MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 5 Mac 2011

PENTINGNYA AKAUN BERSAMA

(Gambar Hiasan Sahaja)

Banyak-banyak cerita kat surat khabar yang aku baca hari ini, ada satu topik yang menarik perhatian aku, tapi ni cerita sedih sikitlah. Cerita ini di Pasir Gudang.

'ISTERI RAYU BANK, POHON KELUAR WANG DALAM AKAUN SUAMI YANG KOMA SEJAK 4 TAHUN'

(SINAR HARIAN hari ini.)

Alkisah, Siti Zurina Hasnan, sedih kerana pihak bank tidak meluluskan permohonannya untuk mengeluarkan wang simpanan suaminya, kerana Siti Zurina sekeluarga amat memerlukan duit simpanan itu untuk kos rawatan suaminya yang telah koma sejak 4 tahun lalu. 

Panjang cerita dalam akhbar itu.....Zurina juga telah meminta bantuan Penyelia Pusat Aduan Rakyat, Zon Permas...dan mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah itu. Namun pihak bank itu nampak berdolak-dalik.....

Iktibar kepada KITA, sama ada korang suami atau isteri, TERBAIK ialah korang  sekurang-kurangnya ada SATU simpanan AKAUN BERSAMA. Lepas tu semak semua buku akaun tu ada penama tak? KWSP tu ada penama ke belum? Tabung Haji? ASB tak taulah pulak..... Kalau berlaku apa-apa, kan susah...lagi-lagi kalau korang tu suri rumah yang tidak ada simpanan langsung......Semua simpan kat akaun suami.....

Sedih baca cerita macam tu.....Ada simpanan banyak, tapi tak boleh gunakan. 

Namun bukan mudah nak pujuk pasangan buka akaun bersama. Jika ada kecurigaan, alangkah malangnya hidup kalian....Doalah banyak-banyak agar suami anda panjang umur.

Tiada ulasan: