Jumaat, 11 Mac 2011

APA? TAK ADA PAYMENT?

Petang tu selepas keluar dari Pejabat PosLaju aku berjalan-jalan kejap. Tidak jauh dari situ, ternampaklah pejabat sebuah syarikat insurans tersohor. Barulah aku teringat, dah bertahun-tahun aku menjadi pelanggan syarikat itu, tapi tak tau manfaat-manfaat sebagai penyimpan/pencarum. Sambil nak betulkan alamat yang tersilap. Lagi satu nak tengok juga berapa jumlah akaun simpanan yang terkumpul. Kut kut boleh beli kebun.....hehehe..

Inilah kali kedua aku cuba mendapatkan khidmat nasihat mereka. Kali pertama, baru nak masuk, kakitangan itu dengan wajah serius tunjuk jam dia....Oh dah pukul 5.00.....yelah tu.....!

Namun petang itu jam 3.00 petang aku dah sampai situ. Ada tiga orang kakitangan di situ. Dua orang kelihatan sibuk melayan clien. Setelah salah sorang pelanggan keluar, maka aku mengambil tempat yang kosong. Kakitangan itu menunjukkan wajah risau...."Saya baru lagi...sabar ya Encik..."

Seorang kakitangan senior itu akan melayan pertanyaan aku...sabar Encik...sabar Encik.... sampai dah dekat 18 minit. Dia ingat dia sorang yang sibuk kat dunia ni. Aku pun busy ni, ada tiga orang lagi nak beli KOPI KELAPA DARA ni....petang khamis tu, semua nak segera.

"Saya dah bayar tiap-tiap bulan, kenapa bulan November, dengan Oktober kata tak ada payment?" Tiba-tiba customer di sebelah itu sudah meninggikan suara.
"Ini agen Puan yang tak serahkan kepada kami, lain kali bayar terus ke sini saja sebelum pemotongan gaji"
Jelas kakitangan itu.
"Geram betul, dia tu kawan saya satu sekolah, sampai hati dia tipu saya, dia pun cikgu juga macam saya, perempuan lagi, ....!"

Dia ingat perempuan tu semuanya mesti baik. Tu kat TV tu, beratus-ratus pelacur ditangkap saban hari.......

Aku terus melangkah keluar....Kalau semua kakitangan cuba selesaikan masalah customer yang sorang tu elok aku melangkah keluar.....

"Encik.....sabar Encik......"
Tanpa berkata sepatah pun aku keluar dari pejabat insurans yang sudah bertukar nama itu....Nak rujuk agen, kawan aku tu pun dah tak jual insurans lagi. Dia dah jual ikan keli sekarang.

Lain kali kalau nak masuk insurans, elok pergi Bank Islam je, senang! 

3 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Menurut pengalaman aku yg pernah kerja di sykt insuran ni, kdg bukan salah agen pun... tapi maybe ada problem teknikal, tu yg kdg dah bayar pun, HQ hantar reminder kata tak bayar.

Tapi aku tabik spring la dgn sorang kakak tu, dia cool je menangani masalah2 client dia...dpd client marah2 mcm nak membunuh, last2 jd tak marah sbb kehebatan dia berphycology.

MSOM berkata...

Miss Miror,
Kesian juga AGEN tu kena fitnah tak serahkan duit....

Barulah aku ingat ko ni pernah kerja di syarikat Insurance. Macam2 pengalaman ya....import eksport pisang montel, Klinik best tu kalau nak cerita. Aku tak dak lain cerita mengajar dengan jual herba saja.

Bonus engko dah masuk, banyak tu, check cepat, aku dah klikkan tadi. Bulan depan aku Insya Allah mentenkan.

mak encik | SZ berkata...

haru gak klu servis dah tak tip top...

sepahaman saya, agen2 ni dpt komisyen utk 6-7 tahun pertama tu yg dia akan jaga client..
pastu...hmmm ntah ke mana...harapnya dpt yg elok la..