MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 1 Julai 2011

PENGANUT ISLAM DI BRITAIN MENINGKAT



LONDON - Selama beberapa bulan terakhir ini, Lucy Osborne telah menemu ramah wanita-wanita di Britain yang telah masuk Islam. Tulisan ini adalah tulisan Lucy Osborne yang dihantar ke The Times tentang peningkatan jumlah wanita berkulit putih di Britain yang memeluk Islam. Tapi, mengapa mereka masih dipandang dengan penuh kecurigaan.


Jumlah mualaf di Britain meningkat dua kali ganda dalam 10 tahun dan hampir dua pertiga daripadanya adalah perempuan. Lucy Osborne, yang bertugas sebagai wartawan bebas sekaligus penulis , menyiasat mengapa hal ini berlaku.


I'sha adalah salah satu wanita mualaf yang ditemu bual oleh Lucy Osborne. Keluarga I'sha tidak bersetuju dengan pilihan I'sha untuk menjadi seorang muslim. Keluarga semakin tidak bersetuju kerana I'sha dalam hidup sehariannya memakai purdah yang hanya memperlihatkan kedua-dua bola matanya.


"Ketika saya pertama kali memberitahu orang tua saya bahawa saya menjadi seorang Muslim, mereka tidak mahu ada yang tahu. Apakah itu keluarga atau jiran,''kata I'sha (40) yang masuk Islam sejak empat tahun lalu.''Mereka tidak dapat memahami keputusan saya. "


Masyarakat sekelilingnya kini menentang I'sha yang telah memutuskan untuk masuk Islam. ''Orang-orang di mana saya dibesarkan kini menjadi lawan saya. Mereka tidak mahu anak-anak mereka bersama-sama dengan anak-anak saya. Mereka menganggap saya sudah gila.''


Seperti kebanyakan keluarga di Britain, agama tidak ada dalam kehidupan sehari-hari keluarga I'sha. Jika I'sha pulang dari sekolah dan berbicara tentang Tuhan, ayah selalu akan berkata,''sekarang, hanya ada satu Tuhan di sini dan itu......saya.''


I'sha, seorang pekerja wanita  berasal dari Newcastle. Dia ialah salah satu daripada 100,000 orang Britain yang saat ini telah masuk Islam. Menurut hasil kajian Faith Matters oleh Kevin Brice dari Universiti Swansea, sebanyak 5.200 warga Britain tahun lalu telah memeluk agama Islam.


Pengalaman I'sha tidak biasa. Majoriti awam orang Inggeris masih memandang Islam, yang merupakan agama kedua terbesar di Britain, sebagai sebuah keyakinan yang aneh dan asing. Tapi, I'sha tidak seperti kebanyakan orang Britain yang berfikir negatif tentang Islam.


"Saya merasa seperti sudah mencari jalan pulang," katanya. "Melalui Islam, saya telah mencari jawapan atas segala soalan yang saya pendam selama ini . Saya telah mencari kedamaian sejati."


I'sha dulunya adalah seorang punk. Dia memakai pakaian yang 'memalukan'. I'sha tentunya berpotongan rambut ala Mohican yang mirip landak. Adiknya secara terbuka mengisytiharkan dirinya sebagai seorang lesbian.


Ketika menjelaskan kepada keluarganya, teman dan rakan-rakan bahawa dia telah memeluk Islam, I'sha mengatakan bahawa dirinya tetap tidak berubah. "Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa aku masih si lidah panjang dari utara seperti dulu. Tetapi, menjadi seorang Muslim itu tidak dilihat sebagai sesuatu yang 'cool'.''


''Ketika orang melihat anda berkulit putih dan orang Inggeris, maka mereka benar-benar akan berkelakuan kasar terhadap anda. Kerana, mereka berfikir bahawa anda telah kembali pada cara hidup mereka dan menjadi sebahagian daripada mereka,''tambah I'sha.


Sumber: KLIK DI SINI

Tiada ulasan: