Ahad, 10 April 2011

KITA DISIBUKKAN ANAK-ANAK

GAMBAR MIERA LIYANA

Zaman 70-an dan 80-an berbeza dengan zaman sekarang. Emak bapak kita tak perlu hantar anak tusyen, tekwando, kursus motivasi itu, motivasi ini. Mereka cukup bagi anak sebuah basikal. Kalau rosak tolong betulkan. Kalau ada kelas tambahan, pergi sendiri naik basikal. Cikgu pun tak ada mintak bayaran. Kerana semua murah dan santai ketika itu. Tak ada perompak, pemukau, penipu, perogol. Kalau ada pun masalah anak-anak takut dengan K##### Sabit yang kononnya banyak dah sabit kepala budak-budak dan masukkan ke jambatan Pt Sulong. 


Kita? Mak datuk. Aku yang duduk pekan kecik ni pun busynya tak terkata. Tu pun dah berganti-ganti dengan isteri, menghantar ambik anak sekolah ni. Latihan kawad lain. Kelas tambahan sebelah petang. Tusyen malam lain. Pelbagai program diadakan oleh sekolah, juga  orang luar. Kalau tak ikut, tertinggal pulak dengan anak orang lain. Akhirnya, kita tak sempat memikir apa. Cuma harap-harap kereta ni tak buat hal.


Pendek kata selagi kita bernama ibu-bapak, maka menjadi tanggungjawab kita menyediakan yang terbaik untuk anak-anak kita. Besok mereka dah besar, dah kerja, lepas tu berumah tangga, beranak-pinak, mereka pulak yang jadi macam kita hari ini. Masa tu kita pun dah tua, badan dah sakit itu, sakit ini. Menunggu panggilan Illahi. Maka begitulah kehidupan ini. Jadi marilah mula tingkatkan amal kita, kerana dunia ini cuma pinjaman sahaja.

8 ulasan:

NoorGie berkata...

Saya sangat setuju MSom...

MSOM berkata...

Setuju ? Ish ish....

=sz= berkata...

anak2 kecik2 lain pesennya..
dah makin besar lain plak pesennya ye cikgu...

opss anak dara berbaju sekolah menengah siapa tu?

~ Mummy Gee ~ berkata...

Peribahasa untuk petang ini... "biar disibukkan oleh anak2 dari disibukkan oleh kawan2..."

WONG KHOO LAI berkata...

Dulu pegi ngaji malam2 tak payah mak bapak hantar...boleh gi sendiri...bawak obor dari daun kelapa. Sekarang x boleh.
Kelas tambahan 5 batu pun naik basikal sendiri...sekarang 1 km pun kena hantar...

MSOM berkata...

SZ,
Ya pesen lain tak apa, jangan lain fesyen

Anak dara tu tak kenal?
Er....tulah Miera Liyana yg tersohor tu.

MSOM berkata...

Mummy Gee, maksudnya, Disibukkan kawan-kawan kat warunglah tu ...!

MSOM berkata...

WKL, saya biasa tengok, rumah cuma 5 tiang elektrik dari Sekolah, dihantar dengan kereta menjalar. Tu saya tengok kat Pt Pulai....bukanle main Akak tu pakai spek hitam,..... rupa-rupanya tiba-tiba belok ke rumah dia, memandu tak sampai 2 minit. Bertuah betul budak sekarang. Cuma tertanya2 juga, masih ada yg berbasikal 5 batu macam tu. Manalah perginya bapak budak tu. Tu saya nampak di jalan Kolam Air, budak tu naik basikal ke SK Pt Sulong. Pagi2 nampaklah situasi itu.