Selasa, 22 Mac 2011

OPERATOR LEMBAB DAN SOAL JANJI

Minggu ini aku berurusan dengan beberapa syarikat dan Konsultan Motivasi.

Ada satu syarikat itu, iklannya di akhbar berwarna-warni, begitu gah nampaknya, tetapi apabila aku buat panggilan, operator yang menjawab bagi pihak syarikat itu nampak sungguh kekampungan. Jawab pun macam hendak tak hendak. Terencat hajat aku nak menjual produk-produk mereka. Panggilan pertama dijawab dengan cara yang tidak profesional.


Satu lagi Konsultan Motivasi untuk anak aku dua orang nanti bagi pengisian cuti pertengahan tahun Jun nanti . Aku tengok senarai nombor telefon yang dipaparkan ada 8 termasuk dua nombor telefon bimbit. Tetapi apabila aku buat panggilan, cuma satu sahaja yang diangkat dan sudi bercakap dengan pelanggan.


"Asalamualaikum.."

"Walaikumusalam, nak apa Encik?"(Dia kata nak apa? Kena belajar Sivik ni)

"Saya dah fakskan borang penyertaan dan slip bayaran ke nombor Faks Tuan seperti yang diarahkan semalam, tetapi sampai hari ini tidak ada maklum balas sama ada ia sudah diterima atau belum?"

"Kami terima banyak sangat faks"

"Itu masalah syarikat awak, siapa yang suruh iklan besar-besar, sepatutnya, silalah maklumkan segera kepada saya melalui SMS adakah bayaran dan faks saya itu telah disahkan ke belum, kenapa ia mengambil masa yang begitu lama?"

"Ok...ok....kami akan selesaikan hari ini juga, nanti kami beritahu Encik"


Tunggu punya tunggu...sampai dah nak Magrib ni mereka masih mendiamkan diri. Itukah pekerja sebuah syarikat yang diwar-warkan hebat dan genius? Kenapa mereka bertindak begitu lembab?


Satu lagi masalah ialah JANJI. Jika anda tak boleh menepati janji, jangan berjanji. Kerana ramai orang suka menabur janji, tetapi tak ditepati. Khasnya berjanji tentang masa. Sudah banyak orang yang tidak menepati masa. Kata on the way, on the way, rupa-rupanya masih underware.


Ok, ni pun aku dah janji nak mengajar budak-budak jam 8.00 malam ni. Kejap lagi aku akan memandu 22 km pergi, dan 22 km balik. Semua mesti tepat, jam 8.00 malam sudah mula mengajar. Jadi pelanggan (murid) tidak akan tertunggu-tunggu aku. Aku tak mahu mereka mengumpat aku.


"Cikgu ni cakap je pandai, dia pun 2 X 5 juga."

6 ulasan:

=sz= berkata...

lepas solat maghrib kena terus bergegas keluar rumah nmpknya ye cikgu...
hati2 memandu :)

~ Mummy Gee ~ berkata...

"operator yang menjawab bagi pihak syarikat itu nampak sungguh kekampungan" ... statement bahaya ni cikgu, nanti ada org2 kg saman cikgu...hehe... bab mentaliti ni x kira org kg or org bandar cikgu...

AZANI berkata...

salam cikgu MSOM
bila kena janji, kalau tak ditepati, boleh naik angin juga kita..

3 hari siap....lps tu esok esok....lama2 seminggu...

MSOM berkata...

SZ, terima kasih. MEMANDU malam kadang-kadang menyebabkan hati menjadi lemah semangat terutama hujan spt akhir2 ini. Namun kerana mereka, kugagahi jua. Cewah

MSOM berkata...

Masa memandu balik tadi dah terfikir statement ini, mesti ada yg bidas. Nampaknya betul, jadi saya dah tak boleh edit entri itu.

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga

KEKAMPUNGAN bermakna (bersifat kampung)

KAMPUNGAN pula bermaksud (Tidak Moden, Kuno).

Saya pun orang kampung. Tetapi marah punya fasal, apapun boleh terkeluar dari tangan yg menaip entri.

Saya memang cukup hot dengan jurucakap yang tidak cekap. Mereka kena kursus PR dan bertindak cepat terhadap permasalahan yg dihadapi.

MSOM berkata...

Azani
Nabi Muhammad pernah menunggu selama 3 hari di tempat yang dijanjikan dengan seorang lelaki. Apabila melihat Nabi masih berada di situ, lelaki itu sungguh terkejut dan malu kerana dia menyangka Nabi menunggu cuma skejap sahaja pada hari yang pertama iatu hari yang dijanjikan. Begitulah Rasulullah mengajar kita tentang janji.