MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 11 Januari 2011

PENTINGNYA MENYIMPAN IDEA


Tadi aku ada idea nak tulis entri kali ini. Tiba-tiba sahaja idea itu hilang. Maklumlah dah berumur. Patutlah semasa AMSUDA mendaftarkan kerja di perbadanan tempoh hari, pengarah syarikat itu dalam ucapannya mengharapkan semua kakitangannya sentiasa membawa buku kecil (seperti buku 5) dalam poket, apabila ada saja idea untuk kemajuan perbadanan itu, kita cepat-cepat tulis idea itu. Kalau sedang memandu, berhenti sekejap tulis idea itu. Kalau tengah masak juga cepat-cepat tulis.  Kalau dapat idea dalam mimpi, cepat-cepat bangun dan tulis. Bila-bila ada mesyuarat, kita boleh kemukakan cadangan kita itu, yang mungkin baik untuk perkembangan tempat kerja kita.

Begitulah menulis blog ini. Kita tak boleh kering idea. Sentiasa berfikir cari ilham macam M Nasir cipta lagu. Walaupun Nuff aku belum mencapai lagi RM 20, aku tak pernah peduli dengan Nuff. Mengejar sangat trafik sudah bukan agenda aku lagi. Yang penting aku ada idea, aku tulis. Ada orang baca atau tidak, pun bukan masalah aku.

Teringat bagaimana Tun Abdul Razak mencari idea sangat baik, yang kesannya sampai sekarang bermanfaat kepada bangsa dan agama. Pada masa bila Tun Abdul Razak dapat idea menubuhkan Felda? Kalau tak silap aku, Tun berkurung dalam bilik sambil hisap rokok....push...push......ya!!!! ya!!! FELDA! Begitu juga bagaimana Profesor Engku Aziz dapat idea tubuhkan Tabung Haji yang kini tersohor di seluruh dunia Islam itu. Profesor dapat idea mesti melalui kajian-kajian ilmiah setaraf PHD.

Hang Nadim dapat idea spontan menahan serangan todak dengan batang pisang. Dia melihat menteri-menteri di Singapura pada masa itu begitu dungu dengan menahan serangan todak hanya dengan betis! Ketawa terbahak-bahak budak tadika itu.....!

Juga Tun Dr Mahathir dapat idea buat Proton. Aku ingat lagi bagaimana ada orang persendakan beliau, kereta yang nak dihasilkan itu macam kereta lembu.

Anda ada idea baik untuk kemajuan umat? Sebarkan di mana-mana macam Wong Khoo Lai yang aktif menulis dalam komen pembaca di akhbar-akhbar.

Hari ini orang kita banyak idea. Tetapi idea dan ilham lebih banyak digunakan untuk sama-sama jatuh-menjatuhkan sesama kita. Tengok ajelah dalam komen-komen blog politik kita. Dua kumpulan ini sama-sama memaki hamun menegakkan benang yang basah. Diam-diam sudahlah, tak puas hati pilihan raya nanti pangkah parti yang kita suka. Ini buat malu dengan bangsa lain saja!

6 ulasan:

sz | m.s.s berkata...

bagus idea sentiasa bawak nota kecil tu cikgu msom...
selalunya saya catat di dalam note/draft message (sms) telefon bimbit ... :)

MSOM berkata...

Oh SZ dah praktikkan rupa2nya.
Memang SZ seorg Dr yg sentiasa sedia dgn ilmu.

en_me berkata...

bukak pekong didada kanns.. uhuhu

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Saya sgt bersetuju! Nota kecil itu sgt penting. Oleh itu, anak2 kita yg kecik2 tu pun..kita kena sentiasa bwkkan mereka buku kecil klu gi mana2 supaya mereka boleh menulis diary mereka or at least melukis apa yg ada di persekitaran mereka.

p/s : Skema tak ayat aku? Azam aku thn baru ni.. ber"saya2".

MSOM berkata...

Segala Pekong, kurap, kayap, panau semua ditunjuk kepada orang En Me!

MSOM berkata...

Ya saya memang suka dengan ayat saya anda ni Puan Sam. Dengan En Me lagilah....!