MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 5 Februari 2011

AKIBAT TAUFAN YASI

TAUFAN YASI di Queensland Utara menyebabkan harga pisang melambung menjadi $ 6 sekg di sana. Cikgu Zailani yang menanam pisang di sini berkata, harga tolak yang diberi oleh kedai untuk sekg pisang tanduk baru berharga RM 1.80. Bolehlah engko eksport pisang ke Queensland Zai!

Aku upload gambar ni bukan apa. Muka Pak cik mat saleh ni ada iras-iras arwah ayah aku......(Janganlah korang gelak.) Tak tak....sebab dulu ayah aku memang pengusaha tanaman pisang. Sebahagian badan aku ni ada ekstrak pisang termasuklah Miss Miror tu. Jadi apabila aku melayari web luar negeri ni, tiba-tiba aku begitu kaget....Kerana ia benar-benar mengingatkan aku kepada ayah aku...*Alfatihah

Lagi satu, kisah pisang tumbang dilanggar ribut seperti di atas memang benar-benar pernah terjadi kepada ayahku 25 tahun dulu. Cuma pada masa itu ribut itu tidak diberi nama macam sekarang. Betapa susahnya nak besarkan anak-anak....! Jadi aku dapat merasai jeritan batin Pak Cik Mat Salleh itu......!

2 ulasan:

en_me berkata...

goreng pisang cicah sambal kicap sungguh enak kann kang matsom tewww.. uhuhu

MSOM berkata...

Kena pulak minum kopi o kaw kaw punya..