MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 9 Mei 2011

HARGA GULA NAIK KE RM 2.30 SEKILO

Bestnya...harga gula naik lagilah.....
Mari berpesta dengan kenaikan harga barang
Nasib baik bawang merah dah turun harga
Dapatle cower kenaikan harga gula
MULAI ESOK 10 MEI 2011 YANG MULIA INI
Yang membebel dengan kenaikan ini
Jangan Minum Air Manis
   Minum je air paip ke
Minum air kelapa ke
LEBIH ELOK KORANG TANAM TEBU
Jangan asyik tanam tebu di bibir je
Kalau tak tanam Pokok Stevia
Gula herba zaman berzaman

Lain macam pulak malam ni....Geram punya fasallah ni...RON 95 bila nak naik?

13 ulasan:

Mama Janet berkata...

Habis sebelum ni harga gula sebenarnya berapa.....aduhai ye ke naik harga.Tak perasan sebab kalau sekali beli bukan banyak, paling2 dua kampit.

MAT SOM berkata...

Kalau kawe tak silap,

Sejarah kenaikan harga gula

Mula-mula harga nya RM 1.45
Lepas kilang mogok RM 1.70
Naik lagi jadi RM 1.90
Naik lagi jadi RM 2.10
Dan Esok jadi RM 2.30

Kita memang tak terasa. Mereka yg jual air, restoran tu ada merasa jugaklah. Kilang kuih. Kilang jus. Dan macam2 lagilah.

Alin berkata...

lepas nie kaki dgn tgn pun mungkin akn naik. ahakz! :-P

MAT SOM berkata...

Alin
Siapalah yang nak kena pang tu?

WONG KHOO LAI berkata...

Tak yang guna gula...beli penapis air...terus boleh togok dari paip...tapi kalau hari2 kat kantin asyik mintak air suam jerr...malau gak ngan tokeh kantin.

NoorGie berkata...

hai MSOM...naik naik dan naik lagi.....banyak betul 'tepung penaik' zaman sekarang ni yea!!

~ Mummy Gee ~ berkata...

Kenaikan gula tak seberapa dan pengambilaannya kita boleh kawal tapi kenaikan barang2 dapor dan lauk-pauk yang lain memang amat membebankan kita golongan marhaen ni...ayam naik harga, ikan naik harga, telor ayam naik harga, ikan masin pun dah naik harga... nanti adalah 'saranan2 bodoh' lagi dr pak menteri suruh rakyat bercucuk tanam, suruh bela ikan, bela ayam sendiri, nak garam ambik air laut dan sejatkan...

fotolumayan berkata...

biler nak ngeteh nih kang.. ehehe

azana berkata...

lor....kurangkan manis dalam makanan... hehe

MAT SOM berkata...

Wong Khoo Lai
Tkasih atas kunjungan Tuan
Lama tak dgr berita

Juga
Untuk EN ME
Lama juga blog tu dah tak boleh tulis komen, ada anak dara kacau kut?

Kalau lalu Pt Sulong call je
Boleh ngeteh warung Roti Tempayan

MAT SOM berkata...

Cikgu Norgie,
Bagi kita pula yg penting Prestasi budak2 dapat dinaikkan sehingga 100%.

MAT SOM berkata...

Azana
Anak-anak mana naknya minum air tak manis.

MAT SOM berkata...

Mummy Gee
Kalau harga telur ayam naik harga pula, kita terpaksalah belajar buat telur tiruan. Semuanya boleh kita pelajari melalui internet.