Jumaat, 27 Mei 2011

SELAMAT BERCUTI WAHAI BUDAK SEKOLAH

Cuti datang menjengah lagi
Petang tadi jalan raya begitu sibuk di sana-sini
Anak-anak di asrama kini telah kembali
Yang di maktab perguruan juga turut tumpang sekaki
Mereka lain dengan budak universiti


Rumah-rumah tidak lagi sunyi sepi
Anak yang balik mintak makan itu ini
Tetapi paling sedap tetap makan Magie
Dan makan free
Di segala jemputan dan kenduri


Kad-kad saman tersusun indah sekali
Saudara-mara, jiran tetangga, kenalan menjemput kami suami isteri
Jadual penuh mengalahkan jadual menteri
Anak-anak ada yang akan dihantar ke kursus Motivasi
Kalau tak nanti mereka asyik tengok TV


Nama saja cuti, kerja banyak tetap menanti
Menanda kertas periksa sampai dinihari
Kelas tambahan banyak tidak terperi
Anak-anak murid tak boleh dibiarkan cuti begini nanti takut lupa diri
Yang pandai membaca, sekolah buka balik, ada yang buta huruf kembali 


Sekian sahaja untuk malam yang indah ini
Buat tatapan sahabat sejati blogger dan pembaca yang cute-mute bak Lisa Surihani
Yang lelaki manis-manis senyuman bak Tan Sri P Ramlee.


Bye!!!!!!! Assalamualaikum.

Tiada ulasan: