Rabu, 13 April 2011

PEMBEDAHAN YANG DIBATALKAN....

Apalah nasib jiran aku ni, Pn A. Muda lagi, sudah kena sakit jantung. Begitu-begini, keputusan dibuat oleh doktor-doktor di sini, Pn A kena mesti menjalani pembedahan di IJN. Kos pembedahan itu berharga RM 20 000. Berderaulah darah Pn A dan suaminya. Mana nak cari duit sebanyak itu. Suaminya En F hanyalah seorang jurujual kereta.

Dengan usaha pantas adik-beradik, dan bantuan daripada Baitulmal negeri Johor, akhirnya dapatlah mereka duit tersebut.

Maka tibalah hari yang ditunggu. 11 April, pagi-pagi buta jam 3.00 pagi mereka bertolak dari  kawasan perumahan aku ini. Keadaannya cukup mengharukan. Ibu, anak-anak kecil yang ditinggal bertangis-tangisan. Mendoakan agar Pn A selamat dalam pembedahan itu.

Setelah memandu selama 4 jam (berhenti-berhenti di R&R) sampailah di IJN...........
Maka setelah gedebak-gedebuk.....tibalah saat di bilik pembedahan. Setelah betul-betul masa yang ditunggu-tunggu tiba, seorang doktor datang dan menjelaskan:

"Maaf, saya bagi pihak IJN memohon maaf. pembedahan ini terpaksa ditunda ke bulan depan kerana peralatan tidak mencukupi hari ini...."

En F lemah longlai dan tidak terkata apa-apa......

"Betulkah alasan itu......? Kenapa aku dipermainkan? Mentang-mentanglah kami ini cuma rakyat bawahan, mereka buat kami macam ini! Mereka pandang kami macam rumput di tepi jalan".   

4 ulasan:

AZANI berkata...

salam cikgu
itulah kisah nya,
IJN swasta,tujuan di buat bukan nak bantu pesakit jantung, tapi lebih utuk mencari keuntungan.....tak tahulah untuk siapa...

=sz= berkata...

assalam cikgu msom,

oo sedihnya, bukan dekat BP ke KL ...
perbelanjaan pun besar juga ...

cuba minta jiran tu buat rayuan pengurangan bayaran pembedahan tu. klu tak silap ada parent kawan saya mmg dapat kurangkan ... drpd 30k kosnya dia ada 10k maka 10k la yang dibayarnya.
ada juga orang lain semampunya rm500, pihak IJN blh kompromi lagi tapi saya tak pasti bagaimana prosedurnya.

MSOM berkata...

En Azani
Untuk doktor-doktor yg banyak hutanglah kut

Hutang PTPTN
Hutang kereta besar
Hutang banglo
Hutang macam-macam hutang lagi lah

MSOM berkata...

SZ
Bagus pandangan SZ tu,
Nanti saya suruh isteri saya cakap dengan Pn A.