Ahad, 30 Januari 2011

HUJAN YANG TURUN, BAGAIKAN TANGISAN

Hari ini KS 747 menelefon aku dari Alor Star bertanyakan
adakah rumah aku sudah banjir? Ni hujan mencurah-curah
di belakang rumah aku. Dah 3 hari, hujan......

Terencat, hajatku hari ini untuk ke Tenang, Labis. Ingat nak tengok
suasana pilihan raya di sana.

Jam 12.00 tengah hari, tengok depan pulak...tak tau nak buat apa...nak jumpa kawan pun
tergendala. Lebih baik aku tidur saja. Hujan tak berhenti dari pagi tadi..

Ni jam 6.45 masih hujan.....Alamatlah sampai malam ni aku tak jumpa manusia selain
anak isteri aku.

Hujan berterusan begini mengingatkan aku banjir awal tahun 2007
(Gambar diambil sepupu aku di Pekan Parit Sulong Januari 2007)

Lebih dahsyat lagi, aku teringat detik hitam banjir tahun 1984 di kampungku Seri Medan.
(Gambar menunjukkan seorang lelaki sedang berehat di atas bumbung
kedai di pekan cowboy Seri Pasir tahun 1984). 

Ketika itu orang kampung di Seri Medan
cukup derita kerana banjir itu memakan masa empat bulan lamanya.

Dah tak tau nak buat apa, ambik-ambik gambar sajalah

12 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Ko ni buat sedih aku je crita2 ttg banjir... membuat aku terkenangkan seseorang. 4 bln rupanya dulu kita dilanda banjir? Kesian kan... Alfatihah utk arwah ayahanda.

Mama Miraki berkata...

rasanya seluruh Malaysia hujan ko semalam dah hari ni.....Betul tu..dulu2 kan kalau banjir kat PS makan masa berbulan2...keisan dah sedih kalau ingatkan zaman2 tu kan

en_me berkata...

sodeyy kena banjir kanns.. uhuhu

WONG KHOO LAI berkata...

Gambar last...Kok guarrranggggggg toh ang.

Mama Janet berkata...

MS..ni namanya hujan merengek.sebab tak renti-renti.Tapi kenapa ye dulu-dulu walaupun air masuk sampai dapur tapi tak pernah dipindahkan.Bantuan jauh sekali.Sekarang ni air kat halaman rumah pun pergi mendaftar kat pusat pemindahan.

AZANI berkata...

salam matsom
musim hujan tak putus putus mulalah bercadang nak ambil loan beli boat....

MSOM berkata...

MM,
Jika teringat
Sedekahkan fatihah

Aku hanya ingin mengabadikan
kisah itu dlm bentuk entri blog

MSOM berkata...

Mama Miraki,
Kawan saya di Alor Star kata tak hujan macam ni, mereka dah banjir dulu.

MSOM berkata...

En Me,
Memang sedeyyyy kannnn!

MSOM berkata...

WKL,
Wis Tuek kok kanggggg

MSOM berkata...

Dulu negara kita negara pertanian. Cari duit pun susah

MSOM berkata...

EN AZANI,
Kalau dah ada bot tu, bolehlah kita orang sewa utk memancing