Ahad, 17 April 2011

KOPI KACIP FATIMAH

Sentiasa mencari peluang baru.....entah macamana ada seorang hamba Allah yang aku tak kenali call aku dari Serambi Mekah....borak punya borak, aku pun join. Sebabnya...produk syarikat ini ada potensi besar, di samping plan pemasarannya yang lebih menjanjikan pendapatan yang lumayan. Bulan Mac je....aku dah join 2 syarikat. Tetapi setelah aku analisis, aku tak boleh bawak....sebab yang satu tu produknya mahal, sesuai untuk golongan kaya sahaja. Satu lagi tu menindas....nampak sangat menindasnya. Masuk ahli RM 130 cuma dapat sekotak produk dan tiada fail pun diberi. Syarikat yang lama, yang aku buat dah hampir 10 tahun tu dah tak boleh ke mana. Harga produk pun dah naik melambung. Namun Kopi Kelapa Dara tetap hebat. Pelanggan tidak putus-putus, cuma ia bukan MLM sepenuhnya. Kopi Walit Yusmira juga Trading. Namun aku juga jadi stokis. Maka pencarian satu syarikat yang masih baru, memang kerja aku! Aku taip MLM baru 2011 kat Google, tetapi yang aku jumpa Ustaz Akil Hay tubuhkan syarikat MLM. Satu perkembangan yang menarik tu...Bilalah kita nak tubuhkan syarikat sendiri?

3 ulasan:

azana berkata...

biasa cikgu join busines produk mkanan kesihatan kan...
penah x cikgu join busines berkait dengan produk pendidikan...tiada persaingan dengan syarikat mna2..

MSOM berkata...

Ini mesti Score XYZ?
Saya ni drp kecik memang sinonim dgn KOPI Azana.

azana berkata...

haha....dr kecik? kalo xda kopi xda la cikgu ek...hehe