Jumaat, 18 Mac 2011

TAKLIMAT POLIS BATU PAHAT


Selepas Solat Jumaat, pihak polis Batu Pahat menyampaikan taklimat di mesjid Simpang Tiga, Parit Sulong. Antara intisari dalam penjelasan 10 minit itu ialah:
  1. Jumlah jenayah kecurian motosikal pada Jan-Feb 2010 berjumlah 12 kes, melibatkan kehilangan 12 buah motosikal. Manakala pada Jan-Feb 2011 kes kecurian motosikal telah menurun kepada 5 kes. Pihak polis mengingatkan bahawa jika anak kita terlibat dengan jenayah mencuri motosikal, maka hukumannya ialah penjara 1 hingga 7 tahun.
  2. Kes kedua yang banyak berlaku di Parit Sulong ialah kes merempit. Semasa mereka merempit, pihak polis tidak akan menangkap mereka ketika itu. Tetapi jangan terkejut beruk, jika pihak polis menghantar rombongan untuk menangkap anak anda di rumah. Mereka boleh didenda sebanyak RM 5000 -RM 15 000 bagi kesalahan yang pertama. Bagi kesalahan kali kedua, denda yang dikenakan ialah RM 10 000 - RM 20 000.   
  3. Ketiga kes rogol. Dalam tempoh Jan-Feb 2011, Batu Pahat mencatatkan 10 kes. Parit Sulong menyumbang 1 kes.


Pihak polis menjelaskan penduduk di Parit Sulong berjumlah 70 000 orang. Manakala anggota polis di Balai Polis Pt Sulong berjumlah hanya 18 orang anggota. Maknanya setiap anggota bertanggungjawab terhadap 3888 orang. Justeru itu, masyarakat haruslah jadi mata dan telinga kepada pihak polis bagi membanteras jenayah.


Untuk itu jika ada sebarang jenayah di seluruh daerah Batu Pahat cepat-cepatlah dail 07-4343999. Ya Batu Pahat termasuklah, Pt Sulong, Seri Medan, Semerah, Senggarang, Rengit, Pt Raja, Seri Gading, Parit Raja, Air Hitam, Parit Yaani, Yong Peng....mana lagi?
                    
                       4343999
         Kalau cal 999 lambat sikit, sebab sambung sana, sambung sini....

4 ulasan:

AZANI berkata...

salam MSOM, semalam saya lalu tangkak, ramai polis sana sini, ada kes apa ye?

NoorGie berkata...

sesekali polis turun padang memberi taklimat macam ni bagus jugak ye...keep the information on for the public

MSOM berkata...

En Azani,
Tangkak agak jauh juga dgn Pt Sulong. Jadi saya tak tahu apa yg berlaku di sana. Mungkin konvoi polis, ada latihan dan sebagainya.

MSOM berkata...

Cikgu Noorgie
Mereka kerap bertemu penduduk utk menjelaskan perkembangan terkini. Ia mungkin termasuk dalam program NKRA.