MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 6 Ogos 2011

CABARAN BERNIAGA DI PASAR

Pasar Parit Yaani-Ihsan Gambar Google

Jika entri sebelum ini aku cerita tentang kenangan berniaga di Pasar Chaah, ni aku nak cerita kenangan pahit berniaga di Pasar Selasa Parit Yaani.

1999.Seminggu lagi nak raya. Aku sudah memenuhkan kereta dengan bungkusan kuih raya. Biasalah sebagai peniaga bermusim, dengan cara berhemah aku tanya satu brother tu.

"Assalamualaikum, nak tanyalah....sebelah abang ni kosong tak bang?" Itulah pertanyaan pertama aku.

"Dia tak memandang aku. Tiba-tiba sahaja mengeluarkan kata-kata.......

"Ni saya nak cakap dengan awak....tu...tengah jalan tu kosong!!!"
Tengah jalan tu maksudnya, tempat lalu-lalangnya kenderaan. Nak mati ker?

Tengoklah gambar tu, Pasar Parit Yaani dibuat di tepi jalan besar, tak ada tempat khas macam Parit Sulong, Seri Medan atau Chaah. Kalau lori besar lalu, seringkali melanggar gerai-gerai tersebut.

Masalahnya, lelaki itu telah bersikap biadab dengan aku. Aku ni memang keras kepala. Disebabkan kata-kata dia tadi, maka aku buka gerai betul-betul bersebelahan tapak gerainya. Padan muka engkau. Kebetulan masa tu kuih-muih aku habis dijual. Bengang betul dia tengok aku. Sampai anak saudara aku AMSUDA yang ketika itu masih darjah empat, jadi pembantu aku, hampir pengsan melayan pelanggan. Melihat dia dah pucat, aku cepat-cepat balik.

8 ulasan:

azana berkata...

haha....klako plak... tapi kuang ajar ah bro 2... cakap sedap mulut je...

tapi x pe rezeki cikgu kan...syukur..

Sz berkata...

1999...lama dah tu..masih segar dalam ingatan cikgu ya...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Dia jual benda yg sama ke sampai nak naik marah mcm tu?

Mama Miraki berkata...

peniga tu "Abg Long" kawasan situ kot..hehehe

MAT SOM berkata...

Azana
Secara keseluruhan peniaga pasar ni peramah.
Cuma yg saya cerita ni bab yg saya yg tak boleh lupa, sebab tu saya tulis.

Pelanggan pula 98% memang baik belaka. 2% je yang garang macam Pendekar Mostar.

Berniaga memang seronok kan....

MAT SOM berkata...

SZ
Semua kenangan memang terpahat dalam ingatan saya ish ish...ada yang pahit, ada yang manis dan ada yg masam.

MAT SOM berkata...

Miss Miror
Dia jual sayur
Aku jual kuih raya
Mana ada samanya?
Tak taulah kenapa?
Agaknya dia baru gaduh dgn bini malam tu?

MAT SOM berkata...

Mama Miraki
Agaknyalah ya

Saya ni orang baru
Patut kena orientasi dulu
Kena Raging dulu