MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 24 Januari 2011

MENULIS BLOG BOLEH JANA PENDAPATAN

Tajuk BERITA MINGGU 23 Januari 2011, semalam benar-benar menggugah para pembaca akhbar tersebut. Lantas ada teman-teman yang mengusik ....

"Oh diam-diam, kau dapat income ribu-ribu..."

Oh nak terbatuk aku...!

Lalu aku terpaksa membuka mulut, bukan mudah untuk mencapai seperti blogger-blogger yang hebat tersebut.

"Aku? Sebulan nak dapat duit Nufnang RM 5 pun payah, dah putus asa dah ni."
"Nufnang tu apa benda?"
"Itu kena duduk kedai kopi, kena terangkan sekurang-kurangnya satu jam"

Blog ni kan seperti televisyen. Kalau blog tu ramai pengunjung. Satu hari sampai ribuan orang yang melawatnya, letak iklan apa pun tentu dapat sambutan. Makin top blog tu, makin banyaklah pengiklan nak iklankan bisnes mereka kat blog dia.

Oklah, aku nak perkatakan sedikit apa yang diperkatakan dalam akhbar itu semalam:
  • 50-100 mendaftar sebagai blogger baru dalam sehari kerana teruja dengan income daripada blog.
  • Ada 150 000 blog berdaftar dengan Nufnang.
  • Ada blogger jual cerita peribadi raih pendapatan RM 70 000 sebulan
  • Paling bertuah  blog kekasih Khairul Fahmi Che Mat JEJARIRUNCING  kerana dalam masa yang singkat telah mencapai hit 2,039,533 pada 22 Jan (dan pengikut 9264 pengikut)
  • Blogger juga kena bayar cukai kepada LHDN. Tu bagi mereka yang sudah mencapai pendapatan ribuan tu.

Apabila bercerita tentang blog, usah fikir blogger Melayu  sahaja kat Malaysia ni. Blogger berbangsa Cina rasanya yang lebih banyak dapat income sebab pengunjung mereka lebih satu billion di dunia ini. Nak harapkan pengujung dari Indonesia, bahasa kita pun sudah agak berbeza dengan Indonesia. Search engin tak jumpa dengan key word yang aku tulis kut? Untunglah mereka yang mahir menulis dalam bahasa Inggeris tu.

Nasib baiklah aku ada iklan bisnes BIO ASLI aku kat atas tu. Itulah yang memberi semangat kepada aku untuk terus menulis entah apa-apa di sini. Semalam ada seorang anak muda dari KL, call aku, tanya aku fasal MLM. Dia nak dengar sendiri aku bagi panduan MLM kepadanya. Dia ingat aku ni dah jadi jutawan....kah kah kah....! Dik dik....Aminnnn 

7 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Kenapa mesti nak meraih pembaca dari luar sdgkan sepanjang yg aku tau.. Nuffnang hanya mengira readers (IP address) dr M'sia utk naikkan RM Nuffnang tu (entah la, aku baca kt mana tah itu ari), klu silap harap2 ada yg sudi betulkan.

MSOM berkata...

Namun, dalam akaun Nufnang kita tu , kenapa pilih laman negara ada Singapura, Australia, China dan Philifina? Kat atas bahagian Header Web Nufnang tu.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Itu utk kegunaan blogger2 dr sana kot.. Entah la... aku pun tak pasti sgt..tp pernah terbaca itu ari ttg perbezaan reader2 dr luar dgn dr dlm M'sia utk menentukan RM di blog kita. Bila difikir secara logik.. betul la kot..sbb pengiklan tentu fokus pd pembeli2 dr M'sia sbb iklan2 yg diperaga pun terjual di M'sia. Wallahualam.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

apa2pun...senang2 ko google je la utk kepastian...hehe..

MSOM berkata...

Kata2mu mungkin benar.
Walau apa pun dasarnya, BERJUANGLAH BERMATIA-MATIAN untuk anda sebaris dengan blogger2 Jutawan itu.

Aku nampaknya tak sanggup nak kejar. Kerana AKU MENULIS UNTUK MENGHILANGKAN STRESS SAJA.

Hafriz el-Muhammady berkata...

Income... last.
Yg pnting.... tulis. ^_^

MSOM berkata...

Betul kata-katamu Hafriz. Tulis dan terus menulis.