Sabtu, 9 April 2011

BON PALSU JANJI JADI JUTAWAN SEGERA





Awal Ramadhan tahun lepas dua orang sahabat aku mengajak aku join Dana ini. Rasanya yang seorang itu sudah lebih 10 kali memujuk aku. Dia kata mula-mula labur RM 500 akan jadi setengah juta. Kalau RM 1000 jadi RM satu juta. Lama-kelamaan ahlinya bertambah. Aku tengok di Parit Sulong mereka sering bertemu. Kawan aku tu kata ...Sabar, sedikit masa lagi duit tu akan kita dapat....Itulah kata-kata dia kepada sahabat-sahabat itu. 

Aku cuma membisu sahaja apabila mereka memujuk aku. Masalahnya sekarang setengah tahun dah...duit satu sen pun mereka belum dapat. Sorang tu dah melabur RM 10K. Baiklah engko beli Kopi Kelapa Dara aku ni ada jugak faedahnya! Apabila pagi tadi aku membuka akhbar Berita Harian, alangkah tersentaknya aku. Tersentak bukan sebab aku melabur kat Dana itu. Tersentak alangkah kesiannya kawan baik aku tu...! Rasa macam nak suruh dia baca muka surat dua Berita Harian 9 April ini. Tetapi, aku rasa dia dah tahu dulu. Hari tu mulut aku dah nak sangat nasihatkan dia, tetapi mereka ada 8 orang, aku seorang saja kat warung depan Bank CIMB itu. Pasti dia kata aku berlagak, tak nak tolong kawan-kawan. Malah mereka siap kata.

"Masa kami dah jadi jutawan nanti, untuk belanja kau ngeteh bolehlah. Nak bagi duit tak bolehlah. Aku dah ofer, kau tak nak...." 

Kawan aku pesan kat downline-downlinenya itu
"Bila kita dah dapat duit itu nanti, kita tak boleh duduk kat sini. Kita kena pindah bandar. Beli rumah yang harganya kurang-kurang RM 300 000."
Akhirnya aku terus membisu sampai mereka bersurai. 

Terfikir dalam kepala aku, kalaulah Hj XX itu kaya, kenapa dia tak agihkan kepada kaum-kerabatnya sahaja, dan kenapa perlu cari orang. Cerita pulak berbillion-billion mengalahkan belanjawan negara. 

Sahabatku, walaupun kau tak baca entri ini, tetapi aku nasihatkan kau, hentikanlah melabur dalam skim-skim dan dana-dana yang mengarut itu. Baik kau jual KOPI WALIT ni. Dapat sikit-sikit pun, ada untung, daripada perasaan kita dipermainkan oleh manusia putar alam itu. 

1 ulasan:

AZANI berkata...

salam cikgu MSOM
BNM dah kata jangan,nak juga...
saya sendiri pernah..sekarang serik..