MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 28 Mei 2011

GADIS JOHOR BAHRU BERHATI-HATI....!

Khabar angin lelaki asid di Johor






JOHOR BAHRU – Selepas Lembah Klang, mungkinkah lelaki yang terlibat dengan siri kes menyimbah asid kini beralih sasaran ke Johor Bahru pula?
Itu persoalan yang heboh diperkatakan sejak kelmarin selepas maklumat kejadian itu tersebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial Facebook dan Twitter.
Mengikut mesej tersebut, lelaki bermotosikal terbabit terlibat dalam kejadian simbah asid terhadap tiga mangsa yang kesemuanya wanita di daerah ini kelmarin.
Satu kes didakwa berlaku di hadapan pusat beli-belah Jusco di Tebrau pada pukul 4 petang, diikuti seorang wanita disimbah asid di Setia Indah pada pukul 8.15 malam dan mangsa terakhir di Taman Daya pada pukul 9.30 malam.

Ulasan aku:
Mengapa dia buat perkara keji ini? Adakah dendam? Atau gila?
Kenapa dia sukar ditangkap? Macam nak tangkap pembunuh Nurin Shazlin?
Adakah dia melakukan atas dasar perkauman? (Kalau tengok mukalah)
Kalau dapat tangkap dia, apa kita nak buat? Apa lagi RENDAM DALAM ASID sampai jadi ikan pekasam!


Dan cebisan dagingnya kita buat baja  untuk suburkan hutan Bandar Johor Bahru!

10 ulasan:

Imddin Ahmad berkata...

Saya rasa lelaki itu tentu sering dikecewakan oleh wanita sampai naik gila dan menaruh perasaan dendam yang teramat kepada kaum hawa ini.

selepas ini mungkin dia akan ke negeri lain pula.
"Jelajah 1Malaysia" ;D

MAT SOM berkata...

Mungkin juga, satu kejadian yang sangat aneh. Antara perkara ajaib di dunia skarang ni.

Biasa kita dengan PEMBUNUH BERSIRI.
PEROGOL BERSIRI.
Tiba-tiba PENYIMBAH ASID
BERSIRI.

Bayangkanlah IMMDIN kalau yang kena itu anak kita, adik kita.....mau aku cari dia sampai lubang cacing!

AZANI berkata...

polis kena buat macam along buat pada orang yg berhutang...tampl poster sana sini..

Sz berkata...

jauh juga dia naik motor smpi jb...
klu naik bas ke jb pastu kena cr kenderaan lain la plak nak buat aktiviti tak bermoral ni..

hhmmm ... sama2 la kita berhati2 ...

MAT SOM berkata...

Azani, hantar 5000 anggota penyiasat...menyamar jadi anak dara jelita....lebih senang nak tangkap kut?

DIA telah mengancam KESELAMATAN AWAM.
Patut dihukum di khalayak ramai macam SEMERAH PADI

MAT SOM berkata...

SZ
Entah2 dia pergi rumah nenek dia?
Siapalah mangsa seterusnya?
Janganlah Lisa atau Daniele

Miss Mirror berkata...

Sib baik aku bukan "gadis" lagi.

Aku anggap semua ni ada hikmahnya, tu je... Ibaratnya klu zmn dulu zmn "orang minyak", org takut nak keluar mlm. Ini zmn "orang asid" plak.. supaya gadis2 lebih rajin duduk rumah.

azana berkata...

mak aih... tkot seyhhh.... tetiba ada yang datng simbah asid tanpa sebb...

mintak2 jauh la....

MAT SOM berkata...

MM
Tapi kalau ko jalan sorang2 nampak macam anak dara sunti lagi

MAT SOM berkata...

Azana
Kena pakai baju hujan dgn pakai Topi Keledar semasa bejalan-jalan shoping tu.

Biaq apa depa kata, yg PENTING hang pa selamat no