MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 17 April 2011

MARI BELAJAR TATABAHASA....



Assalamualaikum para audien...
Pada malam yang damai ini aku ingin bercerita tentang TATABAHASA.....
SKEMA SIKIT KATA BLOGGER SEKARANG INI




Baiklah murid-murid, ramai di luar sana termasuk cikgu-cikgu salah menggunakan bahasa.
Contohnya pagi-pagi sudah ada cikgu yang kata.




"Semua pelajar-pelajar dikehendaki......"
Sepatutnya "Semua pelajar dikehendaki....."




"Di pagi ini kita akan menyanyikan lagu......"
Sepatutnya "Pada pagi ini kita akan menyanyikan lagu......."




Itu baru dua contoh. Yang berkata demikian bukan cikgu Bahasa Melayu. Ini realiti pada pagi perhimpunan sekolah di seluruh negara.




Pada suatu masa dahulu, seorang kawan membawa kertas soalan Bahasa Melayu kepadaku. Soalan Tahun 4.




"Mat Som, soalan ini semua tidak ada jawapan yang betul..."
Aku pun belek-belek sekejap. Soalan itu semua bagus. Terpaksalah aku terangkan selama satu jam bagi memberi penerangan tentang tatabahasa kepada kawan aku tu.




Antara yang menjadi persoalan di situ ialah:
Perbezaan dalam dengan di dalam. Baiklah......


Contoh di dalam:



  1. di dalam perigi
  2. di dalam kereta
  3. di dalam baldi
  4. di dalam almari
  5. di dalam rumah


di dalam di sini merujuk objek yang ada ruang , sementara untuk dalam pula ialah seperti:

  1. dalam mesyuarat
  2. dalam kenangan
  3. dalam pelajaran
  4. dalam kesedihan
  5. dalam kerugian




dalam untuk sesuatu yang tidak ada ruang.....boleh faham setakat ini?





Jika ada penggunaan'di '  maka ia merujuk tempat, ini termasuklah juga perkara di bawah ini.

Perbezaan antara dengan di antara, contoh:


  1. Rumah saya terletak di antara pejabat pos dengan balai polis.
  2. Negeri Melaka terletak di antara Johor dengan Pahang

Antara pula, contoh:




  1. Siapakah lebih cantik antara Lisa Surihani dengan Diana Danielle?
  2. Antara perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah masalah ponteng sekolah.    




Ada apa-apa pertanyaan? Saya tahulah sedikit ilmu tatabaha ini. Ia berlaku sejak saya mengajar di SMK Convent Batu Pahat dulu 1995-1998. Murid-murid di situ sungguh luar biasa. Jadi saya terpaksa hafal buku Tatabahasa Dewan. Jika tidak, saya akan malu besar.

Seterusnya, saya ingin membincangkan tentang apitan Merper........kan

Memper........kan hanya digunakan untuk:





Kata Kerja, contoh:
  1. memperlihatkan
  2. mempertontonkan
  3. memperdengarkan
  4. mempersembahkan
Kata Nama, contoh:
  1. memperkacangkan






Bagi Kata Adjektif (Kata Sifat).....yang mana boleh ditambah dengan SANGAT, tidak boleh bergabung dengan apitan memper.....kan:

Contoh:
  1. sangat besar   - memperbesar
  2. sangat indah  - memperindah
  3. sangat luas     -  memperluas
  4. sangat lebar - memperlebar
  5. sangat kecil - memperkecil

Jadi, perkataan memperbesarkan, memperindahkan, memperluaskan, memperlebarkan, dan memperkecilkan adalah SALAH yang muktamad!





Bagaimana pula dengan memper......i? Cuma ada 4 sahaja yang boleh terima apitan memper.....i, iaitu:

  1. mempersuami
  2. memperisteri
  3. memperingati
  4. memperkawani
FORMULA- Suami isteri ingat kawan!
Yang lain adalah salah...... seperti:
  1. memperolehi- sepatutnya memperoleh
  2. memperbaiki - membaiki
  3. memperakui-   memperakukan
  4. memperbaiki- membaiki
  5. memperhalusi- menghalusi
dan lihat gambar ini.....


Demikian juga penggunaan apitan diper......i, lihat gambar.....yang boleh cuma
  1. dipersuami
  2. diperisteri
  3. diperingati
  4. diperkawani







Sekian untuk malam ini murid-murid. Kalau ingin bercerita tentang tatabahasa yang tersilap ini, seminggu cerita pun tidak akan habis. Jumpa lagi kalau saya sihat. Jangan nakal-nakal..!





   

8 ulasan:

Mama Miraki berkata...

ni dah macam tuturial ni..bagus..bagus....Bahasa Melayu Pemahaman selalu pelajar confuse kan....tahun ni Ika pulak ambik UPSR...

MSOM berkata...

Banyak lagi Mama Miraki....
Belum cerita lagi tentang

Perbezaan:
dari dengan daripada
ialah dengan adalah
bukan dengan tidak

Jika ada apa2 pertanyaan sila soal saya di Facebook ok.

Mana saya boleh jawab, saya jawab.

azana berkata...

waaa...sonok la cikgu blaja balik menda ni....indu plak zaman sekolah...

kalo nk d bandingkan skang, tatabahasa lintang pukang...wahwah

MSOM berkata...

Azana,
Zaman skrg zaman SMS, Facebook dan Twitter.
Mana ada masa nak bertatabahasa.
Semua kalau boleh nak pakai bahasa KOD sahaja. TIDAK jadi X dll.
Saya ni pun dah kerja jadi cikgu BM,
kenalah bertatabahasa.

AZANI berkata...

alamak cikgu....saya kena ulang semula..la macam ni...

MSOM berkata...

Ulang Semula....? Tak payah Tuan...
Sekarang kalau bertatabahasa org tak nak layan. Ni cuma utk calon UPSR dgn PMR.

Kak Kay berkata...

Segar rasa mata dan minda pagi ni, selepas belajar tatabahasa. saya yang dah setengah abad cam ni pun selalu keliru dengan pengunaan perkataan yang sepatutnya. terima kasih banyak2 cikgu, dapat juga ilmu pagi2 ni....

=sz= berkata...

tahniah cikgu msom!
terima kasih ... :)

banyak lagi kena ulangkaji ni... ;)