Ahad, 6 Februari 2011

HIDANGAN PAGI BANJIR

 Putri Ayu Saiz XXL versi Hamidah, untuk makan sendiri. Sejak ada pengukus baru tu
dah tak beli kuih Putri Ayu lagi...

Ubi Rebus hasil tanaman Kekandaku Hj Johari.

Minggu ini cuti banyak betapa di rumah. Menyiapkan fail-fail BAHASA MELAYU. Ada anak murid tanya esok sekolah atau tidak. Ikut pengalaman banjir 2007, Sekolah biasanya menumpang di PKG khasnya Darjah 6.

Sudah tiga malam, bersembang di kedai kopi dengan kawan-kawan. Mereka tu semua peminat program-program duit labur dan lebur. Puas dah aku nasihat, tak insaf-insaf. Masuk bukan sikit-sikit. Baiklah dia orang derma kat aku lagi baik, daripada dihadiahkan kepada CEO putar alam, yang syarikat asyik tukar nama. Entahlah. 

Lebih teruk lagi dua orang tu asyik cerita tentang nombor toto. Ish ish....Itu seribu kali lebih teruk daripada skim cepat kayap tu.

16 ulasan:

sz | m.s.s berkata...

kekanda saya (kak ani) pun pandai buat kuih putri ayu macam kak hamidah ni ...adindanya pandai makan je ;p

MSOM berkata...

Belajar dari blog oranglah SZ,
entah blog sape ntah

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Aku berangan nk buat sampai skrg tak terbuat2. Mesti anak2 sedara aku pun suka makan mcm makciknya ni.

WONG KHOO LAI berkata...

Ualahhhh....uenak eh...ubi guodok karu sambel totok...

Mama Janet berkata...

Wah, satu ketika dulu kueh ni memang glamour habis .sampai penjualan acuan kat kedai cam goreng pisang panas.Pandainya..Puan Hamidah.

MS...ada reject sikit pada dua keping kueh tu.Sompek..kikiki

MSOM berkata...

Ya Sam,
Asal beli kuih je mintak huih hijau putih,
Ingatkan kuih PAS

MSOM berkata...

Yo kang, mangan UBI GODOK kElingan bien-bien zaman TV itam-putih.

MSOM berkata...

Yang sompek tu Midah letak durian, sekarang kan dah musim durian, budak2 tu cuit2 duriannya saja.

AZANI berkata...

salam matsom
kena ubi rebus dengan ikan kering...puh mantap..

~ Mummy Gee ~ berkata...

sedapnye ubi rebus... emm nasib baik tadi dah bei pisang tanduk, keladi sarawak dan ubi kayu kat pasar Salak... pagi esok sarapan ubi rebus le saya....

Mama Miraki berkata...

sedapnya kuih putri ayu. saya suka sangat. saya ngan kawan2 panggik kuih ni kuaih PAS..sebab warna hijau dah putih ( kelapa) tu....

MSOM berkata...

Azani,
Kena pulak ikan kering tenggiri!

MSOM berkata...

Mummy Gee,
Kat Pasar Salak tu tak ada buah salak ya?

MSOM berkata...

Makan kuih PAS kena undilah PAS.

en_me berkata...

enak e ubi rebus teww kanng.. ehehe

MSOM berkata...

EN ME ...Sekali-sekali memang enak.....!