MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 25 Julai 2010

KITA DAN KEHIDUPAN

Jika rumah kita dilihat dari jauh pada waktu malam, panoramanya adalah seperti gambar di atas. Rumah kita hanya nampak satu titik cahaya. Bulan dan matahari telah menjadi saksi, manusia silih berganti, berjuta-juta tahun dahulu sehingga kini. Apa yang harus kita tamakkan, kerana akhirnya satu masa kita akan meninggalkan semua ini?

Isnin, 19 Julai 2010

KENAIKAN HARGA BARANGAN UTAMA


Aku menerima beberapa SMS yang melahirkan kekecewaan mereka tentang kenaikan harga barangan utama minggu lalu. Sebenarnya kita sudah letih dengan isu ini. Padaku sesiapa pun yang memerintah, isu kenaikan barang ini akan kita hadapi. Kerana apa? Ia berkaitan dengan ekonomi. Cuba tanya kedai runcit, berapa mereka dapat daripada sekilogram gula? Mereka dapat 5 sen sahaja. Yang lega sedikit ialah kilang gula. Pengedar dan pekedai sama sahaja.

Jika tidak puas hati, terjemahkanlah di kertas undi pada pilihan raya akan datang. Tidak payahlah hendak mengamuk dan memberontak. Buat letih saja. Ia juga menyebabkan kita terkena penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan kemurungan serta stress. Adalah lebih baik kita buat bisnes dan cari pendapatan sampingan bagi menampung kenaikan harga barangan itu.

Isnin, 12 Julai 2010

Sepanyol Juara Baru Piala Dunia




Keputusan Perlawan Akhir Piala Dunia 2010
Sepanyol 1- Belanda 0

Rembatan emas Iniesta pada minit ke 116 (minit ke 11 masa tambahan sesi kedua) telah menjulang Sepanyol sebagai juara baru Piala Dunia. Walaupun gol itu menimbulkan kontreversi namun segala-galanya telah berakhir. Pasukan itu telah membawa pulang Piala Dunia bagi mengubati seluruh rakyat Sepanyol yang mengalami masalah kebangkarapan ekonomi yang teruk itu. Sepanyol merupakan negara ke lapan yang memenangi berprestij itu. Sepanyol telah menguasai 57% permaian itu manakala Belanda 43%, justeru itu Sepanyol memang berhak menang. Ironinya ramalan sotong tepat lagi. Aku sendiri tak tau sangat fasal sotong ni. Ternyata ramalan awal semua media sebelum kejohanan tidak ada yang tepat langsung.

Ahad, 11 Julai 2010

PERKHEMAHAN SG BANTANG BEKOK 2

Setelah merentas hutan dan menyeberangi lumpur mereka dibenarkan mandi.
Pehh sukanya bukan main.....tak jadi marah Encik Husin

Saat yang paling menyeksakan para peserta perkhemahan.
Merangkak dalam lumpur hitam yang menjijikkan

Ni nama dia Pokok Gajah Beranak.....khasiatnya bla bla bla...
En Husin bersungguh-sungguh menerangkan kepada murid-murid kami.

Persembahan Cikgu Roy Fahmi dan Cikgu Faizal
ternyata seperti persembahan artis terkenal

Cikgu Burhan mengawasi murid yang sedang menjalani
aktiviti merentas hutan Sungai Bantang

Dah lama tak tidur kat khemah, best juga rasa macam tidur kat rumah juga

En Husin dari pasukan Renger memberi banyak ilmu tentang mengembara di hutan dan pokok-pokok herba


Balik-balik muka aku...habis ni kan blog aku...huhuhuhu
Jangan le ketawakan aku pakai stokin di luar.Kawasan ini banyak pacat....! Pokok balak di belakang aku ni kata Encik Husin sudah berusia 250 tahun. Inilah pokok yang paling besar dan paling senior di hutan ini.

BANCI PENDUDUK SUDAH BERMULA

Sekadar gambar hiasan
Petang tadi sedang aku membersihkan kawasan rumah, aku disapa oleh dua orang anak muda. Mereka memperkenalkan diri sebagai pegawai banci penduduk 2010. Aku tengok atas bawah, sah mereka bukan penipu.
Antara soalan yang ditanya
1. Nama
2. Tarikh lahir
3. Umur
4. Nama isteri
5. Jumlah ahli keluarga yang tinggal di rumah
6. Ada kereta, motosikal?
7. Ada komputer dan laptop?
8. Tarikh lahir setiap anak -kenalah sedia semua ni ...malu nanti tak dapat jawab
Begitulah antara yang aku ingat, sebab banci penduduk ini akan dijalankan serentak di seluruh Malaysia.
" Kalau tuan rumah tak ada, apa yang akan awak buat?" tanya aku kepada budak itu.
" Saya akan datang semula pada hari lain. Tetapi jika saya tahu nombor telefon rumahnya, saya akan call" ujar pemuda itu.
" Ada satu soalan awak tak tanya saya...." aku cuba memerangkap
" Apa dia pakcik?" Sampai hati dia panggil aku pakcik...[tak sedar diri lagi aku ni!]
" Awak tak tanya isteri saya berapa orang?".....
" Pakcik ada dua orang isteri ke?"
" Hahahahahahaaaa..... saja je.....sila minum Kopi Radix ni......"
" Alhamdulillah....rezeki...."
Aku ceritakan kisah ni bukan apa, takut kalian apabila ada orang datang disangkanya perompak. Kita kan dapat membezakan perawakan pegawai banci yang sebenar dengan orang yang menyamar. Takkan tak dapat nak beza, dah 35-45 tahun hidup...!
Nak tau dia pegawai banci sebenar, mintak dia satu kad yang akan ditampal di dinding rumah kita. Kalau kad kuning itu tak ada, maknanya mungkin dia penipu besar. Apa lagi jika dia bertanya yang bukan-bukan seperti
1. Berapa lama Tuan sudah berkahwin dengan isteri Tuan?
2. Tuan ada tak anak dara yang berumur 14 tahun ke atas?
3. Tuan banyak tak simpan duit di rumah?
4. Berapa banyak gelang dan rantai emas yang pernah puan beli?
5. Dan bla bla bla bla............
Sekian ........

Sabtu, 10 Julai 2010

Pangkat itu mengubah persepsi persahabatan.


Menemui kawan-kawan lama sungguh mengharukan. Aku cukup gembira jika ada teman yang datang ke pekan kecil ini, dan sudi untuk bersembang dengan aku. Aku harga sangat, kerana mereka datang ke sini, semata-mata ingin menemui aku. Mereka kawan-kawan lama. Zaman bujang dulu. Zaman makan nasi berlaukkan bawang dan bilis goreng.

Namun dalam ramai-ramai itu, ada juga teman lama yang sudah berubah. Baru dapat kedudukan sikit, sudah bersaya awak dengan aku. Apabila dihubungi, "Ada apa telefon saya?" Sejak itu aku sudah malas nak mengingati dia. Bukan aku nak mintak dia luluskan apa-apa, sekadar bertanya khabar. Dapat nombor handphone pun melalui kawan yang lain.

Mengapa mereka menjadi begitu protokol? Aku cukup kagum dengan seorang temanku ini. Walaupun kini sudah menjawat jawatan Nazir Persekutuan, namun sikapnya masih seperti 23 tahun yang lalu. Beliau menganggap kawan-kawan lamanya seperti adik-beradik sendiri. Beliau ialah Encik Baharuddin Basir.

"Buat apa kita nak eksyen sangat dengan member? 12,13 tahun lagi kita pencen, masa tu baru tau, langit tinggi ke rendah?" Ujarnya apabila aku mengkagumi sikapnya itu.

Khamis, 8 Julai 2010

STASTISTIK KECURIAN KERETA

Sudah tidak tahu apa yang ingin diceritakan pada entri kali ini, aku ingin kongsikan sesuatu yang
sangat dekat pada kita. Usah difikir ia terjadi kepada orang lain. Sesiapa pun boleh kehilangan kereta tidak kira kereta itu kereta mewah atau kereta cabuk.

Bayangkan keluar dari shoping compleks tiba-tiba sampai di parking, kita lihat kereta kesayangan kita ghaib....? Bayangkan pula kalau itu sahajalah satu-satunya kenderaan kita untuk pergi bekerja
dan menghantar anak ke sekolah? Nauzubillah....!


Menurut Ketua Pengarah Eksekutif ISM Insurance Services Malaysia Bhd, Charl Rajendram:


2008 - jumlah kecurian kereta 9899
2009 - jumlah kecurian kereta 8673

Jumlah tuntutan ganti rugi Insurans ialah:

2008 - RM 446 juta
2009 - RM 404 juta

Peratus kecurian mengikut Negeri:

Selangor - 20%
Johor - 13%
Perak - 10%


Jenis kereta yang dicuri:

Proton - 3873 buah kereta
Toyota - 1472 buah kereta
Perodua- 921 buah kereta

Kereta-kereta mewah juga dicuri untuk diseludup ke luer negara.
Manakala kereta tampatan dan kereta murah akan dipotong alat gantinya untuk dijual kepada bengkel-bengkel kereta.

Oleh itu bacalah TIP SUPAYA KERETA TIDAK DICURI

Rabu, 7 Julai 2010

TAJAAN BIASISWA JPA UNTUK PELAJAR CEMERLANG DITERUSKAN



KUALA LUMPUR - Kerajaan masih meneruskan penajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara pada peringkat ijazah pertama.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penajaan biasiswa itu memberi fokus kepada bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, sains perubatan veterinar, kejuruteraan, sains dan teknologi serta sains sosial.

"Ini kerana tenaga sumber manusia dalam bidang tersebut amat diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya dekat sini semalam.

dipetik daripada KOSMO online