MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 14 Januari 2011

LAGI ARTIS DIDENDA KERANA BERKHALWAT


PUTRAJAYA: Penyanyi dan pelakon Veteran (A.S) kelmarin dikenakan hukuman denda RM3,000 ($1,265) atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat. Hakim Syarie Abu Zaky Mohamad turut menjatuhkan hukuman sama terhadap pasangan pelakon itu, R , 33 tahun, kerana kesalahan yang sama.

A.S, 57 tahun, tiba di mahkamah sekitar 10.30 pagi dengan ditemani seorang kenalannya.Cik R yang berkebaya jingga tiba ke mahkamah seorang diri kira-kira setengah jam kemudian. Mengikut fakta kes, A.S dan R, yang juga ibu tunggal dua anak, ditahan selepas sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya menerima maklumat orang awam berhubung perbuatan sepasang lelaki dan wanita bukan mahram melakukan maksiat sehingga menimbulkan syak di sebuah kuarters kerajaan pada 26 September tahun lalu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Abu Zaky berkata tindakan tertuduh yang hanya membuka pintu selepas 23 minit diketuk dan kejadian berlaku pada 12.15 pagi menimbulkan syak berlebihan berlakunya kegiatan tidak bermoral dalam kediaman berkenaan.

Beliau, yang menasihatkan mereka melakukan taubat nasuha, berkata selain menyalahi hukum syarak, tatasusila dan akhlak juga perlu dijaga tanpa mengira profesion seseorang supaya tidak melakukan perbuatan mengaibkan diri sendiri, keluarga dan orang lain.

Sementara itu, A.S dalam rayuannya meminta mahkamah mengurangkan denda kerana mendakwa beliau kini sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa depan. 'Saya mohon ampun pada Allah dan mahkamah, saya betul-betul menyesal dan berikrar tidak melakukan kesalahan sama.

Pada hari berlaku, saya ada masalah dan tidak boleh berfikir panjang,' katanya sambil menundukkan kepala. Cik R pula memohon mahkamah agar tidak mengenakan denda yang tinggi kerana terpaksa memelihara dua anak, selain menanggung perbelanjaan adiknya yang masih belajar.

Kedua-dua tertuduh membayar denda.A.S, ketika ditemui wartawan, enggan mengulas tetapi hanya berkata: 'Saya sudah insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan sama. Wartawan tak boleh ampun dosa saya, hanya Allah saja.' -

Laporan berita tentang artis kita. Siapa A.S? Jangan sebut nama dia.  Klunya senang je, dulu orangnya hensem giler. Lagunya ada yang popular semasa raya. Dah cukup! Iktibar, kalau dah tua tu banyakkanlah bertaubat. Banyak-banyaklah mendekati orang alim. Jangan dekati tempat-tempat maksiat.

5 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Awatnya ko punya entry ni tak dak perenggan?

Pelakon tu memang hensem & sweet time muda2nya... mudah2an dia mengambil pengajaran dr peristiwa ini.

MSOM berkata...

Copy Paste,malas nak edit, jadi macam tu lah, kejap lg aku betulkan.

MSOM berkata...

Berita ini dah pun semua tahu, aku je yg terlambat rupa2nya. Busy sikit 2,3 hari ni.

Taip je A....S.... berkhalwat, kat Google. Dah bersepah org kutuk dia.

sz | m.s.s berkata...

2 hari lepas kat harian metro siap masuk muka depan lagiks! (edisi tengah ni)

MSOM berkata...

Kenapa saya boleh tak tau, teruk betul saya ni!

Ke sana-sini sampai tak tgok surat khabar!