MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 29 Mac 2011

KEMURUNGAN FACEBOOK

NEW YORK - Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Stony Brook di sini mendapati golongan remaja berasa lebih bimbang jika tidak menghabiskan masa di laman rangkaian sosial, Facebook berbanding melakukan kerja sekolah, lapor sebuah akhbar semalam
(Kosmo 29 Mac).

Aku sendiri dah lama menghadapi Kemurungan Facebook ni. Dah lama aku oflinekan walau sebenarnya hari-hari aku buka sesawang facebook. Sebab, buka sahaja FB ada saja orang mengajak sembang. Kalau dia guna nama sebenar senanglah aku nak jawab. Yang paling malas ni murid aku pun guna nama orang putih. Bertanya pulak hal-hal yang merepek-repek. 

Aku lebih suka blog daripada facebook. Kat sini aku lebih santai, lebih-lebih lagi setelah anynomous dah tak boleh masuk ke sini untuk melakukan kekacauan lagi.

4 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Aku lagi la tertanya2.. aku ni jarang berFB sgt (maksud aku menulis di wall FB aku), tetiba sedara kita tu remove aku dari frenlist dia plak semalam.. musykil aku, apakah salah yg telah aku lakukan? Adakah gambar aku cun sgt???? Hahahaha... Ko ada jawapannya tak?

p/s : Sedang memujuk ati utk berbaik sangka, maybe dia tersalah tekan kot sbb klu dilihat, budaknya pun budak baik - itu la FB ni.. terkadang boleh mencetuskan buruk sangka.

Mama Janet berkata...

Ye kerana FB bubur kacangku jadi hangit dek kekeringan air.Periukku jadi hitam legam.

MSOM berkata...

Miss Miror
Kadang2 kita remove orang. Apa salahnya kita diremove orang pulak.
Kalau aku, aku tak peduli semua itu.
Hilang satu ganti seribu.
Kalau kita tak bersalah, buat apa perlu kita risau.

MSOM berkata...

Mama Janet
Betullah, menghadap internet ni sejam rasa sepuluh minit. Baik buat kerja-kerja rumah dulu dan apa-apa yg perlu disiapkan. Dah tak tau nak buat apa, barulah menghadap FB.