MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 12 April 2011

KENAPA BLOG TERBIAR?

Gadis Tercute Di Google
(Asyik letak gambar Lisa Surihani je, sampai ada yang kata aku gila kat dia)

Emak aku masa aku kecik-kecik dulu selalu berkata, jawapan ni emak aku sebutkan apabila ada saudara-mara yang pelawa kami tidur di rumah mereka. Maklumlah dulu, bukan senang nak sampai rumah sedara macam sekarang ni. Naik sampan, sambung naik bas, lepas tu naik teksi pulak. Nak sampai rumah mereka dari simpang kampung tu naik kaki pula, membetis tiga, empat batu pula.

Apa emak aku jawab?

"Tidurlah sini....kan jauh tu nak balik"

"Aku takut rumah aku diusung semut!"

"Ah...engkau ni ada-ada sahaja alasan tak nak tidur sini"

Tu kisah dulu. Sekarang orang yang ada blog pun macam tu. Rumah tu kan BLOG kita.
Kenalah selalu disapu, tidur, baring, salin baju, berehat di dalamnya.

Aku tengok ada blog yang dah setahun tak diupdate, kenapa ya?

Mungkin dia :
  1. Dia Dah Bosan, Boring.
  2. Dia dah tak ada idea.
  3. Dia dikacau lelaki miang.
  4. Dia dikacau perempuan gatal.
  5. Dia dah rasa, blog tak ada faedah.
  6. Dia rasa blog tak boleh buat duit.
  7. Dia kena marah isteri. Yang perempuan kena marah pak we, dan suami.
  8. Dia lebih suka berleter kat facebook dan twitter.
  9. Dia busy mengalahkan PM.
  10. Dia memang tak nak tulis lagi kat Blog.
  11. Folowwer dia tak bertambah-tambah.
  12. Orang komen pun sikit, malaslah dia.
  13. Dan 1001 lagi sebablah.  


    Dan alangkah terkejutnya kalau blog kita diterjah dek SPIDER GERGASI!!!! seperti ini

Untunglah benar sesiapa yang memiliki wajah secute dia ni. Aku setuju kata CIK EPAL, kalau orang cantik, blog dia dengan pantas diikuti oleh ribuan follower. Lihat sahajalah list blogger terhebat di Malaysia. Tetapi ada seorang blogger tu, dia mempunyai pakej yg lengkap. Dia tulis entri 5 patah perkataan pun, yang komen dekat 100 orang. Tetapi tiba-tiba sahaja dia Dia ekslusifkan blog dia. Cuma untuk yang dijemput sahaja. Kenapa ya, mesti ada orang tua ajak dia kahwin kut? Pada hal dia ada potensi besar untuk jadi blogger tegar. 

GAMBAR HIASAN JE BUAT PENYERI ENTRI..jangan salah faham...

Namun bagi mereka yang merasa dirinya tidak cantik, usahlah patah semangat. Korang tengok aku, walaupun aku dah tua kerepot. Walaupun aku dah dua tahun setengah dah tulis blog. Walau pun pengikut aku baru 130 (entah mereka ni ikut betul ke tidak tak taulah aku, klik ajekan). Walaupun Nufnang aku cuma beberapa hinggit je setahun. Aku tetap menulis. Sama ada dia orang suka, atau tidak, aku tak pernah peduli. Yang penting aku dapat meluahkan apa yang terpendam di hati. Asalkan ia tidak melanggar Akta Hasutan, Akta Fitnah, Akta Mengumpat, sudahlah.....Apa kata kalian?

7 ulasan:

=sz= berkata...

ahaahhaa...

"tua kerepot" ye cikgu...

mungkin antara sebab tak update blog dah bertahun ialah "lupa login id / password" ...

MSOM berkata...

SZ,
Kalau lupa Pasword sampai Kiamat pun tak boleh updatelah jawabnya.

~ Mummy Gee ~ berkata...

saya dulu suka baca blogger yg banyak buat terjah sana sini tu tapi sejak kerap sangat tajuk n3 dia lagi panjang dari kandungan n3 yang dibuat saya malas dah nak baca...

MSOM berkata...

Er siapalah blogger tu. Agaknya tu cara dia nak tarik TRAFIK LIGHT.
Entahlah Mummy Gee...macam tulah ragam manusia ni, apabila dah popular
jadi macam tulah. Nasib baiklah saya tak popular!

Mama Janet berkata...

BerFB lagi menyeronokkan kot.....tu yang blog dipenuhi sawang.

MSOM berkata...

Mama Janet....ha nak habaq ni, blog Puan tu dalam perhatian Penguatkuasa Blog kerana kami dengar teriakan SPIDER MAN di situ..Orang2 di sekeliling terganggu tak boleh tidur..hehehehe

zack akhtar13 berkata...

Bagi saya gambar2 yang menarik juga membuatkan hit bertambah