Rabu, 17 Ogos 2011

JENIS-JENIS ZAKAT



Pada 15 Ogos, aku membaca akhbar Sinar Harian. Dalam akhbar tersebut aku terbaca tajuk ini. Bagi aku, ia satu pengetahuan yang patut kita kongsi bersama. 


1. ZAKAT PENDAPATAN


Ia termasuk semua jenis hasil pendapatan-gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain perolehan semasa hidup, bersara  atau mati.


2. ZAKAT PERNIAGAAN


Zakat ini dibayar sebanyak 2.5% daripada harta perniagaan yang layak untuk dizakatkan tertakluk kepada nisab.


3. ZAKAT WANG SIMPANAN


Zakat dikenakan daripada jumlah baki terendah, dalam tempoh setahun simpanan setelah cukup nisab dan haul dengan menyamai atau melebihi nisab. Wang tersebut disimpan dalam akaun simpanan tetap, ASB,Simpanan Semasa dan lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana intitusi kewangan.


4. ZAKAT SAHAM


Pengiraan zakat ke atas saham terbahagi kepada 2:


a. Kumpulan saham yang dimiliki melebihi setahun
b. Saham yang dijual beli untuk tempoh kurang dari setahun.


Manakala saham pelaburan jangka panjang (melebihi setahun), zakat dikira daripada jumlah lot yang dipegang dan didarab dengan harga terendah bagi seunit. Saham yang disimpan pada syarikat yang membayar zakat perniagaan tidak perlu dizakatkan.


5. ZAKAT SIMPANAN KWSP


Caruman KWSP, wajib dizakatkan apabila simpanan tersebut dikeluarkan yang berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang.


6. ZAKAT EMAS


Zakat ini dikira dalam dua keadaan:


a. Emas yang tidak dipakai (disimpan) dalam tempoh setahun dan jika dinilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab) maka wajib zakat sebanyak 2.5%.


b. Bagi emas yang dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dizakatkan. (Dalam bab ni kalian tanya ustazlah, apa maksud dipakai sekali?)


7. ZAKAT PERAK


Berdasarkan hukum syarak, perak termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Ia terdiri daripada barang yang digunakan leh manusia seperti jongkong perak, mata wang perak, perkakas atau perhiasan daripada perak dan barang kemas perak. Ulama menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham bersamaan 595 gram.


8. ZAKAT PERTANIAN


Zakat hendaklah dibayar mengikut peratus penghasilan jika bijirin dan buah-buahan cukup nisab. Kadar peratus pembayaran bergantung pada cara penghasilan. Hasil tanaman wajib dizakatkan ialah bijirain-bijirin daripada jenis makanan ASASI yang mengenyangkan dan tahan lama seperti beras, kurma, jagung, gandum dan sebagainyaa.


9. ZAKAT TERNAKAN


Zakat wajib dikeluarkan jika memenuhi syarat-syarat iaitu haiwan ternakan terdiri daripada kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta. Haiwan yang dizakatkan perlu sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya.

4 ulasan:

Sz berkata...

setakat ni saya cuma layak bayar zakat pendapatan je la...zakat2 lain belum cukup haul...hehee

MAT SOM berkata...

sz
Mana tau diam2 ada bela lembu ribuan ekor kat Kampung tu

en_me berkata...

baru bayar zakat fitrah semalam.. ihiks

MAT SOM berkata...

Tahniah En Me
Bila dah bayar zakat fitrah
Jiwa terasa tenang kannn....!