Ahad, 16 Januari 2011

SEJARAH KEKEJAMAN TENTERA SALIB


Setelah kaum Salib yang dipimpin oleh para Rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Behemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150 000 askar, kemudian menyeberang Selat Bosfur dan melanggar wilayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum muslimin yang hanya 50 000 orang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan.


Satu persatu kota dan benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke satu benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman masing-masing.


Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Maqdis, tetapi penduduk kota suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota suci itu selama satu bulan.


Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan kaum Salib, dan tercapailah cita-cita mereka.


Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.


Seorang ahli sejarah Perancis, Michaud berkata: "Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang-orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di rumah-rumah. Jerussalem tidak ada tempat punya lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai-bagai menara untuk mencari perlindungan terutama di mesjid-mesjid. Namun mereka tetap tidak dapat menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu.


Tentera Salib yang menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi beberapa adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infranri dan kaveleri lari tunggang-langgang di antara para buruan. Di tengah-tengah huru-hara itu yang terdengar hanya rintihan dan jeritan kematian. Tentera Salib memijak-mijak tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri itu.


Raymond d'Agiles, yang menyaksikan peristiwa itu  dengan mata kepalanya sendiri menulis: "Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda".


Aksi pembantaian hanya berhenti beberapa saat sahaja, iaitu ketika kaum Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas kemenagan mereka. Tetapi sebaik upacara itu selesai, pembantaian diteruskan dengan lebih ganas lagi.


Seterusnya Michaud berkata: "Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembantaian pertama, semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibantai dengan kejam. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak-puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup-hidup, diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, ditarik ke hadapan umum dan dikorbankan di tiang gantungan.


Air mata wanita, tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Jesus Kristus memberikan ampun kepada para algojonyasama sekali tidak dapat meredakan nafsu membunuh kaum kafir itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yang berjaya melarikan diri dimusnahkan dan dikurangan bilangannya dengan perhambaan dan kerja paksa yang mengerikan.


Gustav Le Bon telah menyifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya: " Kaum Salib kita yang "bertakwa" itu tidak memadai dengan melakukan berbagai-bagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Maqdis yang terdiri daripada kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang tidak memberi pertolongan kepada mereka yang jumlahnya 60 000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh kesemuanya dalam masa lapan hari sahaja. Perempaun, orang tua dan kanak-kanak tidak terkecuali.


Ahli sejarah Kristian yang lain, Mill menulis: " Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap orang Islam. Orang-orang yang kalah itu diheret ke tempat-tempat umum dan di bunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki disiksa dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerussalem ditaburi mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-koyak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan melihat peristiwa yang mengerikan itu".

Dipetik daripada MINGGUAN PERDANA 16 Januari 2011

Demikianlah kisah kekejaman tentera kafir Kristian dalam perang Salib, sebelum kedatangan penyelamat Sallahuddin Alayubi. Dalam sejarah perang tidak pernah orang Islam melakukan kekejaman sedemikian rupa. Kisah yang menyayat ini dalam era moden berlaku ke atas orang Bosnia oleh puak Serb. Kisah di Sabra dan Shatila oleh puak Kristian yang didalangi Israel, yang kini dalang utamanya Arel Sharon sedang nazak bertahun-tahun tak dapat mati.  

  

Tiada ulasan: