MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 11 Mei 2011

MENGAPA KITA BERSAHABAT DENGAN SESEORANG?

Kita semua ada kawan. Macam-macam jenis kawan kita ni. Ada yang berhemah tinggi, dan penuh dengan nilai-nilai yang baik dan terpuji. Ada juga yang sebaliknya, suka memperlekeh, mengumpat dan bermuka-muka. Ada yang suka dipuji. Ada yang terbuka, ada yang sensitif, salah cakap, sebulan tak bertegur sapa. Maklumlah banyak udang, banyaklah garamnya.



Soalnya, mengapa kita bersahabat dengan seseorang? Kenapa ya....?Ok, kalau aku berkawan dengan seseorang sebab:

  • Dia pernah serumah dengan aku, walaupun dah berpisah lama, kenangan zaman susah, terus menjadi kenangan yang sangat berharga.
  • Aku  berkawan dengan orang itu, kerana sekampung. Mereka teman sepermainan semasa kecil dulu.
  • Aku sebumbung di tempat kerja dengan mereka. Setakat ni aku dah pindah 5 sekolah dah...
  • Dia pernah jadi downline, upline aku dalam dunia MLM. Kat sini saja telah menyumbangkan 50% koleksi kawan aku.
  • Dia jiran-jiran taman aku. Dah berjiran, tentulah akhirnya jadi kawan.
  • Mereka sekelas dengan aku masa sekolah rendah. Juga sekolah menengah. Juga kawan-kawan sekelas di maktab.
  • Mereka kadang kala kawan kepada kawan-kawan aku. Ini kawan berangkai.
  • Adik-beradik ipar duai aku pun jadi kawan jugak.
  • Dan yang bestnya sekarang...kawan-kawan blogger. Semuanya tak pernah berjumpa seperti Wong Khoo Lai dan adik-beradiknya yang hebat-hebat itu, ramai sangat nak sebut kat sini..*(Mama Miraki, Mummy Gee, Mama Janet, Kak Kay, Kak Fatimah, sape lagi )..! En Me yang tak pernah aku tahu wajahnya, rahsia mengalahkan Osama. Entah wujud ke tidak En Me ni, entah-entah masih sekolah menengah lagi ahakkkk. Juga Cikgu Norgie, Pn Sz, Azani, Azana,Kak Su kita yang pandai buat kuih kat Mersing tu....Senduduk Putih, pernah jumpa sekali kat Zoo Johor, Zachoo, anak Profesor Zainal Alam...eh ni murid aku yang kini menetap di Labuan, jauh ya engko merantau. Lagi Pn Siti Indarawati....
  • Sahabat-sahabat Facebook. Ni dah dekat 1000. Tetapi yang kenal secara peribadi dalam separuh saja. Yang lebih tu entah jin entah bunian dari Segi Tiga Bermuda pun aku tak tau. Semua yang add aku, aku terima. Setakat ini baru 5 orang yang aku dah BLOK/SEKAT sebab asyik merepek dan menyemak di wall facebook aku. Hehehe....

Soalnya.....aku nak tanya kalian apa sebab kalian berkawan dengan seseorang?

10 ulasan:

Sz berkata...

sebab apa ye?
supaya senang kawan tu pinjam duit kat saya? ahahaa...takde la..tipuuu je...

saya berkawan dengan orang lain untuk merapatkan silaturrahim... nak berkawan pun kena buat "tapisan" dulu... :)

WONG KHOO LAI berkata...

4 Jun nanti nak balik kg....ingat nak jumpala...ngeteh di warong Abas.
Malam lepas magrib nak buat kenduri...kami menjemput Cik Msom ke kenduri tersebut. Ini bukan ajak2 ayam... ajak makan ayam.

Zack Zachoes berkata...

hakikatnya sy mmg tak pandai berkawan sejak sebelum tadika lg. nk berkawan tp tak reti. ahaks.. sedih kn dgr? tp la ni dh beso pnjg pandai la sket2 kot, hehe.. ntah, berkawan sbb nk luaskn pengetahuan? tukar2 pandangan? tp kawan biar memilih, pilih yg baik2. yg kurang baik tu leh tegur leh sapa cuma jgn dibuat example jela..tkt terikut mana2 yg tak patut.hehe..

MAT SOM berkata...

SZ
Betul, itu antara yg saya nak sebut, tapi terlupa. Memang ada kawan yg rapat dgn kita secara tiba-tiba, rupanya nak pinjam duit atau suruh jadi penjamin. Lepas tu batang hidung tak nampak terus.

MAT SOM berkata...

Wong Khoo Lai
Malulah pulak, sya tak dapat confirmkan. Almaklumlah sya ni jejaka pingitan. Aku cuma gagak di rimba, Sedangkan Tuan Merak Kayangan...ewah...! Apa pun sampai warung Abas sms saya,....

MAT SOM berkata...

Zakiah,
Daripada blog Zack ni, perubahan banyak telah berlaku kepada Zack tanpa disedari. Dulu Lain, Sekarang Lain, Dulu Tadika, sekarang dah kahwin, dah pandai buat resepi macam2, entah2 diam2 jadi jutawan internet tu....!

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Good question. Aku kalau nak jawab ni pjg.. karang senang2 aku jawab kat blog aku.

MAT SOM berkata...

Memang tu lah yg aku nak ....Cepat...karang jangan tak karang

Mama Janet berkata...

Kat warong abas jgn lupa MS order mee goreng dia mmng sedapppppppp.walaupun jarang ada pompuan ngeteh kt situ tapi sy wat selamba dek je....

azana berkata...

saya berkawan sebab ingin ada rakan kongsi...kongsi suka duka...