MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 25 Februari 2011

DIVIDEN BANK RAKYAT 15%


KUALA LUMPUR 24 Feb. - Buat tahun ke-12, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.
Dividen itu membabitkan pembayaran sejumlah RM294.9 juta yang akan mula dibayar kepada anggotanya mulai esok.
Menteri Perdagangan Dalam Negari, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, agihan dividen yang konsisten oleh bank itu hasil keuntungan sebelum cukai dan zakat Bank Rakyat sebanyak RM1.72 bilion.
Ia merupakan kenaikan sebanyak 10.8 peratus atau RM167.1 juta berbanding RM1.55 bilion pada 2009.
Pertambahan keuntungan itu dipacu oleh pertumbuhan pembiayaan terutama pembiayaan peribadi dan pendapatan berasaskan yuran serta kenaikan deposit.
''Bank Rakyat turut merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM1.34 bilion berbanding RM1.13 bilion pada tahun sebelumnya,'' katanya pada sidang akhbar bagi pengumuman prestasi Bank Rakyat di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, bank itu masih mengekalkan pemberian dividen sebanyak 15 peratus meskipun keuntungan meningkat.
''Kita akan membawa keuntungan yang diperoleh untuk menjana pendapatan pada masa depan,'' tambah beliau.

PETIKAN: UTUSAN MALAYSIA

2 ulasan:

=sz= berkata...

saham bank rakyat ni lama dah tutup utk jualan orang luar kan...

tumpang gembira sapa2 yg berkenaan la..ehehe

MSOM berkata...

Kalau org terdesak duit je yg akan jual saham ni kpd org lain. Itu pun yg menunggu utk beli dah puluhan ribu orang.

SZ,
Teringat tahun 90-an dulu, bank itu meminta org ramai melabur di sana, malangnya masa tu pulak gaji kecik lagi. Nak bayar hutang kereta pun tercungap-cungap, apa lagi nak melabur.

Bayangkanlah saja mereka yg smpat melabur 100K, pasti tersenyum sampai pipi, kerana setahun boleh dapat 15K.