MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 28 Mac 2011

IKUTKAN HATI GILA

Dua hari ni memang banyak urusan
Urusan bayar bil itu bil ini
Pejabat pos penuh orang, aku lari ke bank ini, nak bayar bil.
No aku 1080, masa tu yg sedang dilayan pelanggan nombor  1070. 
Aku fikir tak lama, rupa-rupanya hampir 40 minit.
Yang peliknya mereka tu boleh ketawa-ketawa, berdekah-dekah, cerita
hal keluarga, anak....yang duduk menunggu dah 30 orang ni.
Kenapa bank penuh orang?
Sebab kerja banyak bercakap.
Aku pun ambik gambar ni.
Orang semua tengok aku, salah ke aku ambik gambar.
Lagi pun pinggang dah sakit.
Hati pun dah sakit. Mereka ni semua nak kena pergi kursus supaya kerja lebih laju.
Macam bank kat bandar.
Mentang-mentanglah yang duduk menunggu tu orang kampung
Pak aji-pak aji, mak aji


Lepas tu aku daftarkan anak ke sekolah bagi tahun 2012.
Waktu aku sampai itu kerani sekolah tu buat tak layan.
Dia borak dgn handphone, bercakap dengan kerabatnya
Wah...wah....wah..... kenapalah semua kakitangan banyak yang macam ni.
Kalau nak sembang hal keluarga pun tunggulah tak ada orang.
Seorang lagi tu rasanya kerani kewangan menegur rakannya itu.
"Ei.....dahlah tu, orang tu dah lama menunggu..."
Dia pun berhenti berbual melalui telefonnya dan menoleh kepada aku.
"Eh? Cikgu....."
Kenal aku pulak, siapa pulak akak ni. Rupa-rupanya isteri kawan aku!
Dalam hati aku, maknanya kalau aku ni orang kampung kerja menoreh, petik sawit kau
layan aku macam bukan oranglah ya. Patutlahlah isteri aku hari tu balik dengan tangan kosong je. Geram betul aku.

Hehhhh kamu semua kakitangan kerajaan yang berurusan dengan orang ramai. Layanlah semua orang yang datang berjumpa engkau dengan mesra, cekap dan peramah. Mereka itu tak kira orang tua, orang miskinkah atau orang OKUkah. Layanlah mereka itu macam putera raja. Ni aku belum cerita lagi kakitangan pejabat pos kat bandar tu yang susah betul nak senyum. Semuanya kelihatan macam orang baru menopouse. Yang lelakinya pula senyumnya macam crook dalam filem zaman dulu.

Ok....ok....ni ada berita baik. Tak payahlah nak tengok pendapatan Reedmummy yang 5 angka tu, apa kata kita tengok income CIK EPAL bulan ni. Aku nak dapat RM 10 sebulan pun perit. Ko tengok income CIK EPAL....Jommmm TGOK, KLIK  

8 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Entah diorg ni... double standard plak.. tak baik tau melayan org berkasta2, mcm org tak bertamadun plak.

p/s : Lain kali gi bank jgn pakai selipar...pakai high heel..jam rolex. :D

Mama Janet berkata...

MS..dia tak tau pekebun sawit yg g bank pakai selekeh tu duitnya lg banyak dr yg pakai smart.

AZANI berkata...

salam cikgu MSOM
aku syak kita kena letak nama buah...atau papa biru...baru naik ratings...h ahaha

Siti Indrawati berkata...

Assalam Cikgu..yea boleh dikatakan kat mana2 sama je situasi mcm ni,contohnya kat Sek,dah tahu yg datang mak bapak boleh pulak guru lelaki n perempuan bergurau senda..x ada perasaan malu ke? ni berdasarkan pengalamn saya..
Lg satu semasa g klinik kerajaan dia tengok kita pakai nametag layanan istimewa..kalau yg dtg surirumah yg pakai ala kadar,mulalah meninggikan suara..manusia2..

MSOM berkata...

Miss Miror
Kalau ke bank lagi, aku nak pakai baju kot hitam, kasut kilat memancar. Rambut macam Dr Ismadi Kasim Selamat.

MSOM berkata...

Mama Janet
Memang ada pakcik tua selekeh yang bank in RM 10 000. Duit pun tak sempat kira. Dia suruh kerani bank tu kirakan. Duit terbalik sana, terbalik sini. Yang simpan di dalam kasut pun ada.

MSOM berkata...

En Azani
Agaknya gitulah, letak nama pendek-pendak, orang senang ingat. Dulu mula2 daftarkan blog, saya tak tau semua itu.

Yang penting kita pandai promote dan peramah kepada semua blogger. Ni saya nak jengok blog kawan2 pun malas, macamana nak maju?

MSOM berkata...

Pn Siti
Alamak, malunya. Cikgu2 sekolah manalah tu yg tak peka tu?