Selasa, 15 Februari 2011

CUTI MAULIDUROSUL




Hari ini hari untuk berehat sempena hari keputeraan Rasulullah SAW. Berselawatlah banyak-banyak. Jika boleh setiap hari. Kerana berselawat mempunyai bannnnnnyak fadilatnya.

Tak tau nak buat apa. Pagi tadi jengok kilang krepek di Parit Lapis Laman. Kini kami tengah mengunyah kuih-kuih itu...untuk menghilangkan stress. Korang ingat makan cokelat je ke untuk hilangkan ketegangan. Yang lalu rumah aku tu singgahlah, tolong habiskan kuih-kuih tu.

Pagi ni juga kakak iparaku Hamsaton Ali nak datang. Dah lama juga aku tak berborak dengan biras aku Md Isa Kassan yang kini telah menetap di Parit Bingan, Pt Raja tu.

Warung Ibu yang sedap dengan asam pedasnya tutup pulak. Chef Hamidah kenalah masak. Sup ayam. Semua bahan dah cukup. Bau pun dah sampai ke hidung aku. Apa lagi sementara menanti tetamu, aku makan dululah!

3 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

klu gi kilang kat Pt Lapis Laman tu kena beli kerepek ubi pedas yf fresh dari kuali... baru lepas disira cili.... sedapppppppppppp

MSOM berkata...

Ya Mummy Gee,
Lagi kalau menjelang nak raya, minggu akhir puasa jangan haraplah nak dapat krepek tu. Orang memang dah tunggu dari kat kuali lagi!

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Aku sekali makan kat gerai IBU pekena ikan merah... boleh le bagi 7/10.