STEVIA SWEETENER

Rabu, 23 Mac 2011

LUKISAN UNTUK PERTANDINGAN MEWARNA

Pagi-pagi ini tak ada isu untuk diluahkan. Buka akhbar online, semua berita negatif kecuali berita untuk penjawat awam yang bersara pilihan dapat pampasan penuh.

Godek punya godek, terjumpalah web ini. KLIK SINI:
Apabila melayari web tersebut, klik pada gambar terpilih (ada beribu-ribu tu)
kemudian save di MYPICTURE. Dengan itu barulah gambar itu dapat diprint dengan size A4. 

Baik untuk cikgu-cikgu yang tak pandai seni lukis tetapi kena ajar Pendidikan Seni Visual. Tinggal print saja. Pilih satu daripada 20 000 gambar yang ada di situ. Rasanya bekalan cukup untuk 15 tahun.....!!! Lepas ni mengajar Pendidikan Seni bukanlah satu masalah lagi. 

Sesuai juga untuk ibu-ibu kat rumah tu. Terutama semasa cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Boleh print dan anak-anak boleh mewarna. Bab mewarna kenalah ajar.

Aku pernah juga sesekali jadi pengadil Pertandingan Mewarna. Kesian betul budak-budak tu. Ramai emak bapak mereka belikan warna tiruan dari China. Akibatnya lukisan yang dihasilkan tidak menarik. Saringan pertama, pengadil cuma tengok lukisan itu 5 saat sahaja. Ia diletakkan di bahagian yang tersingkir.

Okk.........mari kita menerjah web itu. Mari kita lihat koleksi riibuan lukisan untuk diwarnakan.


>>>   KLIK SINI  jom....

LUKISAN UNTUK MEWARNA SEKOLAH TADIKA
LUKISAN UNTUK MEWARNA PRA SEKOLAH
LUKISAN UNTUK PENDIDIKAN SENI SEKOLAH RENDAH
LAKARAN LUKISAN
JOM MEWARNA 

9 ulasan:

en_me berkata...

semuger terus dipermudahkan segala urusan cikgu ittewww.. ehehe

WONG KHOO LAI berkata...

Terima kasih Msom...lepas ni tak yah beli buku mewarna lagi...jimat...

~ Mummy Gee ~ berkata...

saya memang dah lama tak beli coloring book untuk anak2 ni. Print je senang... selain dari coloring, untuk anak2 yang baru nak belajar menulis tu banyak activity sheets yg boleh diprint gak... sambungkan huruf dot2... dll.. benda cam ni dah banyak yang free online dan offline... cuma sebahai ibu bapa kena rajin2 sikit mencari...

AZANI berkata...

inilah yang dipanggil work smart...


salam MSOM..

sebenarnya dalam Internet dengan pencarian kata kunci, banyak yang berilmiah dan bermanfaat.
kita perlu buat penapisan dan pilih yamg benar benar terbaik.

MSOM berkata...

Ya Cikgu Siber mestilah kreatif En Me.

MSOM berkata...

Ia tak sesuai kut utk budak sekolah menengah En WKL

MSOM berkata...

Mummy Gee,
Ramai ibu bapa ada internet tetapi mereka tak tau nak manfaatkannya.
Ramai lagi yg beli buku mewarna yg bukanlah murah harganya. Baikle simpan duit itu.

MSOM berkata...

Betul kata En Azani.
Dh penat dan work hard.
Apa salahnya kita sekarang work smart yang lebih menyenangkan semua pihak.

shiah berkata...

saya baru sahaja kena mengajar pend seni ting. 2..buntu rasanya kerana mmg tak berseni...minggu lepas minta pelajar buat robot untuk tajuk arca..nak melukis memang fail la..huhu