Selasa, 17 Mei 2011

HADIAH HARI GURU, RAMAI TAK PUAS HATI?

Wow! Dah 80 465 AHLI FAN Saya Suka Jadi Cikgu! 

Admin SAYA SUKA JADI CIKGU
kata....cuma 7984 guru saja yang dapat FAEDAH daripada pengumuman TPM hari tu.
Dekat 300 000 lagi gigit jari....termasuk AKU lah.


Cikgu ni nampak MARAH benar! Dengan pengumuman kerajaan
16 Mei 2011 itu. Marah, jangan tak marah. Takut pulak nanti ada budak jadi mangsa ...kena lempang ke...!

Aku suka pendapat Cikgu Myza Nyah..... Sebab dah 10 tahun aku buat kerja sampingan. 10 tahun lepas dengan gaji seciput, kami pakai kereta buruk. Kalau tak buat kerja lain alamatlah duit minyak kereta ke sekolah pun tak cukup tau! Kalau ada kokurikulum. Malam ada kelas tambahan. Tiga kali ulang-alik tau!!!

Ladang Tembikai Susu Cikgu Mustafa Kamal Othman
Kawan aku kat Kelantan ni, dia tak pernah peduli soal gaji.
Cikgu Mustafa Kamal


Cikgu Ahmad Salleh Suraimi guru SK SERI PASIR
menambah pendapatan dengan kebun Cilinya.

Cikgu Zailani Ahmad, guru SMK Bukit Naning
dah DG 41, buat MLM lagi...Tanam Pisang dan Kelapa Sawit lagi....
Pun tak pernah mintak naik gaji, (Tapi PTK Lulus IV IV). 


Siapa yang ternanti-nanti pengumuman itu?
Aku pun dah setahun tak tengok TV...baik aku jual Kopi ...dapat juga duit masyuk. Yang penting masa
mengajar, mengajar habis-habisan. Ada sesiapa nak bantah? Kalau aku tak meniaga, kau nak bantu aku? Anak aku lima orang. Macam-macam keperluan zaman sekarang aku kena sediakan. 




Aku tengok FAN SAYA SUKA JADI CIKGU tu tempat meluahkan keluhan. Bila aku cadangkan mereka berbisnes, ada pulak yang marah aku. Gasaklah dia orang tu. Sampai hari Qiamat pun tak akan puas hati dengan gaji yang ada. Aku ni kerja sorang, kalau asyik mengeluh je, lama-lama dapat penyakit, cepat mati.

15 ulasan:

Alin berkata...

mkcik alin cikgu patutlah tensen je muka dia mcm cuka. huahua :p

aza ni berkata...

apapun , guru,selamat hari guru..

Mama Janet berkata...

Simpati dgn cikgu MS...tapi lebih simpati lg dengan suami sendiri kerana hingga saat ni elaun VITA yg diumumkan olih PM sempena hari polis th lps masih lum dpt dinikmati hingga saat ni.Setahun dh tunggakan tu kalau dibyr 2oox 12 ok gak kan.

mak encik | SZ berkata...

ooo gitu cerita nya..
baru rasa tumpang gembira tengok jadual kenaikan gaji guru-guru...
ingatkan ramai yang dapat kenaikan tersebut....

sabar lah ye cikgu matsom...
rezeki Allah yang bagi kan..
kat mana2 atau dalam pelbagai bentuk ...
(peringatan untuk diri sendiri juga)
:)

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Bagi aku lebih baik setiap guru smd di sekolah atau di PPD, JPN dan KPM dinaikkan 15% atau 20% sama rata. Rasanya ramai sokong aku...tapi siapa aku...guru cabuk.
Yg gaji 2k naik RM400.00 kalau
yg gaji 6k naik RM 1,200.00...ok kot.

Mat Som Sadona berkata...

Alin, muka cikgu memang banyak yang TENSION, sebab:

1. Murid semakin nakal
2. Tak ada overtime

Mat Som Sadona berkata...

Azani,
Tkasih.............!

Mat Som Sadona berkata...

SZ,
Rezeki kalau boleh
Pada anak-anak kita supaya
mereka jadi orang baik2 dan berjaya
dlm hidup
Itu harapan saya paling utama
Duit, nak lebih memang kena usaha sendiri.
Mengharapkan majikan (kjaan) je macam dah letih.

Mat Som Sadona berkata...

Wong Khoo Lai
Kjaaan tak mampu utk membayar kos tambahan gaji yang demikian besar.

Kalau hari tu Kjaan kata elaun ditambah RM 100 pun dah cukup baik drpd tak ada berita baik langsung.

Mat Som Sadona berkata...

Mama Janet
Mana tau tunggakan elaun VITA tu dapat raya nanti, beraya sakan jawabnya MAMA JANET raya tahun ni.

NoorGie berkata...

macam-macam hal lah MSOM...saya pun malas nak cakap apa2 lagi dah ni....buat je lah kerja seikhlas hati...dan buat lah yang terbaik kan...cakap banyak2 pun tak guna jugak!! silap cakap nanti org anggap lain...(^_^)

Mat Som Sadona berkata...

Betul tu Cikgu Norgie, cakap banyak nanti kata kita tak pandai urus duit. Lebih baik diam dan buat kerja kita.

Mat Som Sadona berkata...

Muhyiddin berkata sebentar tadi:
"Saya sedar mengenai perkara ini (tidak puas hati) kerana ramai menghantar SMS. Saya akan bincang dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Pelajaran untuk mencari jalan memenuhi tuntutan kesatuan-kesatuan guru.

"Kerana bilangan mereka ramai, dalam apa jua keadaan kita kena ambil kira keupayaan kerajaan. Dalam situasi sekarang kita hendak jimat belanja dan mengurangkan defisit," katanya selepas merasmikan Kompleks Pejabat Pendidikan Baling/Sik berharga RM4.3 juta di sini, hari ini.

Alin berkata...

salam, alin ada tag nama mat som dlm kontest GA. hrp join sekaki. hehe.

http://alin9292.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html

Mat Som Sadona berkata...

Kontest GA Gadis Ayu kah itu?
Ok...nanti saya tgok