MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 27 April 2011

SETUJU DENGAN PENDAPAT MB NEGERI SEMBILAN-OBESITI

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan, mempersoal serangan banyak pihak yang menyalahkan penjaja di luar sekolah punca masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar. 

Katanya, isu lebih penting yang perlu diberi perhatian adalah disiplin pemakanan yang diajar di rumah.

BHARIAN.


GAMBAR GOOGLE






Betul...kata Datuk Seri tu. Pagi tadi pun makcik kantin sekolah aku sudah mengeluh. Itu tak boleh jual. Ini tak boleh jual. Bagaimana dia nak bayar upah pekerja kantin yang seramai lima orang tu.


Penjaja di tepi jalan pun nak hidup juga. Kalau nak salahkan mereka tak boleh juga. Kilang makanan ringan juga patut ditutup. Baru adil semua hilang pekerjaan. Memang sudah kanak-kanak tu suka makan burger, nuget, jajan, air bergas, nak buat macamana? 


Jadi, sebagai ibu bapa, kita haruslah mengasuh anak-anak kita agar mengamalkan gaya pemakanan sihat. Jika tidak, memang payahlah nak melarang mereka membeli makanan sebegitu.

2 ulasan:

AZANI berkata...

Assalam cikgu
mungkinkah propganda unyuk melingkupkan peniaga kita?

MAT SOM berkata...

Isu-isu bermusim sebab tak ada benda nak cakap lagi.