Ahad, 3 Julai 2011

NOTA TATABAHASA - BETUL ATAU SALAH?

Beberapa Masalah Penggunaan Kata Dalam Ayat


1. Salah: Ada berbagai barang di kedai itu.
Betul: Ada berbagai-bagai barang di kedai itu.
Ada pelbagai barang di kedai itu.

2. Salah: Ali dihadiahkan sebuah buku harian.
Betul: Ali dihadiahi sebuah buku harian.

3. Salah: Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal.
Betul: Saya menghadiahi Salim sebuah basikal.

4. Salah: Buku itu dihadiahi kepada Ali.
Betul: Buku itu dihadiahkan kepada Ali.

5. Salah: Dia merindukan anaknya.
Betul: Dia merindui anaknya.
Dia rindu akan anaknya.

6. Salah: Ibu meniduri adik.
Betul: Ibu menidurkan adik.

7. Salah: Hakim menjatuhkan pembunuh itu hukuman gantung.
Betul: Hakim telah menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung.

8.Salah: Hakim telah menjatuhi hukuman gantung kepada pembunuh itu.
Betul: Hakim telah menjatuhkan hukuman gantung kepada pembunuh itu.

9. Salah: Pembunuh itu telah dijatuhkan hukuman gantung.
Betul: Pembunuh itu telah dijatuhi hukuman gantung.

10.Salah: Bangunan itu adalah Komtar.
Betul: Bangunan itu ialah Komtar.

11. Salah: Perkara itu ialah benar.
Betul: Perkara itu adalah benar.

12. Salah: Bola itu ditendang oleh saya.
Betul: Bola itu saya tendang.

13. Salah: Bola itu Ali tendang.
Betul: Bola itu ditendang oleh Ali.

14. Salah: Di masa cuti sekolah, banyak orang yang balik kampung.
Betul: Pada masa cuti sekolah, banyak orang yang balik ke kampung.

15. Salah: Dia menceburkan diri di bidang perniagaan.
Betul: Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

16. Salah: Dalam bilik itu ada banyak nyamuk.
Betul: Di dalam bilik itu ada banyak nyamuk.

17. Salah: Di atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.
Betul: Atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.

18. Salah: Bersama surat ini saya lampirkan borang kaji selidik.
Betul: Bersama-sama surat ini saya lampirkan borang kaji selidik.

19. Salah: Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak yang bermusuhan itu.
Betul: Saya tidak menyebelahi kedua-dua belah pihak yang bermusuhan itu.

20. Salah: Saya tidak akan mensiakan peluang ini.
Betul: Saya tidak akan mensia-siakan peluang ini.

21. Salah: Setengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis.
Betul: Setengah-setengah/sesetengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis.

22. Salah: Dia selalu berkunjung Eropah.
Betul: Dia selalu berkunjung ke Eropah.

23. Salah: Di antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.
Betul: Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.

24. Salah: Rumah Zahari terletak antara Batu Pahat dengan Parit Raja.
Betul: Rumah Zahari terletak di antara Batu Pahat dengan Parit Raja.

25. Salah: Kerjasama di antara dua buah negara akan diteruskan lagi.
Betul: Kerjasama antara dua buah negara akan diteruskan lagi.

26. Salah: Dia belajar dari pengalaman.
Betul: Dia belajar daripada pengalaman.

27. 
Salah: Buku itu dia hantar ke perpustakaan.
Betul: Buku itu dihantar olehnya ke perpustakaan.

28. Salah: Kertas itu dimasukkan dalam laci
Betul: Kertas itu dimasukkan ke dalam laci.

29. Salah: Dia datang bila dipanggil.
Betul: Dia datang apabila dipanggil.

30. Salah: Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Betul: Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya.

31. Salah: Dia memandang kepada saya.
Betul:
 Dia memandang saya.

32. Salah: Dia memberi pelajaran kepada anaknya.
Betul: Dia memberikan pelajaran kepada anaknya.

33. Salah: Ahmad telah membesar perniagaannya.
Betul: Ahmad telah membesarkan perniagaannya.

34. Salah: Oleh kerana itu, masalah ini harus diselesaikan segera.
Betul: Oleh sebab itu, masalah ini harus diselesaikan segera.

35. Salah: Silalah datang ke rumah saya pada bila masa.
Betul: Silalah datang ke rumah saya pada bila-bila masa.

36. Salah: Pilihlah mana yang sesuai.
Betul: Pilihlah mana-mana yang sesuai.

37. Salah: Ambillah apa yang anda suka.
Betul: Ambillah apa-apa yang anda suka.

38. Salah: Letaklah di mana yang sesuai.
Betul: Letaklah di mana-mana yang sesuai.

39. Salah: Anda berasal daripada mana?
Betul: Anda berasal dari mana?

40. Salah: Mereka-mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap.
Betul: Mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap.

8 ulasan:

Miss Mirror berkata...

IRP selalu mengajuk2/sengaja bergurau menggunakan perkataan2 yg salah, especially yg hujung "i" tu..
Rupa2nya itu kata akhiran yg betul? Mcm tak sedap je bunyi.."dihadiahi". Dah terbiasa la guna perkataan "kan".

Mat Som Sadona berkata...

MM
FORMULANYA:

Di.....i = orang
Di.....kan= benda

Zack berkata...

cikgu2 semua kt sekolah dulu mmg lama sedia maklum BM sy mmg fail sejak sekolah lg :P (er, mcm tak betul je dgn ayat di atas) huhu..

mak encik | SZ berkata...

errr takut nak komen kat blog cikgu! sila jangan denda saya kalau tersilap tulis guna tatabahasa yang betul ya... :p

Kak Kay berkata...

MS, betapa lemahnya bahasa malaysia saya ye, sampai saya dah pencen sekolah ni baru tau tu semua. sejujurnya memang rasa janggal sangat pengunaan kan..dan i tu. contoh dihadiahi... biasa sebut dihadiahkan..

Mat Som Sadona berkata...

Yg perlu belajar tatabahasa dgn betul ialah yg nak Exam je Zackoes

Mat Som Sadona berkata...

SZ
Sila berdiri di atas meja,
kamu (sory) mulakan ayat dgn huruf kecil

Mat Som Sadona berkata...

Kak Kay
Sebagai emak kena tau tu
Barulah anak2 terkejut beruk
Emak mereka dah kalahkan cikgu BM mereka.