Ahad, 29 Mei 2011

PENGISIAN WAKTU CUTI

Semalam Ili berkhemah sehari semalam di sekolahnya. Hari ini kami hantar dia ke Kursus membedah
otak ni supaya lebih bergeliga. Irfan pun diwajibkan mengikuti kursus ini. Bayarannya ....??!!GLUffGh?!..kayalah penganjur tu. SEBELAH TANGAN utk seorang peserta. Hamidah le yang sponsor kali ini.  

Ada 60 orang pelajar mendaftar pagi tadi. Tempat di Dewan sebuah sekolah di BPahat.
 Kursus ini berlangsung selama tujuh hari.


Nampak mereka begitu khusuk dengan pendekatan yang berbeza dalam buku itu

Patutlah, dialog kartun dalam bahasa Matematik!

Tak perlu cakap banyak-banyak. Semua dalam satu suku kata saja.

Kepada mereka yang tak tau nak buat apa untuk anak-anak cuti dua minggu ni, apa kata lihat cadangan saya dalam entri terdahulu

Sabtu, 28 Mei 2011

GADIS JOHOR BAHRU BERHATI-HATI....!

Khabar angin lelaki asid di Johor






JOHOR BAHRU – Selepas Lembah Klang, mungkinkah lelaki yang terlibat dengan siri kes menyimbah asid kini beralih sasaran ke Johor Bahru pula?
Itu persoalan yang heboh diperkatakan sejak kelmarin selepas maklumat kejadian itu tersebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial Facebook dan Twitter.
Mengikut mesej tersebut, lelaki bermotosikal terbabit terlibat dalam kejadian simbah asid terhadap tiga mangsa yang kesemuanya wanita di daerah ini kelmarin.
Satu kes didakwa berlaku di hadapan pusat beli-belah Jusco di Tebrau pada pukul 4 petang, diikuti seorang wanita disimbah asid di Setia Indah pada pukul 8.15 malam dan mangsa terakhir di Taman Daya pada pukul 9.30 malam.

Ulasan aku:
Mengapa dia buat perkara keji ini? Adakah dendam? Atau gila?
Kenapa dia sukar ditangkap? Macam nak tangkap pembunuh Nurin Shazlin?
Adakah dia melakukan atas dasar perkauman? (Kalau tengok mukalah)
Kalau dapat tangkap dia, apa kita nak buat? Apa lagi RENDAM DALAM ASID sampai jadi ikan pekasam!


Dan cebisan dagingnya kita buat baja  untuk suburkan hutan Bandar Johor Bahru!

Jumaat, 27 Mei 2011

SELAMAT BERCUTI WAHAI BUDAK SEKOLAH

Cuti datang menjengah lagi
Petang tadi jalan raya begitu sibuk di sana-sini
Anak-anak di asrama kini telah kembali
Yang di maktab perguruan juga turut tumpang sekaki
Mereka lain dengan budak universiti


Rumah-rumah tidak lagi sunyi sepi
Anak yang balik mintak makan itu ini
Tetapi paling sedap tetap makan Magie
Dan makan free
Di segala jemputan dan kenduri


Kad-kad saman tersusun indah sekali
Saudara-mara, jiran tetangga, kenalan menjemput kami suami isteri
Jadual penuh mengalahkan jadual menteri
Anak-anak ada yang akan dihantar ke kursus Motivasi
Kalau tak nanti mereka asyik tengok TV


Nama saja cuti, kerja banyak tetap menanti
Menanda kertas periksa sampai dinihari
Kelas tambahan banyak tidak terperi
Anak-anak murid tak boleh dibiarkan cuti begini nanti takut lupa diri
Yang pandai membaca, sekolah buka balik, ada yang buta huruf kembali 


Sekian sahaja untuk malam yang indah ini
Buat tatapan sahabat sejati blogger dan pembaca yang cute-mute bak Lisa Surihani
Yang lelaki manis-manis senyuman bak Tan Sri P Ramlee.


Bye!!!!!!! Assalamualaikum.

Khamis, 26 Mei 2011

ZAMAN FITNAH

Mahsuri difitnah Mahura kerana kecantikannyar
Hang Tuah difitnah Patih Kerma Wijaya kerana kehebatannya
Tun Ali difitnah oleh pembesar Trio  Kitul, Raja Mendaliar, Laksamana Khoja Hasan pada zaman Sultan Mahmud
Bendahara difitnah hendak merampas kuasa
Langkawi musnah kerana fitnah itu
Melaka hancur di tangan Alburque
Kini fitnah mega kembali lagi
Apakah musibah akan menerjah kita
Tunggulah sahaja apa balasannya


"Pembohongan yang diulang-ulang, akhirnya nampak seperti benar"

Sabtu, 21 Mei 2011

SAWAH SARANG BUAYA




Sarang Buaya? Ngerilah sungguh nama tempat ini, tetapi inilah satu-satunya salah satu sawah yang tinggal di daerah Batu Pahat ni. Air Hitam (pekan tembikar) pun ada sawah. Ramai orang Kedah berhijrah ke sana. Tetapi tak taulah ada lagi tak sawah tu.


Tanah runtuh? Tak tergamak aku nak baca kisah tu. Anak yatim pulak tu. Allah lebih sayangkan mereka. Sekarang ni macam-macam dah berlaku. Maklumlah dunia pun dah tua. Itulah saja yang dapat aku coretkan malam buta ini. 





Semoga kita semua diberi peluang untuk hidup lagi pada esok hari......!

BERSAMA DATUK NORAINI AHMAD

Ahli Parlimen Parit Sulong
Datuk Noraini Ahmad 

Datuk Noraini merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK SERI PASIR 2011





Ada cabutan bertuah....Hadiah Kipas Angin dan hamper produk Avon


Itu sahaja yang dapat aku laporkan
Jiran aku ada majlis kahwin pulak ni
Jadi pagi dan petang ni jadual aku begitu padat

Selasa, 17 Mei 2011

HADIAH HARI GURU, RAMAI TAK PUAS HATI?

Wow! Dah 80 465 AHLI FAN Saya Suka Jadi Cikgu! 

Admin SAYA SUKA JADI CIKGU
kata....cuma 7984 guru saja yang dapat FAEDAH daripada pengumuman TPM hari tu.
Dekat 300 000 lagi gigit jari....termasuk AKU lah.


Cikgu ni nampak MARAH benar! Dengan pengumuman kerajaan
16 Mei 2011 itu. Marah, jangan tak marah. Takut pulak nanti ada budak jadi mangsa ...kena lempang ke...!

Aku suka pendapat Cikgu Myza Nyah..... Sebab dah 10 tahun aku buat kerja sampingan. 10 tahun lepas dengan gaji seciput, kami pakai kereta buruk. Kalau tak buat kerja lain alamatlah duit minyak kereta ke sekolah pun tak cukup tau! Kalau ada kokurikulum. Malam ada kelas tambahan. Tiga kali ulang-alik tau!!!

Ladang Tembikai Susu Cikgu Mustafa Kamal Othman
Kawan aku kat Kelantan ni, dia tak pernah peduli soal gaji.
Cikgu Mustafa Kamal


Cikgu Ahmad Salleh Suraimi guru SK SERI PASIR
menambah pendapatan dengan kebun Cilinya.

Cikgu Zailani Ahmad, guru SMK Bukit Naning
dah DG 41, buat MLM lagi...Tanam Pisang dan Kelapa Sawit lagi....
Pun tak pernah mintak naik gaji, (Tapi PTK Lulus IV IV). 


Siapa yang ternanti-nanti pengumuman itu?
Aku pun dah setahun tak tengok TV...baik aku jual Kopi ...dapat juga duit masyuk. Yang penting masa
mengajar, mengajar habis-habisan. Ada sesiapa nak bantah? Kalau aku tak meniaga, kau nak bantu aku? Anak aku lima orang. Macam-macam keperluan zaman sekarang aku kena sediakan. 




Aku tengok FAN SAYA SUKA JADI CIKGU tu tempat meluahkan keluhan. Bila aku cadangkan mereka berbisnes, ada pulak yang marah aku. Gasaklah dia orang tu. Sampai hari Qiamat pun tak akan puas hati dengan gaji yang ada. Aku ni kerja sorang, kalau asyik mengeluh je, lama-lama dapat penyakit, cepat mati.

TERKENCING KENA ROMPAK

Minggu ini
Negara kita penuh dengan kisah duka,
Apa yang berlaku semua kerana DUIT,
Walaupun duit itu HANCING atau BUSUK,
Yang penting DUIT....
Mereka ada KUASA
Mereka ada DUIT
Jadi mereka boleh buat apa mereka SUKA

Isnin, 16 Mei 2011

KISAH TENTANG NICK RISINGER


Nick Risinger berkelana jauh untuk mencari lokasi menarik bagi mengambil gambar bintang-bintang
di langit. Enam kamera digunakan.

Antara jutaan bintang yang dirakamkannya

Ia bukan lukisan tetapi hasil lensa Nick Risinger

Ciptaan Tuhan  Indah bagai lukisan

Foto terbaru Nick Risinger

Ahad, 15 Mei 2011

PANDUAN MEMBELI HADIAH HARI GURU

Petang ini kedai-kedai hadiah, kedai RM 2, kedai alat tulis penuh sesak.......
Mereka suka berbelanja pada detik-detik akhir...16 Mei......


Minggu lepas aku terdengar seorang rakan memberi tahu murid, 






"Kalau nak beli hadiah untuk cikgu-cikgu kamu, janganlah beli barang-barang yang mudah pecah. Elok saja kamu beli pen merah ke, liquid paper ke, atau cukup dengan kad ucapan buatan sendiri. Itu kan lebih bermakna kepada cikgu kamu"


Pesanan kawan aku tu ada betulnya. Maklumlah, barangan kaca macam cermin, bingkai gambar, dan yang serupa dengannya biasanya jangka hayatnya cuma sebulan dua. Sensitif sungguh, tersalah letak. Jatuh berderai.


Belilah barangan yang berupa kegunaan cikgu di sekolah seperti stepler...Kalkulator kecil (Kedai RM 2 pun dah banyak), gunting, pemotong kuku, gam, wisel, dan apa-apa yang difikirkan sesuai.


Sebenarnya hadiah itu bukan diwajibkan. Cuma dah jadi budaya tanda terima kasih kepada guru. Jika mereka sekadar mengucapkan (Selamat Hari Guru, Cikgu) pun dah cukup bererti buat seseorang guru.


Setelah aku mengajar selama 23 tahun, aku dapati Guru Disiplin adalah antara guru yang dapat hadiah paling sedikit. Maka sesetengah sekolah memperkenalkan upacara BERTUKAR-TUKAR HADIAH SESAMA GURU supaya guru yang tak dapat langsung hadiah tadi tidak terasa hati. Tetapi mereka sudah biasa dengan keadaan itu, sebenarnya.


Satu lagi guru yang mengajar kelas A biasanya dapat hadiah lebih banyak daripada guru yang mengajar kelas E. Kelas E ni pun keluarga mereka daripada kalangan orang susah.


Akhir kata saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia! Semoga anda dapat memanusiakan anak-anak didik kalian agar menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia dan akhirat. 

Sabtu, 14 Mei 2011

SEMANGAT DAH SEPARUH HILANG

BP WALK (BATU PAHAT)


Kejadian Blogspot bermasalah selama dua hari semalam memang telah menghilangkan separuh daripada semangatku. Akibatnya dah terketar-ketar nak tulis entri ini. Siapalah kita...... dapat blog pun free. Suka hatilah mereka nak buat apa...Sepatutnya sudah sampai masanya kita ada domain sendiri. 

AKTIVITI BARU HUJUNG MINGGU

Lemah semangat aku semalam...kusangkakan blog ini dah nak ditamatkan. Sampailah aku kembali rujuk
kat BLOG LAMA aku, yang sudah sekian lama aku tak jengok dan endahkan.


Sehinggalah sebab tak boleh berblog, maka aku teringat kebun, termasuklah kebun Midah ni...


Kebun ni, pusaka daripada ayah Midah, Allahyarham Hj Ali . Midah kongsi kebun ni dengan kakaknya
Pn Aton yang kini duduk di Pt Raja. Dah lama kami biarkan kebun ni semak, sampaile
sawit pun melawas tak nak berbuah . Mulai bulan lepas, kami mula menjaga elok-elok. Racun segala
rumput, senduduk,leban dan sendayan yang ada.   

Pagi tadi, aku gagahkan diri ke Peladang Seri Medan. Beli baja jenis baru ni. Apa ntah nama dia.
Adalah lapan kampit. Nasib baik terjumpa seorang bapak anak murid aku, dia terus hantar baja ni sampai
ke dalam kebun Midah ni.  

Kan dah bersih Misdan yang meracunnya. Aku mana kuat nak angkat tong racun tu?

Apabila dah bersih...
Nyamuk-nyamuk pun dah lari. Dua bulan lepas, tempat babi hutan bergusti kat sini....

Aku call Misdan, 15 MINIT dah sampai...cepat betul!, pada hal aku tak berjanji pun. Masa tu pun dah pukul
11.00 tengah hari. Anak Misdan ni ramai. Ada 7 orang. Jadi duit sawit Midah ni kena bagi-bagilah sikit.
Kalau aku yang petik, aku yang racun, kaya sangat nanti Midah....dan aku hehehehe
Aku ni alergiknya....takut dengan ular tedung. Kat kebun Midah ni banyak ular tu.

 Tanpa buang masa Misdan teruskan kerjanya. Aku bagi gaji dulu sebelum dia memulakan tugasnya.
Bab duit mesti cepat....~!

Ok bye bye Misdan....Pn Hamsaton kat Parit Raja tu. Jangan risau, Juga En Isa biras aku.
Lepas ni hasil akan meningkat. Bulan September nanti kena baja lagi. Kerana kata pihak
Peladang, kebun Sawit ni kena baja setahun tiga kali! Ini tidak ambik hasilnya sampai pokok tu  kurus kering. 

Bulan depan, aku nak tengok kebun aku pulak, pusaka daripada ayahandaku. Entah dah jadi hutan belantara agaknya. Khabarnya kalau orang lalu di situ, mereka memecut motosikal kerana takut disondol lembu pendek yang berkeliaran di situ.....

Khamis, 12 Mei 2011

12 TIP MENDIDIK ANAK

 

Syeikh Muhammad Said Mursi dari kitab Fan Tharbiyah al-Aulad fi al-Islam). 

1. Anda mungkin miskin harta tetapi anda mampu dari segi memberi pendidikan kepada anak-anak. Tunaikan hak mereka itu dengan didikan yang baik.









2. Peranan mendidik bukan terletak kepada guru seratus peratus, anda perlu bekerjasama dengan guru dalam mendidik anak-anak. 




3. Tunjukkan cara kepada anak anda untuk memilih sahabat sejati (beragama).




4. Ketika anak anda melakukan kesalahan, perbaiki kesalahan mereka dengan kasih sayang dan bukan melahirkan kekecewaan. 





5. Seorang anak kecil umpama sebuah bekas yang mampu menampung segala kebaikan dan keburukan. 






6. Apabila anda menimang cahaya mata yang baru, pastikan perhatian anda kepada si kakak atau abangnya sama seperti sebelumnya. 





7. Tumbuhkanlah rasa cinta anak untuk membaca dan mendorongnya menjadi orang yang paling pandai dalam pelajaran.




8. Ketinggalan dalam pelajaran tidak bermakna anak anda bodoh.



9. Kawal program televisyen yang ditonton oleh anak-anak. Pastikan program tersebut memberi manfaat buat mereka. 




10. Dekatkanlah anak anda kepada Allah dan Rasul-Nya serta balasan di hari akhirat. Ketika mereka melakukan perkara baik, katakan pada mereka perbuatan tersebut diredhai Allah. Dan perbuatan itu dibenci Allah jika mereka melakukan perkara yang tidak baik. 






11. Larang dan bersikaptegas terhadap anak-anak daripada membaca buku, majalah yang kurang mendidik.





12. Elakkan menasihati anak di depan orang lain.

Tip Diadaftasi drpd Majalah Nur

BRAINS HANGING OUT OF OSAMA'S EYE SOCKET

Hari ini sebahagian ahli Kongres diberi peluang melihat 15 foto gambar jenazah Osama Bin Laden.


Senator Oklahoma yang berpeluang melihat gambar itu memberitahu


" Pretty quesome is how inhofe described photos of brains hanging out of Bin Laden's eye socket. The wound either entered or exited an ear"


Kalian boleh bayangkan bagaimana sebahagian otak tergantung keluar dari lubang mata yang ditembak.


Itulah kerja orang kafir. Mereka akan membunuh orang Islam yang menyemarakkan jihad. Kerana mereka gentar dengan JIHAD. Mereka takut akan muncul seorang lagi Salahuddin Alyubi penyelamat Baitul Maqdis. Namun janji Allah tetap benar. Satu masa nanti Islam akan menang! Takbir!






Gambar di bawah ni tiada kaitan dengan tajuk...
Cuma kenapa blogger ni jadi blogger pengecut?
Dia memainkan isu paling sensitif, lepas tu padam semua entrinya?

Iktibarnya:
Jangan Tulis Ikut Sedap Hati