Selasa, 8 Mac 2011

ADAB BERJIRAN

Petang-petang kalau tak ada aktiviti, aku akan membersihkan kawasan depan dan belakang rumah. Sakit mata tengok sampah bersepah. Plastik ais krim Malaysia ada. Kulit durian ada.

Peliknya ada segelitir jiran aku ni dah duduk sini lebih 15 tahun masih tak mampu nak beli tong sampah. Lori, kereta mereka boleh beli. Sampah-sampah mereka isi di dalam plastik, dan apabila ada anjing, kucing atau monyet menyelongkar, habis terburai...dan sebahagiannya bergulung/berterbangan ke kawasan depan rumah aku...Aku juga yang kena pungut.

Kalau jiran aku tu makan daging tak halal, mana sanggup aku bersihkan? Namun setelah seminggu, keadaannya begitu juga. Rasa macam nak cakap je dengan dia. Tetapi, sabar.....Hidup kena bertolak ansur. Yang peliknya.....mereka tu seperti tak ada perasaan langsung untuk mengemaskan sampah mereka yang terburai itu. Entahlah....!



2 ulasan:

=sz= berkata...

assalam cikgu msom,
mungkin boleh berikan hadiah tong sampah kepada mereka ;)

MSOM berkata...

Waalakumusalam
Selalu terfikir juga begitu
TAPI macam nak menyindir pulak.