MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 30 November 2010

BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010

Mari kita lihat senarai BLOG POPULAR yang dipertandingkan. Selama ini kita tidak tahu tentang sebahagian besar blog-blog tersebut. Kita cuba belajar dengan mereka, bagaimana mereka boleh berada dalam carta blog popular? Ia umpama anugerah BINTANG POPULAR bagi artis-artis.

Isnin, 29 November 2010

BLOG DAN INCOME

Hasil seciput, namun Alhamdulillahlah kan....sambil-sambil

Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membuat duit melalui blog kita kata blogger lama yang telah menuai hasil. Ada blogger yang telah memperoleh income empat angka melalui iklan Google Adsense dan Nufnang.Dalam entrinya semalam Ben Ashaari kata beliau mengupdate entrinya 10 kali sehari. Sanggupkah kita?

Cara kedua ialah kita join affiliate program. Carilah program affiliate melalui Google search. Macam-macam ada di sana. Tetapi aku tak buat lagi. Dengarnya Telaga Biru pun sebahagian program affilliate.

Ketiga, kita iklan produk MLM kita macam yang aku buat ni. Ia hanya sebahagian cara untuk mempromosikan produk kita. Selain online aku juga menggunakan cara ofline seperti penggunaan flyer. Kad bisnes. SMS. Setakat ini melalui facebook belum menampakkan kesan lagi berbanding blog. Saban minggu ada pelanggan yang bertanyakan tentang produk bio asli setelah mencari hasil carian melalui Google Search.

Taip jelah BIO ASLI BATU PAHAT atau PENGEDAR OIL 31, atau STOKIS BIO ASLI maka Google akan mempamerkan nombor handphone aku.

Keempat, kita juga boleh iklankan sesuatu yang diminta oleh kawan-kawan kita. Contohnya di tepi tu ada kawan aku nak jual tanah lot, maka aku letak kat situlah, mana tau ada orang yang sedang mencari tapak rumah di kawasan tersebut. Kereta atau perabot juga boleh kita iklankan daripada kita letak widget yang pelbagai tetapi tak mendatangkan apa-apa pendapatan. Blog kita pula akan jadi berat dan susah diloading. Banyak blog yang menyebabkan netbook aku yang kecil ni jadi hang.

Memang mudah.my merupakan satu medan pengiklanan yang sangat berkesan, namun tak ada salahnya kita mengiklankan produk kita dalam blog kita yang tak sehebat mana ini. Namun tuah manusia siapa yang tahu?

Akhirnya, ramai blogger sudah menjual petak-petak iklan yang disewakan. Dengan syarat blog kita tu popular bak blogger yang dah macam artis tu. Aku baru merangkak macam siput.

Blog ni aku bayangkan macam TV. Kalau ramai penonton maka mahallah iklan yang dibayar. Kalau setakat 50-100 pengunjung macam blog aku ni, elok promosi produk sendiri je. Sekian.

Ahad, 28 November 2010

SEHARI DI RENGIT

(PEKAN RENGIT)
Sehari 27 November 2010
Kami berkampung di rumah abang Baharuddin.
Hari ini ialah majlis perkahwinan anak saudaraku Nurul Faezah.

TOL 1-Pemuda-pemuda 

TOL 2-Makcik-makcik dan kanak-kanak perempuan.

TOL 3-Mak Andam. Tol Paling mahal.

TOL dalam majlis perkahwinan di negeri Johor sudah menjadi adat yang popular. Ia tidak lain bertujuan memeriahkan suasana dan supaya pihak pengantin perempuan selaku tuan rumah dapat berinteraksi dengan rombongan pihak lelaki. Dalam majlis anak saudara saya ini, ada tiga tol sahaja, kadang-kadang sesetengah tempat lebih daripada itu. Jika anda bakal melamar gadis negeri Johor maka bersedialah dengan duit tol yang mencukupi. Jika tidak pasti anda akan berpeluh-peluh di tengah panas nanti.

Buat kaum-kerabatku, jika hendak melihat gambar-gambar majlis tersebut KLIK DI SINI>>>

Sabtu, 27 November 2010

CATATAN CUTI HARI YANG KE 7

Hari ini hari ulang tahun kelahiran Ikhwan yang ke 8 tahun. Aku dah pujuk dia makan ayam goreng
kat Batu Pahat je. Tetapi dia tak boleh dipujuk. Dia nak juga Radix FC di Kluang. Pendiriannya
dah macam bos-bos, tak boleh diubah. Maka kerana hari ini hari istimewa Iwan, kugagahi jua ke Kluang.

Orang-orang Yong Peng yang seksi-meksi bolehlah ke kedai baju
sebelah Econ Save ni
Pagi 26 Nov, aku ke Parit Jawa Muar dulu, tengah mencari
sekolah yang sesuai untuk Irfan.
Kita mesti sentiasa bersemangat dalam hidup
macam Duta Produk Shieldtox ni, Sazali.

Semasa di Yong Peng juga kami terpandang poster polis ni. Eh? Baru aku tahu
ada budak hilang lagi. Lee Xin Ru, 2 tahun dari Raub hilang
daripada pangkuan ibunya....macamana boleh hilang?
Bayangkan bagaimana sedih ibu bapa Lee Xin Ru sekarang ini.

Solat Asar di Mesjid Bandar Kluang


Radix FC dah ada di genggaman

Arina demam hari ini, tetapi kena ikut juga, siapa nak jaga kat rumah?

Magrib di Mesjid Pekan Air Hitam.
Hamidah kata ruang solat untuk wanita di mesjid ini sempit dan tidak terurus
seperti mesjid-mesjid lain. Dia tetap memuji keselesaan Surau Pekan Parit Yani yang jauh sangat
baik daripada mesjid yang lebih besar. 

Kalau anda ke Yong Peng, dan jika anda pecinta binatang, pergilah kawasan lapang
di belakang Bank Rakyat, di situ ialah habitat berpuluh-puluh burung bangau. Sesiapa yang menangkap
burung ini akan didenda RM 5000 bagi setiap ekor.

Apabila aku menulis blog, blog aku ada kekurangan, iaitu gambar-gambar dalam blog aku tidak bermutu.
Aku sangat teruja dengan blog sahabataku ini:


dan sahabat blogger yang baru


Mereka memang nampak begitu profesional dalam bidang fotografi.


 

Rabu, 24 November 2010

AMSUDA MEMASUKI GERBANG PEKERJAAN

23 November, bertolak dari rumahku jam 5.10 petang dan tiba di rumah Anis
di Taman Segar Perdana, Cheras jam 8.35 malam.

Pemandangan kawasan Cheras dari rumah Anis

24 November-Pagi-pagi sebelum meninggalkan rumah Anis untuk
berangkat ke PLKN Seri Perkasa Mantin, Negeri Sembilan 

Kereta kami membelah Lebuh Raya LEKAS
Kajang-Seremban.


Sdra Adham (AMSUDA)akan menjalani kursus selama sepuluh hari di sini.

PLKN MANTIN- 24 November,VIP yang hadir tegah hari tadi memberi pesanan bahawa
"Anda adalah orang-orang yang bertuah kerana daripada 43 000 yang memohon,
hanya 4000 yang dapat ditemuduga dan akhirnya kami cuma mengambil 235 orang warga
kerja baru. Dan mereka yang bertuah itu adalah ANDA!!! Berikan Tepukan untuk diri Anda!!!

Jangan di tanya di mana anda akan ditempatkan. Yang penting anda akan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Yang pasti anda tidak akan ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Pada hari Jumaat nanti
anda semua akan dapat mengetahui di mana anda akan ditempatkan.

Semasa bekerja nanti, anda sangat digalakkan membawa buku kecil (macam buku 3,5),
Jika semasa memandu, semasa memasak, anda ada idea yang baik untuk menaikkan organisasi kita, maka anda cepat-cepat tulis dalam buku kecil itu. Lalu idea itu anda boleh kemukakan dalam mesyuarat organisasi kita. Jika tidak dicatat, kita takut idea yang baik itu akan lenyap begitu sahaja.

Ingat, dalam setahun ini, anda akan dinilai, saya mahu markah anda meningkat dan terus meningkat. Sekarang markah anda 100%. Jika anda datang lebih awal dari jam 8.00 dan balik lebih lewat dari jam 5.00 petang, maka markah akan diberi kepada anda. Tetapi jika anda menunjukkan prestasi yang buruk, maka kontrak setahun ini akan menjejaskan anda. Jika prestasi baik, maka pada tahun hadapan jawatan akan pergi ke jawatan tetap!
Begitulah amanat yang diberi oleh pegawai atasan Perbadanan Sisa Pepejal dan Kebersihan Awam kepada
235 orang warga kerja baru dalam perbadanan itu tengah hari tadi.

Selasa, 23 November 2010

SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG MENINDAS

Setiap hari rakyat Malaysia membelanjakan RM 17 juta bagi urusan SMS. Bayangkan ada anak yang menghantar menghantar SMS dari biliknya kepada ibu yang ada di ruang tamu. Bukankah ini satu pembaziran, dan mengayakan taukey yang sudah jadi billioner itu?

Cuba anda kaji, tulis dulu jumlah baki duit:
     Sebelum SMS= RM 00.00
     Selepas SMS=RM 00.00 

Lihat carta di bawah ini pula
    Syarikat H = SMS kepada syarikat yang sama 7 sen satu SMS
                         SMS kepada syarikat lain 15 sen satu SMS
    Syarikat D=  10 sen satu SMS
    Syarikat C= 8 sen satu SMS

Panggilan pula:
    Syarikat H= Call kepada talian syarikat yang sama 33 sen minit yang pertama  Call kepada talian lain 39 sen  Walaupun orang yang dipanggil tak menjawab, anda tetap akan kena 39 sen, tak percaya analisis sendiri. Sebab tu kalau orang call, silalah jawab, kalau tak kesian orang yang  call anda itu. Dia akan disembelih oleh syarikat telekomunikasi itu.


   Syarikat D=  Call kepada talian yang lain atau yang sama 18 sen 30 saat pertama, (ni kira murah  berbanding syarikat H).


   Syarikat C= Call ke syarikat yang sama 15 sen. Ke syarikat lain 18 sen.

Itulah informasi yang aku dapat setelah menghadiri satu sesi dialog dengan seorang pakar telekomunikasi malam semalam di Muar, sebagai mengisi hari cuti aku. Semoga anda dapat memilih syarikat yang paling menjimatkan.
                               

                       

RUMAH MACAM MAHLIGAI, TETAPI MASIH BORING?

Pada suatu petang minggu ini, aku berbual dengan seseorang. Cerita berkisar tentang kenapa setiap petang dia bersembang di kedai kopi, walaupun dia sudah ada rumah besar di pekan kecil itu. Harga rumah RM 380K di sebuah pekan cowboy kuanggap terlalu mewah berbanding rumah aku yang cuma RM 80K.

Alasan yang diberi,
"Aku perlu berjumpa orang lain kerana orang tak akan datang ke rumah aku untuk mengajak aku berbual"
"Suasana di rumah terlalu rasmi dan agak protokol untuk bersembang dengan kawan-kawan"
"Melihat suasana dan gelagat orang aku jadi happy"

Lalu aku bertanya, "Bila kau mula tidur malam?"
"Oh, tidur? Aku tidur cepat, pukul 10.00 dah tidur dah...!"
"Awalnya?" Aku agak terperanjat, kerana aku selalu mula tidur jam 1.00 pagi.
"Kau tak minat tengok televisyen?"
"Entahlah, tak minat langsung tengok drama yang selalu ada perempuan menangis, yang aku minat cuma rancangan National Geografic"  
"Kalau macam tu, aku rasa hidup kau agak membosankan, kau ambillah internet, boleh bersembang dengan kawan lama"
"Internet ni tak masuk lagi otak aku"

Setiap kali selepas solat Asar di mesjid, dia akan melepak di warung kecil itu.  
Menghirup secawan kopi dan dua biji kuih sudah sangat membahagiakan temanku itu. Anda bagaimana?

Isnin, 22 November 2010

ALBUM WEB PICASA

Setengah kita tidak perasan di bahagian bawah dashboard blog kita ada album web Picasa.
Kliklah di sana, album ini menyimpan ribuan gambar yang telah diupload dalam blog kita.
Yang pelik tu, ada setengah gambar itu tak pernah kita msukkan ke blog tetapi terpapar di situ.
Nampaknya album gambar di super market dah tak laku sekarang ni. Ada orang simpan
gambar dalam facebook. Ada juga yang simpan secara rapi dalam Web Picasa.

Gambar-gambar di atas mengimbas kembali gambar-gambar yang saya masukkan ke dalam blog ini sepanjang dua tahun lalu. Awal Disember ini genaplah dua tahun usia blog saya ini.

PENGISIAN TIGA HARI BERCUTI

Cari balik buku yang dah lama dibeli dengan harga RM 33 ni.
Banyak ilmu bisnes yang diperoleh daripada buku ini antaranya
pelanggan hendaklah dilayan seperti putera raja. Ramai orang Melayu berniaga dengan wajah
yang masam dan kusam.
Ada setengah yang duduk di kaunter pembayaran kedai tu, dahlah tak cantik, sombong pula.

Ingatkan hari pertama 20 November nak berehat, rupa-rupanya Cikgu Zailani
ajak mandi di air terjun. Pergilah kami bermandi-manda menghilangkan stress.

 

Hari kedua dan ketiga, menziarahi cawangan HPA yang baru antaranya di Yong Peng, Air Hitam
dan Pt Raja. Masalahnya KOPI RADIX kehabisan kerana banjir di Perlis. Tunggu...!

Sabtu, 20 November 2010

PANDUAN MEMBINA/MEMBUAT LAMAN BLOG: BLOGSPOT

Dulu, Disember 2008, aku buat BLOG AKU ni tak ada yang ajar aku.
Sebab panduan di laman web yang ada agar sukar difahami.
Aku godek-godek sendiri, akhirnya aku dapat buat sendiri blog tu.

Jadi aku faham, ramai di luar sana, teringin sangat nak ada blog sendiri.
Maka malam ni aku nak bagi TUTORIAL bagaimana nak buat blog?
Tetapi ni khas untuk blogspot, kerana ia lebih mudah daripada yang lain.

Ok, mula-mula kalian mesti ada alamat emel, tak kiralah hot mail, gmail, ymail, yahoo, dia tak kisah
Kedua, kalian bukalah blog siapa-siapa, YANG guna BLOGSPOTlah,
eloknya blog akulah (macam bagus je!)

Tengok betul-betul penjuru kanan sebelah atas tu. Ada ditulis CREATE BLOG dalam bahasa Melayunya
Rekalah Blog....ha...KLIK di CREATE blog tu

KLIK.....!






Ketiga: Isilah alamat emel sebagaimana contoh. Dua kali isi emel tu YANG ada Rytype emel...
Pasword blog biasanya lebih panjang daripada pasword emel. Ia berbeza ya sdra-sdri.
Dalam borang ni kita guna pasword blog. Tetapi jika pasword emel kalian boleh digunakan, lagi bagus!

Display NAME tu NAMA SAMARAN kita

Isilah semua termasuk perkataan yang pelik-pelik tu,
dan KLIK CONTINUE


Blog Title ialah TAJUK BLOG
Di sini saya guna BICARA HAMBA sama dengan NAMA SAMARAN aku
Kalian tak payahlah sama. Lain sedikitlah.

Blog Adress ni yang paling penting. Jika boleh janganlah panjang-panjang.
Biar paling ringkas dan senang diingat oleh kawan-kawan kita nanti.
Di sini aku pilih (akureda.blogspot.com)
Klik pada check, sampai keluar warna hijau, maksudnya alamat itu diterima.
Kemudian teruskan tekan CONTINUE


PERINGATAN: Semasa pendaftaran blog ini nampaknya blogger.com tidak
meminta nombor hand phone aku seperti biasanya.
Jika mereka hendakkan nombor hand phone
Anda hendaklah meletakkan angka 6 dihadapan nombor hand phone anda

CONTOH: 60197630678

Mereka akan sent SMS nombor Kod BLOG untuk diisikan dalam borang permohonan ini.
Tetapi dalam kes blog aku ini, mereka tidak meminta no hand phone aku. Harap-harap anda juga begitu.




Seterusnya pilih template yang paling kalian suka. Klik mana-mana salah satu
dan klik CONTINUE 


Wau! Anda berjaya membina blog anda! Tahniah!
Kemudian, anda sudah boleh start blogging, klik START BLOGGING


Anda sudah boleh tulis entri/artikel pertama anda.
Pastikan anda tulis TAJUK juga LABEL di bahagian bawah tu



Ni contoh....testing...testing....!
Akhirnya klik pada PUBLISH POST, dalam bahasa Melayu
Terbitkan Catatan....!


Entri anda telah berjaya disiarkan!


Dan inilah dia hasilnya muka halaman blog kita tadi.
Selamat Mencuba.

UNTUK TUTORIAL MASUKKAN GAMBAR KE DALAM BLOGSPOT

Jumaat, 19 November 2010

CADANGAN AKTIVITI SEMASA CUTI SEKOLAH


Ibu bapa sering kali buntu apabila menjelang cuti sekolah. Jika kita tinggal di kampung anak-anak agak bebas melakukan aktiviti kerana kawasan mereka luas. Mereka boleh bermain bola, memancing dan sebagainya. Bagaimana jika kita tinggal di rumah flat atau taman perumahan yang terbatas?


Di sini saya ingin memberi cadangan, iaitu bagaimana merancang masa cuti anak-anak anda?


1. Program melancong-itu semua orang tahu. Namun bagi yang kurang berkemampuan cukuplah pergi
    ke tempat-tempat yang berhampiran.


2. Belikan set permainan karem, catur, dam aji atau ping pong. Biarkan anak-anak bermain di rumah.


3. Seminggu sekali ajak anak-anak berjoging di kawasan rekreaksi di bandar yang berdekatan. Jika di Batu  Pahat kawasan Tasik Y sesuai untuk aktiviti keluarga.


4. Hantar anak ke kursus motivasi dan kecemerlangan.


5. Hantar anak ke sekolah pondok untuk tempoh sepanjang cuti untuk mendalami ilmu agama.


6. Yang ada kebun, ajak anak-anak ke kebun. Sediakan pondok yang selamat. Anda boleh tebas-tebas semak, anak-anak biarlah bermain. Dah itu dunia mereka, mana boleh kita halang.


7. Mereka boleh bermain game dan menonton televisyen, namun kenalah ada jadual. Jika tidak, maka apabila sekolah dibuka, mereka akan mengalami gangguan tak nak ke sekolah. Maklumlah sudah biasa happy.


8. Melawat rumah kerabat dan sahabat handai yang dah lama kita tak pergi. Biar anak-anak kenal saudara dan kawan-kawan kita. Raya tempoh hari agak terbatas, bukan semua rumah kita dapat pergi.


9. Menziarahi pusara datuk dan nenek dan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia. Ini agar anak-anak sentiasa insaf, bahawa hidup ini hanya sementara.


10.Semasa cuti inilah kita dapat bersembahyang berjamaah lebih kerap bersama-sama ahli keluarga.


11.Adakan aktiviti melukis. Jemput amak-anak jiran sekali. Sediakan hadiah. Barang RM 2 pun sudah ok.

12.Ajak anak-anak ke kedai buku. Beli novel dan buku cerita.

13.Bawa anak-anak ke perpustakaan awam.

14. Kaum ibu kenalah rajin masak pelbagai resepi, agar cuti anak-anak tidak membosankan.
Contohnya macam nak masak kuih raya. Aroma dari bau ros, vanila dapat menjadi aromaterapi untuk anda dan anak-anak. Bau kuih tu pun aromaterapi jugak kan? Macam Mummy Gee dan Mama Miraki tu cantohnya. Sebab tulah anak-anak mereka ceria belaka.

Apa lagi cadangan? Sila kemukakan. Saya dah habis idea ni.

Khamis, 18 November 2010

GURU USAHAWAN CILI


Cili ni sedap kalau dimasak dengan hati dan jantung ayam

Bercucuk tanam dapat rehatkan minda

PARIT YAANI- 18 November, CIKGU AHMAD SALLEH ialah guru disiplin di sekolah saya bertugas sekarang. Dalam senyap-senyap rupa-rupanya Cikgu Salleh ada projek besar di sekeliling rumahnya. Setiap inci tanah yang ada, dimanfaatkan dengan tanaman cili.


Kini Cikgu Salleh sudah menuai hasil tanamannya beberapa kali. Namun ingat, sebelum tanaman ini menjadi Cikgu Salleh juga pada awalnya menghadapi beberapa masalah seperti pokok yang tidak menjadi dan sebagainya. Namun kini beliau telah dapat menguasai tanaman cili ini dengan baik.


Sesiapa yang berada di sekitar Parit Yani dan Yong Peng bolehlah menghubungi CIKGU AHMAD SALLEH dalam FACEBOOK  manalah tahu hendak order cili atau hendak berguru dengan beliau.
Cikgu Ahmad Salleh sudah boleh mengadakan KURSUS TANAMAN CILI ni!



Besar-besar hasil buah mangga tu, macam mangga dari Thailand 


Cikgu Ahmad Salleh tersenyum puas melihat hasil tanaman cilinya
NAK ORDER CILI?
EN AHMAD SALLEH 019-7727765

CARA-CARA MEMASUKKAN GAMBAR KE DALAM BLOG-BLOGSPOT

Bulan Disember ini, genaplah dua tahun saya menulis blog ini. Walaupun sudah agak lama, banyak lagi yang perlu saya belajar dalam dunia blog ini. Misalnya malam ini saya baru dapat membuat print screen dengan AMSUDA. Apabila sahaja saya
dapat menguasai print screen ini, yang pertama ialah saya ingin memberi tutorial kepada blogger baru yang masih belum tahu lagi bagaimana hendak MENGUPLOAD GAMBAR KE DALAM BLOG.

Sebelum ini saya sudah memberi tutorial tersebut, namun saya tidak berpuas hati terhadap hasilan tersebut, walaupun entri itu telah dapat membantu sebilangan blogger baru.

Semasa saya mula membina blog ini, saya terkial-kial sendiri bagaimana hendak membina blog dan seterusnya memberi pengisian yang sewajarnya.

Kebanyakan tip-tip yang diberikan oleh blogger lama yang saya peroleh hanya menyampaikan secara  samar-samar. Buat apalah hendak kedekut ilmu, nah! Saya tunjukkan satu-persatu.

PERTAMA: Masukkan emel dan pasword blog anda


Setelah diterima, maka akan terpapar PAPAN PEMUKA seperti di bawah.
Klik pada CATATAN BARU yang berwarna biru.


Tulis dahulu TAJUK Entri anda, juga tuliskan LABEL di bawah tu.


Cari gambar LANGIT DAN GUNUNG, Klik di situ


Maka akan keluar petak berikut. Tekan BROWSE

Pilih gambar hendak diupload, biasanya orang simpan gambar dalam MY PICTURE.
Saya simpan gambar dalam file khas.

Apabila gambar telah dipilih, klik pada muat turun gambar

Sampailah keluar petak di bawah. Klik pada SELESAI
yang berwarna biru.


Akhir sekali, klik pada TERBITKAN CATATAN

Akhirnya, gambar yang anda pilih tersiar dalam BLOG anda.


SELAMAT MENCUBA