Khamis, 7 April 2011

GURU PEREMPUAN PATAH HIDUNG

KANGAR: Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini. 


Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata, seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.



Dipetik Berita Harian 7 April


Dahsyat sungguh....Bagi aku yang dah mengajar 23 tahun ni, semua itu tak heran. Aku pernah ditendang. Dan aku pun pernah melempang pelajar sampai budak tu panggil gangter . Malaslah nak cerita. Tu zaman masa muda dulu, hati tengah panas, pantanglah dicabar. Semangat kita berkobar-kobar untuk mengajar, tiba-tiba ada budak yang memanggil kita dengan panggilan yang bukan-bukan, nak buat macamana. Semua yg dalam kain, yang dalam hutan semua disebut! 


Ramai-ramai itu aku teringat seorang budak bernama Tan .... ....,Kisah ni berlaku pada tahun 1988, tahun pertama aku mula mengajar.Kelas tu kelas Peralihan  Nama sekolah aku tak boleh sebut. Aku pasti, sampai anak cucu, Tan mesti ingat aku.Itu cikgu kecik-kecik banyak jahat. Dia berhenti sekolah kerana aku. Habis macamana, tengah aku mengajar, budak perempuan tu (Ng .... ....) mengadu kat aku, Tan .... .... melastik telinga dia dengan gelang getah. Apa lagi aku pun PANG sebijik. Dia lari ke belakang ambik batang penyapu dan menyerang aku. Aku pun rampas batang penyapu itu.....! Dia pun ambik beg sekolah dia, dan koyak-koyakkan buku teks dia depan aku, lalu lari keluar pagar. Sejak itu, dia tak datangke sekolah lagi. Harap-harap Tan .... .... kini jadi taukey besar!


Kisah aku ditendang pulak begini, aku sebutlah nama budak tu sebab dia pun dah mendiang. Nama dia Sam Kim MXX. Kisah ni berlaku pada tahun 1990. Sam Kim MXX dah 7 bulan tak pernah bawak kertas lukisan. Tujuh bulan dah aku sabar. Hari itu kesabaran aku dah hilang. Sam Kim Mxx berambut perang menjeling semacam apabila aku tegur. Aku pun dah hilang ingatan. Aku tumbuk perut dia. Sam Kim Mxx tergolek. Tanpa dijangka, tiba-tiba sepantas kilat dia bangun dan menendang aku. Aku pulak yang tergolek. 


Kawan-kawan dia tepuk tangan. Aku sudah hilang pertimbangan, belasah Sam Kim Mxx tanpa henti. Dia berlari keluar kelas. Aku kejar. Aku dapat tangkap dan menumbuknya bertubi-tubi dan menghenyak-henyaknya pada pokok bunga kertas. Darah keluar kerana dia tercucuk duri pokok bunga itu. Tangan aku pun luka juga. Ketika itu datang dua orang guru, Cikgu Jali dan Cikgu Chin Ah San menangkap erat badan aku supaya bersabar. Aku menolak Cikgu Jali, supaya tidak menghalang. Akhirnya kawan-kawan lain (guru-gurulah) datang menyelamatkan Sam Kim Mxx.


Rupa-rupanya itulah tahun terakhir aku di sekolah itu. 1995 aku berpindah ke Sekolah Menengah Convent Batu Pahat. Pada hujung tahun 1995 itu aku mendengar berita, Sam Kim Mxx menumbuk bahu Cikgu Arni sehingga bengkak. Baru pihak pentadbiran tahu, semasa Sam Kim Mxx melawan aku, mereka kata aku yang tak betul. Kini apa dah jadi..Akhirnya Sam Kim Mxx dibuang sekolah ke bandar Kluang. Namun dia tak tahan di sana, kerana dibuli samseng Kluang. Dia balik semula ke sekolah lama itu. 1996 sewaktu merempit, Sam Kim Mxx terlanggar lori sawit dan hidupnya berakhir di situ....Itu pun aku dengar cerita daripada sahabat-sahabat aku yang masih mengajar di situ ketika itu.


Sejak kisah itu, aku dah tak pukul murid lagi. Maklumlah dah tua....dan aku pun takut nak turun-naik mahkamah.

6 ulasan:

Mama Janet berkata...

Zaman dah berubah, dulu murid takutkan cikgu, sekarang cikgu takutkan murid.Teringat dulu cikgu S yg mengajar sains paduan gemar membaling duster kearah murid yg terlena di makmal.Garang benor cikgu tu..

Siti Indrawati berkata...

Selamat pagi Cikgu..menakutkan jugak kenangan cikgu bergelar guru..murid2 besar ni x sama ngn murid sek rendah..senang dengar kata n tindakannya x melampau, x seperti murid sek menengah yg ketika itu pemikiran mereka terlalu cetek,x pk panjang..

MSOM berkata...

Siapalah Cikgu S tu?
Cikgu Singa tu!

MSOM berkata...

Pn Siti
Jadi Cikgu zaman sekarang mental mau kuat.

azana berkata...

huhu..ganaz jgk cikgu ni..hehe

budak skang xleh pukul nanti cikgu terkena balik......

MSOM berkata...

Azana,
Bayangkan PATAH HIDUNG,
mesti meraung