MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 6 Mac 2011

UCAP SALAM DI TANDAS?


APAKAH hukum bagi seseorang yang memberi salam kepada seseorang yang berada di dalam tandas dan apakah hukum menjawab salamnya?

JAWAPAN: Islam amat menitikberatkan akan silaturahim sesama manusia. Apabila bertemu sesama Islam, digalakkan untuk memberi salam. Ia sebagai tanda penghormatan dan menyatukan silaturahim sesama Muslim. Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan satu ucapan hormat (memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah ia (dengan cara yang sama)." (An-Nisa:86).

Namun begitu makruh memberi salam kepada orang lain ketika berada di dalam tandas kerana ia tempat yang kotor.

Kemudian tidak perlulah menjawab salam tersebut ketika di dalam tandas. Firman Allah yang bermaksud:
"Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik)." (Surah Toha: Ayat 8)

Petikan: KOSMO.COM.MY 4 MAC 2011

2 ulasan:

Kak Kay berkata...

syabas MS kerana sentiasa memberikan info2 yang berguna, teruskan niat baik MS...

MSOM berkata...

Kita sama-sama berkongsi ilmu yang baik Kak Kay