Ahad, 15 Mei 2011

PANDUAN MEMBELI HADIAH HARI GURU

Petang ini kedai-kedai hadiah, kedai RM 2, kedai alat tulis penuh sesak.......
Mereka suka berbelanja pada detik-detik akhir...16 Mei......


Minggu lepas aku terdengar seorang rakan memberi tahu murid, 






"Kalau nak beli hadiah untuk cikgu-cikgu kamu, janganlah beli barang-barang yang mudah pecah. Elok saja kamu beli pen merah ke, liquid paper ke, atau cukup dengan kad ucapan buatan sendiri. Itu kan lebih bermakna kepada cikgu kamu"


Pesanan kawan aku tu ada betulnya. Maklumlah, barangan kaca macam cermin, bingkai gambar, dan yang serupa dengannya biasanya jangka hayatnya cuma sebulan dua. Sensitif sungguh, tersalah letak. Jatuh berderai.


Belilah barangan yang berupa kegunaan cikgu di sekolah seperti stepler...Kalkulator kecil (Kedai RM 2 pun dah banyak), gunting, pemotong kuku, gam, wisel, dan apa-apa yang difikirkan sesuai.


Sebenarnya hadiah itu bukan diwajibkan. Cuma dah jadi budaya tanda terima kasih kepada guru. Jika mereka sekadar mengucapkan (Selamat Hari Guru, Cikgu) pun dah cukup bererti buat seseorang guru.


Setelah aku mengajar selama 23 tahun, aku dapati Guru Disiplin adalah antara guru yang dapat hadiah paling sedikit. Maka sesetengah sekolah memperkenalkan upacara BERTUKAR-TUKAR HADIAH SESAMA GURU supaya guru yang tak dapat langsung hadiah tadi tidak terasa hati. Tetapi mereka sudah biasa dengan keadaan itu, sebenarnya.


Satu lagi guru yang mengajar kelas A biasanya dapat hadiah lebih banyak daripada guru yang mengajar kelas E. Kelas E ni pun keluarga mereka daripada kalangan orang susah.


Akhir kata saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia! Semoga anda dapat memanusiakan anak-anak didik kalian agar menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia dan akhirat. 

8 ulasan:

NoorGie berkata...

antara hadiah hari guru yang saya sangat sayang ialah sebatang pen merah yang disertai dengan ucapan "teacher, semoga dakwat pen ni lambat habis" [kalau kurang contengan dakwat pen teacher, maknanya kami kurang buat silap dalam essay kami" (^_^)

Mama Janet berkata...

Betul ler MS kalau cikgu berbaris panjang tetiba tgk cikgu lain terima banyak hadiah, yg dia langsung x dpt.Tentu dia terasa hati dan malu kan.Baik hapuskan je ler budaya memberi hadiah kepada guru.

mak encik | SZ berkata...

cikgu mat som ...
SELAMAT HARI GURU! :)

bagus sungguh tips ini...
memang tak terfikir...
insyaAllah tahun2 akan datang dah tau nak bagi apa kepada cikgu2 anak2 ni ...
tahun ni saya tolong bungkuskan hamper sahaja ... (anak pun baru sekolah tadika)

Mat Som Sadona berkata...

Cikgu Norgie
Pen tu mesti mahal. Branded tu.

Mat Som Sadona berkata...

Nak menghapuskan budaya ni, macam nak menghapuskan duit raya juga. Budaya sukar dihapus.

Mat Som Sadona berkata...

SZ
Wau hamper
Macam raya je.

Terpulanglah ya.
Kalau ibu-ibu boleh buat kraftangan sendiri lagi menjimatkan.

Tabung dari buluh ke.
Bekas letak pen daripada buluh dan tempurung ke.

Zack berkata...

selamat hari guru kepada cikgu matsom dan bekas2 cikguku yg lain :D minta maaf sebab jd anak murid plg degil kt sekolah dulu. huhuhu..

Mat Som Sadona berkata...

Zack Zachoes
Kau Tak degil, kau anak murid yg baik dan berhemah tinggi...Tkasih atas ucapan itu.