruelektrik 109
  • Polis 108
  • Mekanik 106
  • Operator mesin 105
  • Pekedai 103
  • Pekerja Gudang 98
  • Pemandu 97
  • Pekebun Kecil 96
  • Tukang Kebun 95
  • Pembungkus di kilang 85
Purata skor IQ di atas berdasarkan kajian-kajian di negara Barat. Ia tidak semestinya tepat untuk menggambarkan p[otensi, kebolehan dan kepintaran seseorang? Agak-agak berapa mata IQ kita? Jika Dr Mahathir rasanya dekat-dekat 160 mata? Yang pasti saya ada dua biji mata!

Rabu, 16 Jun 2010

BLOG JANA PENDAPATAN SAMPINGAN

Sila klik supaya lebih senang dibaca

Kita selalu tertanya-tanya bagaimana buat duit dengan blog? Yang paling senang ialah iklankan bisnes kita sendiri. Bagi saya dengan mengiklankan
BIO ASLI dalam blog saya setakat ini telah menambah sedikit pendapatan saya, tidak ribu-ribu pun, dapat ratus-ratus pun siapa nak bagi?
(Jika dicampur bonus HPA dapat juga saya RM 1K ke atas)

Namun jika anda mempunyai misi dan visi yang lebih besar eloklah melayari web
ROHAIZAD JUMAT (blogger sepenuh masa tu).

Saya tiada kepentingan apa-apa di situ. Saya bukan duta produk ROHAIZAD. Tetapi setakat ingin berkongsi dengan anda betapa mungkin anda ingin menjadi blogger yang berjaya, silalah berhubung dengan ROHAIZAD yang boleh mencari pendapatan tetap melalui blog. Sedangkan kita masih terkial-kial.Kenapa blog kita tidak tukar konsep kepada blog yang mendatangkan sumber pendapatan?

Jika kita tidak pandai mengaji, kita kena jumpa guru mengaji. Jika kita tidak pandai memasak kita belajar dengan Chef. Lalu, jika kita tidak pandai buat duit dengan blog, kita belajarlah dengan ROHAIZAD. Tunggulah sahajalah seminar yang akan dibuat oleh beliau di tempat anda. Tetapi, saya pun belum berkesempatan untuk menuntut ilmu dengan Rohaizad. Tunggu....!

Ahad, 13 Jun 2010

AUTO SHOW DI PARIT SULONG

Dua hari ini, banyak betul jemputan kahwin.
Penat makan nasi minyak di rumah orang, aku ingat nak lepak2 kat warung di Pt Sulong,
rupa-rupanya Pt Sulong geger dengan deruan kereta sport sehingga jalan pun jem
macam esok nak raya.

Antara kereta antik yang turut mengambil bahagian


Eh macam kereta Myvy?


Jika masa memandu, tiba-tiba kita disergah kereta ini
mesti kecut perut juga kita!


Kenapalah orang ramai berkerumun sangat di sekeliling kereta ini....
Rupa-rupanya, speaker dia ada 15! Bunyinya barat sampai ke Pt Maimon, utara sampai Pt Sentang, timur sampai Kangkar Senangar, selatan sampai Pt Penghulu.
Booth kereta ini ada tv! Siapalah yang duduk di booth ya?



Kereta tersebut dari pandangan hadapan


Kereta hijau ni rasanya dimiliki oleh pecinta alam sekitar?



Kali ini pameran dan pertandingan kereta sport ini disertai juga oleh kaum Cina. 1 Malaysia!

Khamis, 10 Jun 2010

FIFA MATCH SCHEDULE 2010


Ini jadual yang akan disiarkan oleh TV 1 DAN TV 2

11.6.2010 9.00 pm RSA VS MEX TV 1
12.6.2010 9.30 pm ARG VS NGA TV 1
13.6.2020 2.00 am ENG VS USA TV 1
14.6.2020 2.00 am GER VS AUST TV 1
16.6.2010 4.30 am BRA VS PRK TV 1
16.6.2010 7.00 pm HON VS CHI TV 2
18.6.2010 4.30 am FRA VS MEX TV 1
19.6.2020 3.00 am ENG VS ALG TV 1
19.6.2010 9.30 pm GHA VS AUS TV 1
19.6.2010 12.01 am NED VS JAN TV 1
20.6.2010 7.00pm SVN VS PAR TV 2
20.6.2010 9.30 pm ITA VS NZL TV 1
21.6.2010 2.00 am BRA VS CIV TV 1
21.6.2010 7.00 pm POR VS PRK TV 2
23.6.2010 2.00 am NGA VS KOR TV 1
23.6.2010 9.30 pm USA VS ALG TV 1
24.6.2010 4.30 am GHA VS GER TV 1
25.6.2010 2.00 am CMR VS NED TV 1
26.6.2010 2.00 am CHI VS ESP TV 1



Dua bulan lalu Mastika ada menyatakan bahawa satu penyakit baru yang lebih dahsyat daripada H1N1 akan merebak ke seluruh dunia. Ia tidak lain tidak bukan ialah penyakit demam bola. Kita berhenti perang sekejap untuk menonton bola sepak. Sebagai agen pengedar Kopi Radix, inilah peluang menambahkan jualan untuk warung-warung yang mnyediakan televisyen skrin yang besar. Kepada yang ingin berjaga malam jangan lupa MAI SECAWAN...Kopi Radix.

Selasa, 8 Jun 2010

PEKAN AIR HITAM MERIAH SEPANJANG TAHUN

Macam sedap je jambu ni, menyesal pulak tak beli nanti...



Masa kecil dulu aku kenyang makan keladi selatah ni.
Sekarang sudah jarang ada, tetapi di Pekan Air Hitam masih boleh diperolehi.



Eh Eh...banyaknya Teddy Bear



Pekan Air Hitam memang tidak pernah lengang, sentiasa dipenuhi pengunjung




Buah Lychee ni buah kegemaran anakku Ili Nabilah sejak dalam perut ibunya lagi.....
(masa tu mengidam buah lychee)

Pekan Air Hitam sinonim dengan produk tembikar

Key Chain pelbagai variasi menarik minat kanak-kanak

Wow! Banyaknya barang-barang kat kedai ni!




Kalau pergi ke Johor, tak singgah Air Hitam maka lawatan kalian dikira
belum sempurna......!




Kraftangan ini sejenis mobail yang berbunyi apabila ditiup angin...
Rasa begitu klasik semasa angin bertiup



Macam-macam ada bang, bantal, tikar, topi.


Kedai produk rotan, macam-macam barangan daripada rotan, termasuk
rotan untuk memukul anak-anak yang tidak mahu mengaji pun ada!





Topi Koboi...aku tak ada bela kuda, buat apa nak beli...?

Isnin, 7 Jun 2010

RADIX FRIED CHICKEN SEMPENA HARI JADI ARINA


Pada tahun 1998 dulu ketika aku join HPA, aku tidak terbayang HPA boleh membina
empayar francais ayam goreng ini. Aku ingat lagi seorang sahabat
ketika itu memperlekeh, katanya paling lama syarikat ini setahun sahaja hayatnya.
Kerana ketika itu katalog pun banyak yang fotostat, manalah member nak percaya.
Sekarang HPA sudah ada bangunan sendiri bernilai RM 60 juta di Kuala Lumpur.

Tanggal 7 Jun merupakan hari jadi Arina yang ke lima tahun. Oleh sebab sekarang
sedang sibuk kempen pulaukan produk Yahudi, maka walaupun Kluang agak jauh, kugagahi
jua ke sana, semata-mata kerana ingin merasa kelazatan
ayam goreng organik Radix Fried Chicken.


Dengan RM 53.95 kami dapat dalam 15 ketul ayam, dua botol Radix Cola,
dan makanan eksesori yang aku tak tau nak sebut (makan jelah),
dan istimewanya dapat hadiah 2 botol sos Cili HPA (untuk dibawa pulang)



Ruang untuk anak-anak bermain disediakan


Tingkat atas ada disediakan surau untuk lelaki dan surau untuk perempuan.
Pendek kata apabila berkunjung ke sini, seperti menziarahi
rumah adik-beradik sendiri


Hah engkau, mana nak habis, ada 6,7 ketul lagi tak habis makan (malam ni tak payah masak
lauk), Cili Sos yang dihadiahkan oleh RFC.