MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 5 April 2011

GOOGLE CHROME LEBIH PANTAS

Baru saja balik dari Kelas Malam....bukan Kelab Malam yeeeee.....!
Aku nampak di kawasan Pt Yusof sebelum Pekan Pt Sulong ada eksident. Macam ada kereta masuk ke dalam parit. Ramai berhenti kat situ. Jam 10.00 malam tadi ni.....aku ingat nak berhenti, tapi apakan daya, kamera tak bawak. Aku terus balik sajalah. Lagi pun dah sehari suntuk aku kerja, elok balik mandi-mandi lepas tu menghadap Facebook. Tapi sorylah aku ofline chat. Sebenarnya bukan aku tak nak chat dengan kalian. Aku tak nak berchat dengan orang yang menyamar. Lagi-lagi anak murid aku tu. 


GOOGLE CHROME patut digunakan sebagai folder internet kita. Tentu aku yang ketinggalan. Yalah selama ini aku guna MOZILA FIREFOX dengan Internet Explorer. Sekali guna GOOGLE CHROME, aku dapat jimatkan masa untuk menaip. Baru tekan f je dan keluar FACEBOOK. Baru tekan Berita je....terus keluar BERITA HARIAN. Utus.. malas aku nak tengok. Adiknya Kos.. pun sama. Sebab mereka dah jadi akhbar lucah dua minggu ni.


Oh ya....macamana nak DOWNLOAD GOOGLE CROME? 


OK KLIK GOOGLE CHROME SEKARANG ambik masa sikitlah nak download ni...

Er....satu lagi aku nak beritahu, aku agak tertanya-tanya, ada dua khemah didirikan berhampiran Simpang Tiga  (Simpang Maut Seri Medan), tempat berlakunya kemalangan tempoh hari. Nak sangat aku turun dan bertanya mereka, apa yang mereka dok kaji kat situ? Malam-malam pun mereka tidur kat situ. Agaknya mengkaji bagaimana nak mengatasi kemalangan maut di situ...atau mereka saja-saja lepak di situ? Kalau aku jadi YB, aku cadangkan bina jalan susur bertingkat macam kat Simpang Muar ke Tangkak tu. Rasa itu realistik. Kalau Trafik Light memang tak boleh, sebab kenderaan dari arah Bukit Belah memang meluru bak orang meroyan, mesti dia kejar lampu punya. 

6 ulasan:

Imddin Ahmad berkata...

Hidup Suara Simpang Kiri!

AZANI berkata...

salam cikgu MSOM

selamat berchrome,,,

MSOM berkata...

Aku bukan pejuang Immdin, cuma sekadar seorang blogger picisan

MSOM berkata...

Azani
Sport Rim kena Chrome

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

pengkaji kat Simpang Maut? Wah!! Ko tak nak tanya kat SMKSM fanpage tu? Mana la tau diorg ada info.

MSOM berkata...

Aku akan cuba mendengar sendiri daripada orang-orang yang berkhemah itu, ia lebioh tepat rasanya daripada melalui pihak ke tiga