Selasa, 26 April 2011

MENCARI JODOH

Selalu aku menguruskan jualan herba. Entah kenapa petang semalam aku agak tersentak apabila seorang teman juga pengedar Bio Asli memperkatakan sesuatu. Dia memberikanku sekeping gambar. Gambar seorang anak dara berumur 28 tahun. 
Bukan orang yang dimaksudkan. Gambar Google.


"Cikgu, kalau ada kawan-kawan cikgu yang masih bujang, bolehlah perkenalkan kepada kakak ipar saya ini....., tapi tolong jaga gambar ini dan usahlah disiarkan diinternet"


"Selain aku, kepada siapa lagi kau bagi gambar ini?"


"Bukan semua orang boleh dipercayai. Saya percayakan Cikgu"


Itu satu penghormatan. Dia menganggap aku seorang yang jujur. Ini amanah....! Tetapi siapa yang akan aku beritahu hal itu. Semua kawan aku sudah berkahwin. Kalau ada pun yang bujang, mereka itu jenis nak kena paksa baru nak kahwin.


Dan satu lagi, dalam gambar itu perempuan itu kelihatan terlalu koservatif. Kenapa dia seperti terlalu terpaksa untuk mencari suami?


Dan bukanlah mudah nak menjodohkan orang. Aku pun tidak tahu apa kelebihan dan kelemahan orang itu. 


Maka keputusannya, adalah lebih baik aku mendiamkan perkara ini berlalu begitu sahaja.....


Kenapa dia tak seperti wanita Magribi ini?

Nampaknya zaman telah berubah, lelaki semakin jual mahal. Daripada statistik di Magribi itu menunjukkan jumlah orang perempuan pula yang mencari-cari.lebih ramai daripada lelaki..!

4 ulasan:

AZANI berkata...

Assalam cikgu matsom
the race is on ,,,lelaki dah rare, perempuan dah ramai.....nampaknya kena buat langkah pendahulu

Mama Janet berkata...

Jgn pening2 kepala cikgu.apa kat cikgu je bukak link kedua.ish..ish..ish, mau meraung Pn Hamidah dgr statement ni.

MAT SOM berkata...

Sdra Azani,
Ikut Banci Penduduk 2010
Jumlah lelaki sebenarnya lebih ramai daripada perempuan.

MAT SOM berkata...

Mama Janet
Mintak no hphone suami boleh tak?
Saya nak ofer kat dialah....hehehe
Mama Janet pulak meraung.....ohhh tidakkkk!!!!!