MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 31 Januari 2011

KITA DILANDA BANJIR LAGI?

 Sungai Simpang Kiri mula berbicara....

Perkampungan Orang Asli Kampung Dalam masih tenang.......

Pewaris-pewaris rumah di belakang itu, saksikanlah panorama ini....

Elok bawa anak-anak bermandi-manda di sini wahai blogger-blogger tegar.
Memenuhi permintaan Mummy Gee yang rindu akan kampung halamannya.


Dewan Orang Ramai batu 21.......yang mula menerima tetamu tak diundang.
Banjir kilat.....!

Air Hitam memang airnya hitam bener!

Parit Tegak tidak ketinggalan ikut tenggelam...cacing memang tak pernah
ada peluang untuk hidup di sini.

Jam 11.00 pagi tadi, aku mengikut Cikgu Zailani ke Kluang. Malangnya aku tertinggal membawa kamera cabuk itu. Kampung Melayu Kluang telah dinaiki air, sekaki dalamnya. Sungai yang merentasi bandar Kluang itu mengalir begitu deras sekali.

Hujan di Kluang terlalu lebat, berbanding Parit Sulong. Namun orang ramai tetap memenuhi bandar Kluang, sehingga jem. Bank penuh dengan orang terutama orang Cina yang hendak menyambut Tahun Baru Cina tak lama lagi. Kami berdua lepak di kedai Amran, kawan serumahku di Paloh dulu. Di depan kedainya kelihatan air sungai membuak-buak bagai ingin menghanyutkan mangsa.

Sepanjang jalan pulang, aku melihat kiri dan kanan. Ternyata beberapa rumah telah digenangi air, khasnya rumah yang terletak di antara Air Hitam dengan Yong Peng. Aku menelefon sahabatku, Ismail TV, yang tinggal di Parit Awang. Alahai, kasihannya dia. Dia sekeluarga sedang mendaftarkan diri sebagai mangsa banjir di Mesjid Lama Parit Awang.

Dan tibalah kami di Parit Sulong. Aku mengambil kamera itu, dan itulah sahaja panorama yang dapat aku persembahkan kepada kalian, wahai para perantau yang kini bermastautin di kota-kota besar di seluruh negara Malaysia yang tercinta.

Semoga banjir 2007 tidak akan berulang.....!

3 ulasan:

Mama Miraki berkata...

alamak rumah saya dah nak dinaiki air....tolong...tolong...tolong...alahai sayunya tengok rumah pusaka tu...TIma KAsih MS upload keadaan banjur kat rumah kami

~ Mummy Gee ~ berkata...

TQ MS buat n3 ni... dah yang paling istimewa sebab ada gambar rumah pusaka tu...huhuhuu... sedihnye, air dah melimpah kat tepi surau...

WONG KHOO LAI berkata...

Hualahhhhhhhh...kok wes tengelem si...kepieh arek nyawit kiiii...
Terima kasih Mat Som kerana lintas langsung dari Bt 21.